Indahnya Berkawan Di FB Denaihati Network

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Di kesempatan yang ada ni aku rasa nak update artikel berkenaan dengan FB Denaihati je. Entah mengapa naluri aku terasa begitu kuat untuk mengarang artikel yang bertajuk Indahnya Rakan FB Denaihati Network. Sudah sekian lama aku terasa nak karang cerita ni. Tapi kerana masa yang ada sangat terbatas, jadi terpaksalah aku tangguhkan. Dan hari ni aku rasa aku patut siapkan artikel ni. Ini juga bertujuan untuk menambah kenalan di FB Pondok Kecil. Mana tahu ada rakan-rakan lama di zaman sekolah dulu yang jadi blogger.

Maklumla dulu korang semua selalu kutuk aku kan. Aku malas nak belajar la. Kerja sekolah selalu tak siap. Asyik kena denda dengan cikgu la. Kalau kat asrama korang gelar aku kaki panjat. Tak apa aku redha dengan semua tu. Sebab aku tahu waktu tu aku kurang cerdik sikit dalam menilai erti kehidupan. Dan aku sekarang dah menyesal. Cukup la hina aku dengan kata-kata keji tu. Sebab aku betul-betul dah berubah. Nanti kalau korang jumpa FB Pondok Kecil, sila add yer.

facebook

Ramai juga kenalan zaman sekolah yang masih belum approve request aku. Tak apa aku tak kisah. Sebab aku tahu aku bukan lelaki baik satu masa dahulu. Aku pasrah. Aku redha. Kalau aku jumpa korang kat mana-mana jalan pun, aku takkan lalu jer. Aku akan bertegur sapa. Aku akan jemput naik kereta Viva Elite kepunyaan bini aku. Ajak korang minum air. Tu pun kalau korang terima pelawaan aku. Haha.

Dah la…

Aku tak nak ungkit kisah lama-lama. Kalau aku ungkit nanti kan menyerlah pula keburukan aku. Haha. Apa yang aku nak kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan Denaihati Network. Ada beberapa kelebihan yang aku nampak apabila aku singgah ke laman Denaihati Network. Mungkin apa yang aku bakal ceritakan nanti ada kekurangannya, perlukan penambahan. Harap korang semua sudi memberi pendapat di ruangan komen dibawah artikel ni.

Antara kelebihan yang terdapat di FB Denaihati Network :-

1. Perkongsian ilmu yang tiada batasan.

Jumlah rakan FB Denaihati Network menjadikan ia satu kelebihan untuk dijadikan tempat perkongsian ilmu. Satu kelebihan setiap kali ada sahaja perkara yang berbangkit, apabila disiarkan dalam FB Denaihati Network, mesti ada yang sudi membantu. Aku rasa semua rakan FB Denaihati Network ni, semuanya terrer-terrer. Semuanya berilmu. Tak pernah lagi aku post kan masalah, tak ada orang yang bantu. Tak pernah lagi. Disebabkan perkara ni, aku rasa FB Denaihati Network sesuai untuk aku selesaikan setiap masalah yang melibatkan blog. Ia senang. Ia pantas. Yang paling penting ia mesra pengguna. Haha.

2. Tempat merawat emosi dan mengurangkan tekanan.

Aku akui, FB Denaihati Network adalah merupakan paltfon untuk aku merawat duka dan tekanan perasaan. Mana taknya celoteh korang semua sedikit sebanyak membuatkan hati aku terhibur. Walaupun korang tak nampak aku senyum, tapi hakikatnya aku selalu tersenyum tatkala membaca post-post yang kelakar. Baca komen-komen untuk setiap post, sangat menyenangkan hati aku.

3. Tempat yang seronok untuk meletakkan artikel blog.

Kenapa aku kata macam tu? Sebabnya bila letakkan link dekat FB Denaihati, tak sampai sejam orang akan komen. Berbeza sekiranya aku tak letak link dalam FB Denaihati tu. Kadang-kadang dua, tiga jam susah nak dapat satu komen. Serius aku tak tipu.

4. Lubang rezeki yang tidak disangka-sangka.

Aku baru perasaan. Sejak akhir-akhir ni ada pula pemberian ikhlas dari pihak Denaihati Network. Kelmarin, ada yang dapat habuan menarik. Apa yang menarik tu? Korang klik kat sini dan baca sampai habis. Semalam ada jugak contestnya. Kali ni Pondok Kecil pun dapat. Terima kasih aku ucapkan pada pihak Denaihati dan pihak Noehas.com. Tak percaya? Klik jer kat sini.

5. Tempat untuk mencari teman ‘mengeteh’.

Hehe. Sory pada mereka yang berkenaan kerana aku terpaksa ambil post ni. Hehe.

Aku rasa banyak lagi kot. Tak apa la aku tinggalkan pada rakan pembaca sekalian untuk membuat penambahan. Hehe. Aku harap artikel ni tak menyakiti mana-mana pihak dan tak membosankan. Hehe.

p/s : Bukan aku tak ada ideal, cuma aku tak ada tajuk yang hangat sebulan dua nih. Haha.

59 thoughts on “Indahnya Berkawan Di FB Denaihati Network”

    1. sebenarnya… kak jie kadang² sengaja mencipta status simple nak ajak ahli group lain berkomunikasi. Kak Jie suka grup yang hidup, meriah dan ahlinya berkomunikasi , bukan one way communication. Untuk berkawan membina network kita kena bertegur sapa

  1. Asyik2 nak review Denaihati saja ni…nanti ke puncak pula trafik DH tu. Dah la…semakin famours ditambah dgn artikel drpd banglobesar (pondokkecil), he..he..bergurau saja. Saya suka dgn artikel anda. Kalau berkaitan DH…saya support 200%. Teruskan usaha anda. Pasti DH terasa teruja dgn usaha anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *