Jadi Anak Yang Baik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Melihat perkembangan usia si anak memberi keseronokan dalam meniti kehidupan ini. Hidup bekeluarga bagaikan tiada serinya jika tidak di isi dengan telatah dan gelak ketawa anak-anak. Permulaanya pahit namun pengakhiranya manis. Begitulah perumpamaan yang selalu menghantui emosi apabila menempuhi setiap onak dan duri hidup bekeluarga. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah menjadi contoh teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak. Masa kecil adalah masa riang-ria si anak. Anak juga merupakan perawat dan penawar tekanan kehidupan.

ajar-anak-jadi-baik-2

Gelak ketawa, senda gurau dan setiap tangisan yang diluahkan memberikan kita seribu makna yang tidak mampu untuk diungkapkan. Kita sebagai ibu bapa mestilah pandai dan bijak dalam menangani setiap kerenah yang ditunjukkan oleh si anak kerana setiap kerenah ada maknanya. Begitulah luahan si anak untuk mendapatkan perhatian ibu bapa. Lain usia, lain lah kerenahnya. Walaupun sudah lebih dua tahun bergelar seorang ayah, namun aku masih belum mampu untuk menangai kerenah si anak dengan sempurna.

Begitulah lumrah hidup manusia. Belajar dan terus belajar. Cari dan terus mencari jawapan untuk setiap persoalan yang timbul. Dari situlah kita mampu untuk menjadi seorang manusia yang selayaknya dipanggil manusia. Hari ini aku rasa nak kongsikan sedikit tips dan panduan buat ibu bapa untuk mendidik anak-anak menjadi seorang insan yang baik. Rentetan daripada kisah Kau Pergi Jua, terdetik dihati untuk menulis artikel sebegini. Mana tahu perkongsian pandangan daripada rakan blogger sekalian boleh memberikan impak yang besar dalam menokah arus kehidupan yang kian mencabar ini. InsyaAllah.

Tips – Jadi Anak Yang Baik

1. Adik dah solat?

Perkara yang paling utama dalam hidup ini adalah pegangan agama. Solat adalah tiang agama. Tanpa solat, maka runtuhlah agama tersebut. Usia dua tahun bukan alasan untuk tidak mendidik si anak mengenali Islam. Sampai bila-bila pun ilmu agama kita kena pelajari. Sampai waktu, tengok si anak leka bermain, ajaklah dia solat bersama. Sekurang-kurangnya selalu lah bertanya pada si anak. “Adik dah solat?” Anak aku dulu rajin jer solat. Walaupun tunggang langgang dia solat, tapi dia pantang di ajak. Sekarang ni nampak liat sikit. Bila tanya, dia kata dah. Kecik-kecik pun dah pandai nak kelentong. Tirulah sangat perangai ayah yang jahat ni. Haha.

2. Ibu bapa sebagai model

Pelajaran si anak lebih tertumpu kepada pemerhatian dan pendengaran seharian. Anak-anak banyak belajar melalui penglihatan dan pendengaran kerana sejak akhir-akhir ini aku perhatikan, si anak selalu mengikuti apa jua yang dilihat dan didengarnya. Sebagai contoh, bunyi guruh dilangit disangka kapal terbang. Pengalaman pertama melihat kapal terbang, mendengar bunyi kapal terbang sudah cukup memberikan kefahaman buat si anak. Asal bunyi dari langit, terus disangka kapal terbang. Sama juga dalam konteks mengajar anak berbudi bahasa. Percakapan kita, perbuatan kita haruslah menunjukkan tanda-tanda orang yang berbudi bahasa.

ajar-anak-jadi-baik

3. Selalu terapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Zaman kanak-kanak adalah zaman untuk bersuka ria. Zaman yang bebas daripada belenggu masalah dan tekanan hidup. Seharian masa yang diluangkan bersama anak tersayang, eloklah diterapkan dengan nilai-nilai murni. Sebagai contoh, permainan si anak. Apa yang aku dapat perhatikan, si anak sukar untuk berkongsi barang mainannya. Masa ini adalah masa yang sesuai untuk diterapkan nilai-nilai murni. Jangan sesekali berputus asa untuk memberikan nasihat kepada si anak. Contoh ayat nasihat “Adik, mainan kena kongsi-kongsilah. Mana boleh main sorang-sorang nanti adik nak main jugak yang kawan punya kan?” Bak kata pepatah, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.

4. Bagus anak ayah

Sentiasa memberikan galakan dan pujian yang baik-baik untuk setiap kelakuan si anak. Si anak suka di puji dan belailah dengan kata-kata yang penuh nasihat. Walaupun kelakuan si anak salah, nasihat dengan cara yang terbaik. Jangan cepat marah kerana ia akan membantut perkembangan si anak khasnya aspek pemikiran. Sentuhan dan pelukan dalam memberikan nasihat amat memberi kesan yang mendalam pada perlakuan si anak di masa akan datang.

5. Terima kasih adik

Ucapan terima kasih memang sukar untuk diungkapkan. Walaupun ucapan sebegini tidak memerlukan modal yang besar, namun ia sukar untuk di amalkan. Dalam kehidupan seharian, ucapan terima kasih memang selalu digunakan. Ucaplah terima kasih selepas si anak di suruh untuk mengambil barang. Sebagai contoh, “Adik, tolong ambilkan ayah lampu jap. Adik, terima kasih. Ayah sayang adik.” Comfirm, si anak akan senyum lebar sampai ke telinga. Lain kali nak minta tolong si anak pun senang.

Pengubat Duka

Kredit : Wordless Wednesday #7 – Pengubat Duka

6. Adik, jom sapu lantai sama-sama

Terapkan nilai tolong-menolong dalam diri anak seusia 2 tahun. Usia sebegini memang sesuai mendidik anak-anak menjadi insan yang prihatin. Sekali sekala, ada masa free ajak lah si anak menyapu sampah. Lipat kain baju. Walau macam mana buruk sekali pun cara anak lipat kain baju, kita diam sudah la. Ada masa kita ajarkan cara yang betul. Permulaan ni, berikan dia pendedahan awal. Pupuk minat terlebih dahulu. Bila ada minat, buat apa-apa pun menjadi.

7. Tak ada dah. Tunggu korang semua komen la pulak.

56 thoughts on “Jadi Anak Yang Baik

      1. suri

        haaa.. jangan marah nanti saya merajuk sekaki :)

        biasalah mujur ada pic best hee..klu tak balik2 bikin promote cndol lgi.

        psst..bro skluga sht? eh lupa sy lupa alamt umh bro tgok2 tak lepas2 nak pos brg ni aper ceter nghee… >_<
        suri recently posted..Blog, No. 2 dan TMMy Profile

        Reply
        1. hafizul Post author

          Haha..Suri nih..hari tu saya dah bagi..ok tak apa..nanti saya emel alamat saya..emm biasa la en titan tu..cendol adalah pembakar semangat dia..

          Reply
        1. hafizul Post author

          Haha..dia ada mikail jer..tak apa la en titan..belum ada rezeki lagi tu..nanti dapat calon yang superhebat macam en titan, baru senyum sampai ke teliga..hahaha

          Reply
      1. suri

        mari sini gambar candidnya saya nak tongok juga gee..

        setuju kekedang anak2 makin meningkat umur perangai dia mkin sukar kita nak baca. depa punya pesenolati sllu berubah2..

        ya..masih belajar2 dan belajar lagi
        suri recently posted..Blog, No. 2 dan TMMy Profile

        Reply
  1. thaqibzaki

    Bagus kita terapkan nilai nilai murni dalam jiwa anak-anak. Lagi lagi masa dorang kecik lagi ni. Dah besar, senang sikit nanti. Hehehehe.

    Aku anak takde lagi, anak sedara ada laa. Nawaitu, biarlah anak-anak rasa dihargai. Lagi lagi anak lelaki, memerlukan sentuhan bapa. Macam main otomen. Dah besar, sama-sama bertukang buat kerusi ke. At least, masa dorang diisikan dengan berfaedah. It’s better than ask your children go play Play Station or PSP.

    Gambar first, macam aku main perang-perang dengan abang aku masa kecik dulu. hehehe.
    thaqibzaki recently posted..Bercuti Di RumahMy Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Hehe..wahh pernah jugak main perang-perang yer..entah la kenapa anak saya suka sangat masukkan kepala dalam bakul macam ni..kadang2 naik basikal pun pakai bakul..haha..betul tu bro..ayah ibarat kawan la bagi anak lelaki..ada kawan untuk teman dia bermain..

      Reply
        1. hafizul Post author

          Hehe..betul tu boh..tok keno kita nasihat la baik2..kawe pun kadang2 terbabas ugok..g maroh..kesian kat budak tu jerik dop pasal..loni sedang belajar mengawal perasaan marah..insyaAllah kawe nok jadi lelaki lembut..opsss silap..lelaki berhati lembut..

          Reply
  2. fiezaradzi

    mmg anak2 ikut apa yg ada di sekitarnya.. kdg2 kawan2 pun punca jugak.. dah pergi sekolah, macam2 peel ada.. jadi kita mak ayah, kenalah cakap betul ke tidak, elok ke tidak perangai yg ditiru tu…

    doa kepada Allah, mudah2an anak2 membesar dgn sebaiknya.. yg ni jgn lupa..
    fiezaradzi recently posted..Wordless Wednesday – DangaiMy Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Hehe..betul tu bro..kegagalan adalah tangga untuk mencapai kejayaan..harus belajar dan terus belajar..agar tersungkur mudah untuk bangun..hehe

      Reply
  3. Pingback: Adakah Ini Artikel Yang Santai? - Pondok Kecil

  4. Pingback: Tanggal 20 Januari 2011 - Pondok Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge