Is Your Wife Unhappy In Bed?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

“Is your wife unhappy in bed?”

Lenny bertanya…

“Is your wife unhappy in bed?”

Gina pula yang bertanya… Soalan yang sama…

lenny

Who is Gina & Lenny? Sekadar gambar hiasan : Google Images

“Breakthrough Herb helps to stay hard”

Luise mencelah dengan tiba-tiba. Belum sempat aku menjawab pertanyaan Gina dan juga Lenny.

“My husbands can go all night, after using this herb”

Secara spontan Veronica memberi persetujuan bagi menyokong pernyataan Luise dengan memberi contoh suaminya sendiri telah berjaya menjadi lelaki gagah perkasa malam tu.

Hanya dengan menggunakan “herb” tersebut.

Jauh disudut hati, aku ingin sekali bertanya, “Sampai ke pagi ke? Tak jemu-jemu ekk???”. Tetapi apakan daya. Aku tak tahu nak translate kot bahasa Inggeris secara betulnya. Pakai google translate, macam pelik aje bunyinya.

Until the morning to ? Not grow weary ekk???”. ……. Macam pelik aje kan???

Jadi aku membuat keputusan untuk tidak bersuara. Kan aku speaking Bahasa Besut terlompong pula diorang tu. Jadi, ada baiknya aku abaikan aje diorang ni. Haha.

mesej mengarut

Inilah dia sebenarnya.. Maka terhasillah cerita mengarut macam diatas tu.. Haha

Ok. Aku malas nak sambung cerita mengarut tu. Komfem. Kalau aku sambung, mesti panjang berjela. Maklum aje la. Aku kalau bab “loya buruk” memang menjadi sikit. Sejak zaman sekolah rendah lagi. Sampai ke sekolah menengah dan khatam di Politeknik.

Memburuk aje loyanya…

Bujang trang tang-tang dulu suka sangat jadi loya buruk. Maklum aje la. Cari makan sambil jual saham. Kalau sehari tak buat macam tu, rasa macam tak seronok aje. Rasa macam ada yang tak kena.

Sampaikan ada perempuan yang ketawa terbahak-bahak.

“Awak ni memang loya buruk sungguh la.”

Sambil gelak, sambil cakap macam tu. Dia tak perasan ada terpecit sikit dia punya air liur. Kena pula kat pipi aku yang manis ni. Nak lap depan dia, takut dia tersentap. Jadi, aku biarkan kering disitu.

Mujurlah pempuan tu tak kawin lagi….

Tapi sayang dah jadi tunang orang pun. Lagi dua hari siap la perempuan tu. Haha.

Okeh. Siap sudah cerita mengarut untuk tatapan manja korang semua.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

12 thoughts on “Is Your Wife Unhappy In Bed?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge