Isteri Menggoda Suami – Apa Motifnya???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Isteri adalah anugerah yang terindah yang pernah hadir dalam hidup aku. Isteri jua lah tempat aku mengadu masalah, bermanja, bergembira dan segalanya berkenaan dengan onak kehidupan seharian. Amat sukar juga sekiranya hidup ini tiada pasangan yang boleh menemani bahtera cinta hingga ke akhir usia.

Ayah... Sedapnya makan ikan bakar

Semalam aku sempat la bawak keluarga keluar makan ikan bakar di Restoran Ikan Bakar, Kg. Raja. Restoran ni berdekatan dengan tempat kerja isteri. Restoran ni memang sedap. Ikan bakar di restoran ni memang sedap. Dengan perisanya, dengan sambal belacan nya, dengan makanan ringan seperti udang dan sotong gorengnya, dan disajikan dengan suasana yang agak selesa. Disediakan juga dengan tempat permainan untuk kanak-kanak.

Restoran ikan bakar

Gambar tak menarik mana. Layan jer.

Masalah anak boring menunggu makanan sampai tak menjadi isu la. Ini kali kedua aku pergi ke restoran ni selepas pembukaannya awal tahun yang lalu. Tak leh makan selalu ikan bakar ni. Nanti orang cop aku kaya pulak. Haha. Kali ini isteri yang belanja. Ntah  kenapa mood dia baik tetiba jer ajak makan Ikan Bakar di Restoran tu. Ada la apa yang dia nak tu.

Tempat bermain

Suka tengok anak gembira.

Layan je la apa yang diminta nya nanti. Kita kan suami mithali. Nak makan lemping maggi, aku buat kan. Apa-apa sahaja asalkan rumah tangga aku bahagia. Bahagian anak pula senyum jer melayan isi ikan. Macam ayahnya dan ibunya. Suka makan ikan bakar. Bab durian tak yah cerita la. Memang dah jadi makanan kegemaran dia. Pulut durian??? Emm sampai tiru aksi ayah menjilat jari. Haha.

ikan bakar

Nampak simple jer tapi sedap

p/s : Baca sahaja mungkin tak memberi kesan. Kena try la. Buat mereka yang berdekatan tu, jom la layan ikan bakar di restoran ni. Bagi mereka yang jauh mcm Kola Lumpo, Teganu, Kelate, Selangor dan lain-lain negeri tengok jer la. Hehe. Tak heran kat sana mesti banyak yang menarik. Kan???

43 thoughts on “Isteri Menggoda Suami – Apa Motifnya???

    1. hafizul Post author

      hahahaha..kawe ko keno bukok tebale???waduhhh kasi bankrap ini mcm..dekat sekolah tadika yayasan tu..dekat ngn kilang madura lama…demo mesti jupo eh kalu cari…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge