Isteri Suka Tidur Awal? Apa Komen Suami?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tidur merupakan satu nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. Tidur yang cukup dan selesa memberikan nikmat kepuasan yang tidak terhingga. Tidur penting untuk perkembangan otak dan tubuh badan manusia. Tidur yang cukup bagus untuk kecergasan mental, daya ingatan dan cara pemikiran untuk menyelesaikan masalah serta dapat mengurangkan risiko kemalangan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, satu kajian yang dijalankan di menunjukkan bahawa prestasi kognitif menyusut jika tidur kurang daripada lapan jam.

Sleeping-Man

Kredit : Google Images

Bagaimanapun, satu kajian psikiatri terhadap sejuta orang dewasa oleh Universiti California, San Diego mendapati bahawa orang yang paling panjang umurnya melaporkan diri mereka tidur selama enam hingga tujuh jam setiap malam. Satu lagi kajian mengenai tempoh tidur dan risiko kematian terhadap wanita turut memberi hasil sedemikian.Kajian-kajian lain pula mendakwa bahawa “tidur melebihi 7 hingga 8 jam sehari sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian”, namun kajian ini membayangkan puncanya mungkin faktor-faktor lain seperti kemurungan dan darjat sosio-ekonomi yang turut berkorelasi dalam statistik.Pernah difikirkan bahawa korelasi antara tidur lebih singkat dan pengurangan risiko kematian hanya berlaku dengan sesiapa yang bangun selepas kurang tidur secara semula jadi berbanding sesiapa yang memakai jam loceng.

Sumber : Wikipedia

Isteri Tidur Awal, Apa Komen Suami?

Isteri mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berat dalam rumah tangga. Isteri yang memegang jawatan sebagai surirumah sepenuh masa mungkin akan merasai kepenatan, kemurungan dan tekanan dalam menguruskan hal-hal rumahtangga. Begitu juga bagi isteri yang bekerjaya. Bagi suami, mungkin tidak merasai kepenatan sebagaimana yang isteri rasai. Ada suami ringan tulang. Ada suami yang berat tulang. Semuanya mempunyai perangai dan sikap yang tersendiri. Bersyukur seadanya. Itu yang terbaik.

Isteri, dapat suami yang ringan tulang, senyum jer lah. Dapat suami yang berat tulang, redha aje lah. Kan syurga tu dibawah tapak kaki suami. Jangan sesekali menderhaka. Baik buruk suami, dia tetap pilihan yang terbaik untuk kita. Manusia tidak semuanya sempurna. Namun kita boleh mencari kesempurnaan dalam kehidupan kita. Memang tidak dinafikan, seharian bekerja badan akan merasai kepenatannya.

Wanita yang bergelar isteri memang suka tidur awal. Itu memang hakikatnya. Tidak dinafikan. Dan itu adalah normal. Kadang-kadang kita sebagai suami ada masa kurang memahami juga. Bukannya nak merungut isteri suka tidur awal. Tapi kadang-kadang kita sebagai suami mahukan perhatian juga. Dalam seminggu, tiap-tiap malam tidur awal, suami mana yang sanggup tahan kan? Sekali sekala nak merasai juga belaian manja isteri. Ada masa nak juga bermanja di paha isteri. Kan? Betul tak wahai suami-suami sekalian?

Ya. Kita tahu si isteri ni penat. Melayan kerenah anak, mengemas rumah, memasak, dan segala bagai lagi. Kita suami pun penat juga. Kita pun kerja juga. Tapi kita sebagai suami ni, kenapa tak suka tidur awal?

Kadang kala kita bukan nak protes sangat. Kadang kala kita bukan nak tarik muncung sangat dengan isteri. Siapa tak sayang bini oii. Sayang giler-giler sama bini kita kan? Satu dalam sejuta. Bak kata pujangga, patah tumbuh hilang tak berganti. Tapi kenapa si isteri suka tidur awal? Sekali sekala pernah gak bagi ceramah pada isteri. Kadang kala ada gak bagi warning sama isteri. Tapi bertahan seminggu jer. Lepas tu dia buat balik perangai tidur awal dia. Kadang-kadang nak tergelak juga bila fikirkan isteri ni.

Ada satu malam, aku bagi warning. Kalau tidur sebelum kol 12, aku angkat toto tidur kat ruang tamu. Sayang giler kat suami, diturutkan juga. Tapi, sampai satu tahap aku gelak sakan bila tengok muka dia. Sambil tengok TV, boleh dia angguk depan TV. Aku ingatkan dia angguk apa. Ingatkan dia faham apa yang diceritakan dalam TV. Aku biarkan je la. Makin lama, makin rancak dia angguk kepala. Dahhhh. Dah sah dia ni tidur.

Aku apa lagi. Aku susun langkah dan letakkan muka aku di depan muka dia. Aku nak gelak tapi aku tahan. Dia makin kuat angguk kepala. Lama juga aku tenun wajahnya. Terdetik dihati, “Cantikknya isteri aku. Terima kasih Allah”.

Dannnn bila dia bukak mata, dia tolak kepala aku sampai jatuh atas lantai. Adoiiiii sakit tuhan jer yang tahu.

“Abang, sory, terkejut ayang. Ingatkan sape. Hahaha” Boleh pulak dia gelak.

“Tu la lain kali jangan buat macam ni lagi. Nasib ayang tak ada sakit jantung. Kalau tak seronoklah abang dapat kawin lain” Ya Allah. Siapa tak sayang bini oii.

Lepas tu aku dan dia gelak sakan. Bahagianya waktu tu. Seronoknya bergelak ketawa dengan isteri. Dan sehingga ke hari ni, isteri masih lagi suka tidur awal.

p/s : Sekadar perkongsian. Isteri korang suka tidur awal tak? Isteri aku senyum tengok aku taip artikel ni. Haha.

59 thoughts on “Isteri Suka Tidur Awal? Apa Komen Suami?

  1. Hairul Azni

    Saya tak kisah isteri tidur awal..kita faham dengan penat kerja seorang isteri..balik dari kerja, tak sempat tarik nafas lagi dah berperang di dapur dan segenap rumah..kita yang si suami ni sibuk jugak tapi mungkin di bahagian lain..seperti basuh kereta dan kemas di laman rumah contohnya..lepas tu kita akan dapat berehat..si isteri pula akan terus bertugas sehinggalah terlelap..
    Hairul Azni recently posted..Nasi Kandar Beratur Pulau PinangMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge