Isteri Minta Cerai

Assalamualaikum dan Salam Sejahteracerai

Aku : Siapa jantan tu?

Isteri : Emmm..aaaaa…

Aku : Saya tanya siapa jantan tu?

Isteri : Kekasih lama…

Aku : Ooo kekasih lama… Lama mana dah buat kerja macam ni?

Isteri : Emmm… Emmmmm…

Aku : Berapa lama dah buat kerja macam ni??? Tengking aku sepontan.

Isteri : Emm dah dua bulan.

Aku : Baik, sekarang pilih mana satu yang menjadi pilihan awak. Saya atau jantan tu?

Isteri : Jantan tu. Saya nak awak ceraikan saya hari ni juga.

Aku : Baiklah, kalau itu pilihan awak. Awak jangan menyesal dan saya berdoa supaya awak hidup bahagia dengan jantan keparat tu.

Secara sepontan aku terus menuju kerumah mak. Bahu mak yang selesa tu memberi ruang untuk aku melepas segala kedukaan dan kekecewaan yang aku tanggung saat ini. Air mata terus mengalir di bahu mak dan membasahi baju kurung Kedah yang menghias cantik rupa paras orang tua ini. Sungguh selesa sekali setiap luahan diselitkan dengan kata-kata semangat. Aku terasa dunia ini sungguh kejam bagi insan yang baik hati macam aku.

Dalam hati ini, aku tanamkan niat yang aku mahu membawa diri merantau dan ingin melupakan segala kisah yang terjadi di kampung halaman ini. Aku bertekad untuk meneruskan baki kehidupan yang ada kerana aku tahu ada hikmah yang terjadi disebalik semua ini. Mungkin tuhan nak jodohkan aku dengan insan yang lebih baik dari isteri aku. Walaupun hakikatnya aku bersyukur kerana isteri aku selama ini sudah sempurna untuk menjadi peneman meniti saat-saat indah dalam hidup ini. Tapi kenapa perangai dia berubah macam tu sekali. Kenapa dia curang dengan aku? Kenapa isteri yang begitu baik hati menjadi keras hati sebegini? Kenapa? Adakah kasih sayang yang aku curahkan selama ini belum cukup memadai? Ya Allah. Apakah semua ini.

Persolan dan persolan terus bermain di fikiran. Tiada satu pun yang mampu memberi jawapan yang tepat kepada setiap persoalan itu.

Ya dunia ini, kehidupan ini sungguh kejam bagi aku. Setiap saat indah yang aku lalui bersama isteri hilang sekelip mata.

Dalam kotak fikiran ini sudah tersusun kemas langkah-langkah yang akan memulihkan semangat aku selepas ini. Aku tahu aku bukan yang pertama dalam dunia ini yang alami situasi macam ni. Aku juga seperti insan malang yang lain. Kenapa mereka boleh laluinya, sedangkan aku tak mampu laluinya. Ya aku mesti kuatkan semangat. Namun segala-galanya sudah tertulis. Takdir hidup aku dah tertulis macam ni dan terpaksa aku hadapainya dengan fikiran terbuka.

Ajal maut, jodoh pertemuan semua Allah yang tentukan. Ya Allah, aku terima dengan hati yang redha. Kuatkan hati aku untuk meneruskan kehidupan ini.

Sedang aku mengelamun, tiba-tiba…

Emak : Ehh anak kau macam mana?

Aku : Saya nak tuntut hak penjagaan. Saya nak besarkan anak saya sendiri.

Aku dan anak memang tidak boleh dipisahkan. Selama usianya 1 tahun 11 bulan, aku tak pernah lagi berjauhan dengannya. Aku dan anak begitu akrab sekali. Bagi anak, aku adalah teman sepermainannya.

Aku : Anak saya nak jaga.

Isteri : Apa??? Tak boleh, tak boleh.. Saya yang kandungkan dia, saya yang susu kan dia. Saya tak kan lepaskan anak saya ke tangan awak.

Aku : Awak tak layak menjaga dan membesarkan anak saya.

Isteri : Ok fine. Biar mahkamah yang tentukan.

Dengan perasaan yang berbaur hiba, kecewa, nak marah, sakit hati, isteri terus melangkah pergi. Dalam kesamaran suasana, isteri aku hilang dari pandangan. Aku tak tahu dimana aku berada waktu itu. Sehinggalah ada satu suara yang mengejutkan aku.

Bang, bang..

Bangun, dah pukul 10 ni. Abang kata nak pergi tolong ayah ladang sawit. Bang, bangun bang.

Aku dalam samar-samar melihat suara siapakah itu. Ha???? Awak!!! Terus aku peluk isteri kuat-kuat dan dengan spontan aku berkata ” I Love U “. Isteri kebingungan dan bertanya kenapa. Aku dengan selamber berkata, Abang mimpi kena kejar hantu.

Selepas seketika, aku tergelak seorangan. Cish kuat betul mainan syaitan ni. Syukur semua ni hanyalah mimpi dan insyaAllah tak kan terjadi di alam realiti.

p/s : Kali pertama mimpi macam ni. Seram…. Hahaha.

37 thoughts on “Isteri Minta Cerai

  1. Pingback: Ini Pun Boleh Di Jadikan Artikel Menarik? - Pondok Kecil

  2. Pingback: Kisah Satu Ketika Dahulu - Pondok Kecil

  3. Pingback: Nak Semangat Dalam Bekerja - Pondok Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge