Biodata

Pondok Kecil ni aku bina pada Mei 2012 kesinambungan daripada blog pictb.wordpress.com bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan suka duka tentang kehidupan aku sebagai seorang Mekanik Komputer. Nama penuh aku Mohd Hafizul Che Man.

Kehidupan Aku
Sekolah terakhir adalah di Sek. Men. Keb. Agama Wataniah (SMKAW), Jerteh. Selepas menamatkan pengajian di SMKAW aku meneruskan pengajian di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. Selepas menamatkan pengajian di politeknik akhir tahun 2008, terus memohon kerja sebagai juruteknik komputer di salah sebuah syarikat swasta di Jerteh. Setahun bekerja sebagai juruteknik komputer, aku ditawarkan bekerja di salah sebuah agensi kerajaan dan menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Sambilan) Tahun 2009-2014.

Selepas menamatkan kerja sebagai penjawat awam, aku pun membuka sebuah syarikat yang diberi nama Joe & JC Services yang mana syarikat ini ditubuhkan sebagai pusat jualan dan service komputer.

Joe & JC Services (Mac 2014 – Terkini)

Aku dah kawin dan setakat ni baru ada duaΒ anak, seorang isteri, sebuah kereta, sebuah rumah mentua dan 5 buah bank (Kad ATM aje). Haha.

Objektif Buat Blog
1. Untuk berkongsi segala macam yang aku rasa perlu dikongsi.
2. Untuk mengetahui segala macam cerita tidak kira cerita yang dah basi @ cerita yang akan basi @ cerita yang tak basi-basi.
3. Untuk menambahkan ilmu di dada.

Sekian sahaja.

Nak pesan ni
“Sesiapa yang berminat untuk berkongsi idea, cerita, segala macam hal, sudi2kan lah berkongsi dengan page ni… Post anda adalah secara sukarela untuk diterbitkan di sini…”

Hubungi : Hafizul (mohd_hafizul [at] pondokkecil.com)

36 thoughts on “Biodata”

    1. Emm nanti la saya buat FB..tak ada lagi FB..sebab dulu memang tak suka bersosial. Hehe. TQ Man..nanti sy g melawat dekat link yang man bgtau tu..hehe..

  1. salam…tuan tanah.tumpang info;
    Ada tak sesiapa disini ada masalah top up rm30 setiap bulan utk mak ayah kerana nak maintain line hp..
    Saya ada rahsia dgn rm10 tak perlu topup selama 28 bulan.nak tau rahsia ni sila komen sy nak. Saya akan beritahu anda rahsia ni..
    011.2094.6612

  2. saya ada terbaca post saudara ttg streamyx evdo. saya ingin tahu lebih lanjut perkhidmatan tersebut. harap saudara dapat kongsikan maklumat tersebut.

    1. Maaf tuan. Saya sebenarnya dah lama tak pakai streamyx evdo ni.. Sebab linenya agak slow. Di kawasan bandar tak ada masalah sangat. Kawasan rumah agak pedalaman sikit.. Kalau tuan nak tahu lebih lanjut lagi, boleh refer pihak telekom. Ataupun kunjungi kiosk2 TM Point..Terima kasih diatas pertanyaan ini.. Dan maafkan saya lambat memberi maklum balas kepada persoalan ni..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Di Sini Impian Bermula