Ini Pun Boleh Di Jadikan Artikel Menarik?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Artikel merupakan senjata yang paling utama dalam blog. Artikel menarik di ibarat sebagai minyak panas. Terpecik dijari, melecur sampai dua tiga hari. Untuk menghasilkan artikel yang hebat dan panas seperti itu amatlah susah. Bagi blogger yang kurang idea, kurang mengikuti perkembangan semasa seperti aku, agak terasa sedikit susahnya. Walaupun usia blog Pondok Kecil hampir genap satu tahun, namun aku masih lagi terumbang ambing dalam mencari gaya penulisan yang baik untuk diolah dalam blog Pondok Kecil.

artikel menarik

Kredit : Google

Banyak sebab yang boleh mempengaruhi mutu dan kualiti sebuah artikel tersebut. Sebab yang paling utama adalah perasaan dan tahap persediaan kita untuk menulis. Lain padang lain belalang, lain blogger lain penulisannya. Ramai dikalangan blogger yang menulis secara spontan. Ada juga yang menulis berpandukan fakta. Walau apa pun cara penulisan tersebut, sekiranya diolah dengan baik, hasilnya juga memuaskan. Sama juga dengan aku. Aku menulis berpandukan logik otak sahaja. Kadang-kadang bergantung kepada apa yang ingin disampaikan. Sekiranya berkaitan dengan fakta, kena la selidik betul-betul. Kan tak pasal-pasal kena kutuk jer.

Faktor lain yang mempengaruhi penulisan yang baik adalah gaya bahasa yang digunakan. Seperti contoh, gaya penulisan yang kelakar tetapi penuh dengan mesej. Contoh lain, kenapa Ustaz Azhar Idrus mempunyai pengikut setia yang ramai? Salah satu jawapan yang korang akan berikan adalah, sebab beliau mempunyai lawak tersendiri dalam menyampaikan ceramah. Kata-kata lawak beliau yang mengandungi mesej-mesej tertentu akan sentiasa di ingati kerana penerimaan otak terhadap perkara macam ni berada pada tahap yang tinggi. Orang putih kata first ranking.

Artikel yang baik juga, dari pandangan aku tak semestinya dihasilkan dari logik otak sahaja. Contohnya, artikel yang berpandukan kepada pengalaman mimpi. Kadang-kadang mimpi banyak yang tak betul dan tak logik. Isteri minta cerai, pencuri masuk rumah, kena kejar di hantu dan sebagainya lagi. Semua itu tak logik kalau kita tengok pada jalan ceritanya. Namun, itulah hakikat yang mesti aku terima. Artikel yang tak logik ni kadang-kadang menarik juga untuk dibaca. Kepada sesiapa yang terasa aku duk puji cara penulisan dia ni, sila senyum sampai ke telinga. Tak nak aku nyatakan kat sini siapa orang tu. Kan tak pasal-pasal famous pulak.

Ada juga yang menghasilkan artikel menarik diselit dengan seloka pantun. Sejak dari aku mengenali blog seloka pantun ni, sampai ke hari ni aku duk fikir. Bab pantun, memang tak pernah kering idea ke dia ni? Ada sahaja pantun yang akan dimasukkan dan diselitkan dalam setiap artikel yang dihasilkan. Dari satu sudut, apa yang dapat aku perhatikan, artikel macam ni memberi banyak kelebihan terutama sekali pada search engine. Ha? Kenapa aku cakap macam ni? Kan aku dah kata tadi, aku menulis ikut logik otak sahaja. Jangan tanya lagi. Hehe.

Apakah kesan yang akan diperolehi daripada penghasilan artikel yang menarik?

Aku cerita ni berdasarkan pengalaman dan kisah kehidupan aku sahaja. Tak bermakna apa yang aku ceritakan ni akan dilalui oleh blogger lain. Kesan yang akan diperolehi daripada penghasilan artikel yang baik, salah satunya sebagai rawatan kepada emosi dan perasaan. Salah satu nadi kehidupan blogging ni terletak pada emosi dan perasaan blogger tersebut. Sebenarnya kita semua memiliki otak yang sangat hebat. Otak itu unik dan tak pernah kering dalam penghasilan idea. Idea yang kering wujud setelah emosi dalam jiwa tak stabil. Setuju?

artikel menarik

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Dahulu semasa diawal penubuhan blog pondok kecil, perasaan dan emosi aku berada pada tahap yang membanggakan. Sangat teruja dapat membuat blog sampaikan waktu itu aku mampu hasilkan dua atau lebih artikel dalam sehari. Paling busuk-busuk pun, satu artikel sehari. Waktu itu emosi betul-betul berada pada tahap yang agak baik. Sampailah satu tahap, selepas berlaku pergaduhan dengan BB, emosi aku semakin bercelaru. Ditambah pula talian BB mengalami gangguan. Makin kusut dan makin masai emosi aku. Sampai satu tahap aku terpaksa mengaku yang aku sedang Mencari Rentak dan Irama Blogging. Sebenarnya tujuan utama aku mengaku ni sebab aku nak dapatkan kata-kata semangat dari rakan pembaca sekalian. Ternyata apa yang aku harapkan membuahkan hasil. Terima kasih pada semua yang sudi memberi kata-kata semangat.

Inilah diantara kelebihan komen pelawat di setiap artikel. Komen korang semua merupakan nadi untuk pondok kecil terus bernyawa. Terima kasih.

p/s : Aku gembira hari ni? Nak tahu kenapa? Tunggu aje. Nanti aku cerita di lain masa.

19 thoughts on “Ini Pun Boleh Di Jadikan Artikel Menarik?”

          1. kelas demo…kawe royak sengoti ni…buke sene nok tulis ayat-ayat comel setaro tu…nok keno ado mood moelk benar nah ni…hehe

            tapi kawe A1 boh…haha..

    1. Emm ye ke?tapi apa rentak dia ekk..jazz ke?haha..susah nak kenal rentak sendiri nih..blog bro pun hebat apa…ikut redah tapi berinfomasi, apa nak kesah kan?

  1. Cara penulisan PK yang santai dan menarik. Saya suka baca kadang2 saya tergelak sorang-sorang, cara menulis represent siapa PK sebenarnya. Saya selalu baca cuma kadang-kadang senyap2 je gelak srang2 hehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *