Ibu Ayah, Wazif Dah Bebas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Namaku Muhamad Wazif Afham bin Mohd Hafizul. Aku dilahirkan di Hospital Kubang Kerian (USM), Kota Bharu. Aku tak pasti kenapa dan mengapa aku terpaksa dilahirkan disana. Selepas 2 hari bersama ibu tersayang di Hospital Besut, akhirnya aku dilahirkan di Kota Bharu. Tak apa la aku tunggu jer ibu ayah aku ceritakan nanti. Masa tu aku akan tanya semua perkara yang berkaitan dengannya. Yang aku ingat, masa tu aku rasa macam gempa bumi. Kejap melambung, kejap ke kanan, kejap ke kiri.

Serius, kalau diberi pilihan antara ambulans dengan kereta ayah aku, aku pilih kereta ayah aku. Pengalaman pertama menaiki ambulans bersama ibu tersayang sungguh memberi kesan yang mendalam. Tak sampai sejam aku berada di Hospital Kubang Kerian, Kota Bharu, akhirnya aku berjaya dilahirkan. Kuatnya tempias menaiki ambulans. Terima kasih pak cik driver kerana memudahkan proses kelahiran aku.

Ok aku bukan nak cerita cara kelahiran aku. Ada perkara lain yang ingin aku kongsikan pada korang semua yang dah bergelar ibu dan ayah. Tanggal 1 Februari 2013 bersamaan 20 Rabiulawal 1434h, ada perkara yang paling tak suka berlaku dalam hidup aku. Dan perkara ni, semua kanak-kanak seusia dengan aku akan merasainya. Waktu tu, waktu pagi. Selepas bangun tidur aku teruskan aktiviti macam biasa. Cari bekas mainan. Kat mana ibu simpan semalam yer. Bila dah jumpa, apa lagi. Terus diselerakkan. Maklum la aku pandai main kasar jer. Main lembut-lembut sorry la. Aku lelaki perkasa. Cara main kena kasar-kasar.

Biasa la bila bab main-main ni, mesti kena ada peneman. Peneman yang setia adalah ayah aku. Bila ibu sibuk didapur, ayah la yang selalu luangkan masa. Untung aku ada ibu dan ayah macam ni. Aku suka main bola ting-ting dengan ayah. Kadang-kadang aku tergelak sakan melihat bola ting-ting tu. Seronok main bola ting-ting.

“Wazif, ayah, mari makan”

Alamak. Tu petanda yang baik. Perawat perut yang lapar ni. Tanpa banyak soal, ayah terus mendukung aku. Kadang-kadang ayah ni pelik jugak. Kadang-kadang bila ada petanda macam tu, dia suruh aku duk diam jer. Macam buat-buat tidur. Bila sahutan ibu tiada yang membalas, biasanya ibu akan naik ke ruang tamu.

“Ooo tidur yer.”

Bukan setakat tu jer. Ibu terus mengeletek ketiak aku. Aku apa lagi. Ketawa terbahak-bahak la. Geli tu. Siapa tak geli bila ketiak di geletek. Haha. Begitulah selalu yang terjadi bila waktu nak makan. Tapi pagi tu ayah aku terus ke dapur sambil mendukung aku. Lapar kot.

Bila masuk bab makan ni, aku memang mengalahkan orang lain. Tak boleh duduk di kerusi lama-lama. Mula la nak membuas. Naik atas meja la, tarik pinggang lauk la. Kadang-kadang pernah juga kena marah. Bila ayah marah, comfirm aku akan menangis dan terus duduk di kerusi. Tapi korang nak tahu tak? Kerusi yang ayah aku buatkan cantik. Cantik sangat-sangat. Katanya khas untuk aku.

Amacam? Boleh lah kan???

Selesai makan, dalam sejam dua, aku teruskan pula rutin harian. Menghisap susu. Bila bab isap susu ni, memang aku tak leh nak tangguh-tangguh. Bila aku kata “nak bak”, kot mana-mana pun mesti dapat. Kalau lambat, aku akan meraung dan lakukan aksi yang merbahaya. Haha. Entah kenapa hari tu, lain pula yang terjadi.

“Adik tunggu jap yer. Jap jer.” Cakap ibu aku sambil menuju ke dapur.

Tak sempat aku nak meraung, ibu aku dah di depan mata. Express sungguh. Tetiba…

“Adik, bak ibu berdarah. Sakiiitttt” Dengan nada yang putus-putus, dengan mimik muka yang serius, aku terpedaya.Kenapa pula dengan ibu ni?

Aku lihat bak-bak ibu memang berdarah. Siap meleleh lagi darah tu. Alamak macam mana nak hisap susu ni? Aku pun apa lagi.

“Nak bak.. Nak bak.. Nak bak..” Sambil kaki menghentak ke lantai. Waktu tu ayah kat dapur. Ibu teruskan juga dengan lakonannya. Dengan mimik muka yang kesakitan tu.

“Kenapa ni? Ha? Bak ibu ada darah?” Ayah aku tetiba datang menyampuk. Sambil mendukung aku. Aku dipujuk dan diberikan beberapa janji manis. Antaranya, jom kita tengok angsa. Jom kita main kat tangga. Jom kita naik moto. Di antara semua janji yang ayah berikan tu, satu jer yang ayah tunaikan. Aku dapat bermain di tangga halaman rumah. Terus dilupakan kisah bak ibu yang berdarah tu.

Alhamdulillah siang hari tu, aku lalui hidup tanpa menghisap susu. Siang hari tu, banyak juga janji manis yang aku dapat. Sampaikan aku terus terlupa untuk menghisap susu. Bijaknya ayah dan ibu aku dalam psikologi ni. Masuk malam hari, lain pula ragam aku.

Hari tu aku tidur awal. Kol 8 malam aku dah tidur. Penat bermain siang tadi. Siang tadi, aku dilayan bagaikan raja. Haha. Seronok juga dapat layanan macam ni. Kebiasaannya selepas kol 12 aku akan terjaga. Bila aku merengek nak susu, biasanya dapat. Tapi kali ni lain pulak jadinya. Dalam sedar tak sedar tu, aku terdengar suara.

“Tidur, tidur. Kan bak ibu sakit kan. Tidur la ayah gosokkan” Suara ayah aku memecah kesunyian malam.

AKu terus menangis sampai satu tahap tu aku terpaksa tutup muka aku dengan bantal. Sedih tau tak dapat isap susu. Susu botol? Sory la. Aku tak hisap susu botol. Bukan nak sombong tadi sejak kecil lagi mulut aku memang tak leh terima puting buatan manusia. Hahaha. Apabila pujukan dan rayuan tidak dilayan, akhirnya aku terpaksa dimasukkan ke dalam buaian. Aku mengalah dengan buaian. Tambahan pula suara yang mendayu-dayu mendodoikan aku, membuatkan aku semakin mengalah.

Sampai sini sahaja pengalaman pahit pertama aku. Dan sehingga hari ini, dah seminggu lebih aku tak minum susu ibu. Terima kasih ibu ayah atas segala pengorbanan selama seminggu ni. Hehe.

p/s : Terima kasih kerana sudi membaca. Diharap artikel ini tidak membosankan. Hehe.

40 thoughts on “Ibu Ayah, Wazif Dah Bebas”

  1. kasih yg sejati adalah kasih dri kedua ibu bapa.jika mereka ada jagalah hati mereka sebaiknya.jika tida berikan doa utk mereka.

    bro jom joint contest sya

  2. nasib baik anak-anak kawe senang lepas susu badan…

    Boh…
    1)jalan cerita agak baik.
    2)isi kandungan bagus.
    3)penggunaan nahu/tatabahasa juga baik tetapi ada beberapa kesilapan yang perlu diperbaiki…demo tra cari sediri lah deh…

    Keseluruhan…kira ok lah…
    kawe bagi 78/100.hehehe

    1. Haha..kawe dop tahu lah kat mano lagi salahnyo..rasonyo elok balko doh..bab tatabahasa keno berguru dengan cikgu BM nih..kawe dulu maso sekoloh buleh A++ sokmo bab karangan..hahahahaha..terimo kasih boh atas kritikan yang akan membawa kejayaan nih..terima kasih banyak2..hehe

              1. tu lah…loni payoh dih nok jupo ore jual air batu cendol,air batu capur (air batu parut). Kalu zame kawe sekoloh dulu balik jah sekoloh meme keno air batu parut dulu. meme banyok ore jual bira jale sekali dengan pise & keropok gote goreng…huh sedap weh rase…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *