Ikan Selayang Singgang – Punca Isteri Tak Masak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Beb… Tolong aku beb…

Tolong aku…

Aku tengah stress ni….

ikan selayang singgang

Hiasan je ni. Aku stress comel lagi mukanya!

Ikan Selayang Singgang – Punca Isteri Tak Masak

Ada ke patut. Aku request nak makan ikan selayang singgang. Tapi… Ikan kembung singgang dia hidangkan.

Beb… Aku tak makan ikan kembung. Aku makan ikan selayang. Ikan selayang beb.

Kenapa harus kembung???

Beb… Tahu tak? Ikan selayang singgang sedap beb. Lagi sedap, letak bendi sekali penuh periuk. Letak lada besar kasi pedas sikit. Makan panas-panas. Sedap beb… Nak lagi sedap, ikan singgang tu masuk dalam peti. Simpan sehari semalam.

Esoknya makan. Perghhhh memang terangkat beb. Dia punya lengkuas, dia punya bawang puteh, dia punya asam keping, meresap sekata rasanya.

Makan pulak panas-panas dengan nasi panas-panas. Ikan singgang versi ikan tongkol, ikan merah ke ataupun apa-apa jenis ikan, aku tak heran sangat. Yang aku heran, dan mesti aku heran ialah kenapa ikan selayang masak singgang sangat sedap?

Pulak tu, kena dengan tekak aku ni.

ikan selayang singgang

Sumber : http://aidahjune.blogspot.my/2011/03/ikan-selayang-masak-singgang.html

Tapi aku frust la beb…

Kenapa mesti aku yang jadi mangsa? Kenapa ikan kembung singgang dia hidangkan??? Aku dah request awal-awal beb. Apa yang susah sangat nak masak ikan selayang singgang tu?

Beb… Jujur aku nak tanya ni…

Susah ke masak ikan selayang singgang?

Susah sangat ke???

Aku belek Youtube, cari resepi ikan selayang singgang. Aku tengok macam senang sangat nak masak lauk ni.

Main campak-campak pun boleh siap.

Tak banyak kerenah. Tak banyak masa nak kena habiskan. Tapi kenapa ikan selayang masak singgang dia tak masakkan?

Frust aku bebbbb….

Dua hari aku termenun…

Dua hari aku bermasam durja…

Last-last aku tahu tahu juga kenapa bini aku tak masak ikan selayang singgang. Nah jawapan dia kat bawah ni.

ikan selayang singgang

Demmm!!!

Ikan selayang tak ada dalam peti. Macam mana nak masak ikan selayang singgang???

Last-last kena warning dengan isteri sendiri. Huhhhh. Padan muka aku. Kan beb???

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

18 thoughts on “Ikan Selayang Singgang – Punca Isteri Tak Masak

    1. hafizul Post author

      Itulah kan.. kalau bab santap nak jimatkan duit, apa-apa pun makan tak kesah.. seharian lauk sama pun tak apa.. masak pagi tapi boleh makan sampai malam.. haha…

      Reply
  1. Husna Rahman

    hahhahah….adoyy syok ku baca kisah ikan singgang selayang nih….ku xpenah lg buat ikan singgah selain ikan selayang sbb xkena ngan selera…hanya selayang pujaan singgangkuh….hahha…tu la lenkali jenguk etep peti tu…asyik isteri je duk cuci peti….hahahha

    singgang sene jah…campak segala yg ada pastu tunggu dy didih pastu blh aje make bila2 masa dimana jua…kekek
    Husna Rahman recently posted..Assalamualaikum!My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge