Jadi Kaki Buli, Siapa Yang Harus Dipersalahkan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jadi kaki buli, siapa yang harus dipersalahkan?

Ok. Sekarang ni musim buli membuli. Jadi, aku nak ajak korang semua untuk berkongsi pandangan tentang isu ini. Sebenarnya, banyak pihak yang terlibat jika ada pelajar ataupun anak yang jadi samseng sekolah dan jadi kaki buli kat asrama. Kadang-kadang tu aku jadi terfikir. Seronok sangat ke jadi kaki buli?

Jadi kaki buli, siapa yang harus dipersalahkan?

Dan seronok sangat ke kena buli? Untuk mendidik budak baik macam ni, seharusnya bermula dari rumah lagi.

Peranan ibu bapa :

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maknanya di sini, proses mendidik anak seharusnya bermula di peringkat bayi lagi ataupun peringkat kandungan lagi. Banyak sumber yang boleh kita ambil dan jadikan rujukan berguna dalam mendidik dan melahirkan anak yang soleh.

Pilih aje yang mana berkenan, lepas tu praktik la dalam kehidupan seharian.

Kalau boleh, selalu la pesan kat bayi kita tu. “Nanti besar jangan jadi kaki buli yer?” Bila aku cakap macam ni, korang gelak. Korang cakap aku tak waras. Ya. Bayi memang tak faham apa yang kita ucapkan. Tapi ingat satu jer. Setiap apa yang kita ucapkan itu sebenarnya doa. Dan doa ni kalau kita ulang banyak kali menda yang sama, insyaAllah kebarangkalian untuk menjadi nyata itu cerah.

Kesabaran itu perlu juga dijadikan aspek yang utama dalam mendidik anak-anak. Tidak dinafikan, anak-anak yang degil, yang tak dengar kata, yang hyperactive memang menguji kesabaran yang teramat sangat.

Kalau tak ada kesabaran, hari-hari didik dengan kaki dan tangan aje budak tu. Sampai satu tahap, dah nampak macam kes dera la pulak.

Bila anak-anak di didik dengan baik kat rumah, mustahil dia akan kawtim dengan kaki buli yang lain. Silap haribulan, dia pula yang kena buli sebab terlalu nampak skima. Haha. Susah juga macam tu kan?

Kami sayang satu sama lain... Walaupun nama kami berbeza, tapi kami tetap sama. Iaitu haiwan...
Kami sayang satu sama lain… Walaupun nama kami berbeza, tapi kami tetap sama. Iaitu haiwan…

Peranan cikgu :

Bukan kata anak orang lain. Anak aku yang duk kat Taska Permata tu pun lebih dengar cakap cikgu daripada ayahnya sendiri. Kalau aku kata gula-gula tu boleh rosakkan gigi, dia bukan nak dengar pun.

Tapi bila ada cikgu yang kata macam tu, dua tiga hari tak bersungut nak belikan gula-gula.

Jadi, tak salah kalau aku kata anak-anak lebih dengar cakap cikgu berbanding ibu dan ayahnya. Mungkin tahap kebolehterimaan nasihat antara anak kecil dan anak dewasa ni berbeza. Aku tak nafikan.

Berpandukan kepada pengalaman menjadi murid yang nakal di asrama suatu masa dahulu, ada beberapa perkara yang aku cadangkan :

  1. Pilih warden yang garang-garang sahaja. Yang berdisiplin tinggi. Yang tak makan saman. Yang betul-betul layak diberi tanggungjawab untuk menjaga budak-budak asrama.
  2. Tetapkan masa yang kerap untuk warden “round” asrama. Dari bilik ke bilik bertanyakan masalah-masalah yang acap kali timbul.
  3. Pilih seorang budak yang layak untuk dijadikan spy. Menjadi mata dan telinga bagi pihak warden. Setiap apa yang berlaku kat asrama, kejap jer warder garang lagi bengis tu dapat tahu.
  4. Kenalpasti budak yang bermasalah di asrama. Senarai hitamkan dan berikan mereka kasih sayang yang secukupnya. Didik mereka bagaikan anak sendiri. Kadang-kadang budak bermasalah kat asrama ni, dia bukan apa pun. Dia nak perhatian jer. Kat rumah mana nak dapat semua tu.
  5. Adakan program keagamaan sekerap yang mungkin. Masa ni la berikan mereka kesedaran serta tingkatkan nilai kasih sayang dalam diri mereka.
  6. Ini aje yang mampu aku senaraikan.
Ini baru betul tempatnya...
Ini baru betul tempatnya…

Dan isu ni terlalu panjang untuk dihuraikan. Dalam soal buli di sekolah ni, ibu bapa dan cikgu tidak harus dipersalahkan. Sebaliknya sama-sama mencari jalan penyelesaian macam mana nak mendidik mereka erti kasih dan sayang sesama kita.

Dan kes buli kat sekolah ni, bukan lagi satu isu yang baru. Dah bertahun, malah puluhan tahun, kes buli kat sekolah ni wujud. Apa yang membezakan, dulu tak ada telefon yang boleh main rakam-rakam. Sekarang dah bersepah telefon yang boleh dirakam aksi terlampau tu.

Lelaki cara lelaki. Pempuan cara pempuan.

Tapi diorang salah gunakan nikmat yang dimiliki. Akhirnya terperangkap dalam kebodohan diri sendiri.

Tetiba terbayang zaman persekolahan anak aku nanti. Semoga tak terjebak dengan kes buli membuli ni. InsyaAllah.

63 thoughts on “Jadi Kaki Buli, Siapa Yang Harus Dipersalahkan?”

  1. semua orang kena ambil peranan, terutama ibu bapa dan guru. dan yang penting, ada intergrasi dan keselarian antara ibu bapa guru murid dalam usaha mendidik anak-anak. aduhai Malaysiaku!

  2. kecik besar, kecik besar je tengok budak yang membuli ni. perasan dah kuat lah tu. tangkap ikat kat batang pokok, lepas kerengge dalam seluar, baru padan muka, huii geram.
    lagi pun banyak cerita tunjuk kalau jadi jahat boleh pukul orang tu hebat. dia pun nak test power lah.

  3. aku masih ingat muka pembuli aku masa kat sekolah
    tak pernah jumpa pulak tu
    kalu jumpa
    masak aku nak kerjakan semula…

    p/s: x baik simpan dendam…

  4. Lambakan filem berunsur keganasan juga antara faktor yang boleh mempengaruhi. Apatah lagi kemudahan untuk memperolehinya di media sosial yang kadangkala ramai yang terlepas pandang atau tak sempat pandang. Muhasabah kembali.

    1. Emm ada betulnya juga tu..anak sulong saya tu pun, kecil-kecil dan pandai ikut aksi drama TV..haha..tapi tu la..ayah dia yang silapnya..sape suruh tengok kan..

  5. Dunia menuju kehancuran. Manusia sudah hilang pertimbangan akal. Ini terjadi dikalangan golongan yang terpelajar dan masih belajar. Kalau berterusan macam ni? Nak jadi ketua gangster, bunuh sana bunuh sini?
    Yang sedih sebab Islam kulitnya, tapi pengisian “ZERO”

    1. Yup…ada betulnya juga tu..tak kan besar kelak baru nak menyesal..muda-muda ni yang harus jaga agama, bangsa dan negara daripada pandangan negetif masyarakat sekeliling..

  6. siapa yang harus dipersalahkan?…kalau kita saling menunding jari pun dah tak guna..ibu bapa, guru, warden asrama, rakan sebaya dan masyarakat semuanya harus memainkan peranan masing-masing. Lebih-lebih lagi si kaki buli itu sendiri perlu sedar tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.

  7. Sepatutnya kita sebagai ibu bapa kena prihatin anak2 kita..jangan terlalu asyik dengan kerja..takut2 nanti menyesal xberguna..

    ingatan untuk diri sendiri..
    blog walking
    jemput singgah ke blog

  8. Tak guna nak menuding siapa-siapa, kena salahkan diri sendiri setiap semua pihak. Isu ini memang takkan berhenti lagi-lagi yang berada di asrama cuma tidak dikeluarkan dalam media dan tanpa pengetahuan warden dan cikgu. At least, kita dapatkan kurangkan isu buli.

  9. masalah yg macam nie bukan jadi sekelip mata. kena tengok background n cara dibesarkan juga. walaupun mesti ada yg kata parents dah didik sebaik mungkin, cuma bagi saya, terkadang kita sebagai parents ada terlepas pandang soal mental emosi anak masa membesarkan mereka. nak2 pada umur remaja nie kan. teori2 tntg akhlaq, akidah, ibadah dll mungkin mudah nak dipasak di minda, tapi bagaimana dengan hatinya? 🙁

  10. kes buli ini bagi aku ada banyak peringkat..ada yang suka buli suruh junior buat kerja..ada juga yang suka buli pau duit..dan yang paling teruk adalah yang suka buli dengan memukul orang..

    1. Buli memukul orang tu yang paling tak leh nak tahan ni..hehe..dulu pernah gak kena buli..tapi buli basuh kain baju jer..ok lagi..leh buat urat dan otot lengan ni berketul-ketul..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *