Jadilah Manusia Yang Serius

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

“Awak… Please la… Tolong jadi manusia yang serius…”

jadilah manusia yang serius

Sekadar gambar hiasan : Google Images

Aku tenun dalam-dalam mata hitam milik wanita jelita si Piah bergigi jongang. Ungkapan itu seakan-akan menyedarkan aku betapa pentingnya untuk menjadi manusia yang serius. Bibir si Piah yang menggoda dan ukiran bibirnya mampu mengucar kacirkan hati dan perasaan si jejaka.

Secara tidak sengaja, hati kecilku berkata-kata…

“Cantik juga si Piah gigi jongang ni…”

 Semakin marah, semakin seksi bibir si Piah ni. Haha.

Ok. Lupakan kisah si Piah giginya jongang itu. Lagipun aku malas sangat nak loyar buruk hari ni.

Termenun panjang hari ni. Mengimbau kembali apa yang terjadi dalam kehidupan aku sebelum ni. Muhasabah diri untuk seketika. Dalam kehidupan aku yang lalu, tak banyak perkara serius yang aku lakukan. Terutama sekali dalam kerjaya.

Andaikata dua, tiga tahun yang lepas aku dah mula serius dengan apa yang dirancang, berkemungkinan besar sekarang ini dah menuai hasilnya. Sejak beberapa tahun yang lepas juga, banyak pengharapan yang ditaburkan.

Hasilnya sekarang, pengharapan itu tetap menjadi harapan yang setia. Tidak berubah kepada apa yang diharapkan.

Titik tolak daripada muhasabah tersebut, ada beberapa perkara yang dapat disimpulkan.

  1. Untuk menjadi manusia yang berjaya, kita perlu lebih serius dengan apa yang kita sedang lakukan. Serius bukan pada wajah sahaja. Hati, pendirian dan tingkah laku juga perlu sama-sama serius.
  2. Buat sesuatu kerja bukanlah sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.
  3. Manusia yang serius juga merupakan manusia yang sanggup berkorban apa sahaja demi merialisasikan impian yang belum tercapai. Ya. Pengorbanan itu tidak pernah mengenal erti jemu. Ia akan senantiasa hadir dan terus hadir untuk menguji sejauh manakah “serius” yang kita miliki.
  4. “Serius” tidak akan kekal lama sekiranya tiada sokongan daripada mereka yang kita sayangi. Sokongan daripada mereka yang terlibat sedikit sebanyak akan menaikkan lagi semangat dan tahap keseriusan dalam diri.
  5. Itu aje. Malas dah nak tulis point yang seterusnya.

Kadang kala, apabila kita mula untuk lebih serius, akan ada bisikan sinis dan jahat lagi mengerikan.

“Ala… Tak kemana pun dia tu….”
“Tak payah la nak serius sangat dengan kerja ni. Tak ada hasilnya… Buat lelah jer…”
“Eleh… Bajet boleh hidup la tu….”

Semua ni sudah menjadi kebiasaannya. Telan aje dengan rasa yang sungguh enak sekali. Jangan sesekali merungut dengan apa yang kita telan tu. Sedap ke, tak sedap ke, telan je. Bila dah sampai satu tahap, dah tak boleh nak telan lagi, muntah aje la. Haha.

Jadi, kepada mereka yang betul-betul serius untuk kerja online, sila baca artikel yang bertajuk . Peluang Kerja Online Bersama Taskv. Laburkan sikit modal demi mencapai apa yang korang harapkan. Beranikan diri untuk membuat pelaburan yang ada masa depan ni.

Jangan syok sangat buat duit atas angin. Kelak diri yang merana. Haha.

>>> Jom daftarkan diri untuk kerja online bersama TaskV.

Ingat…

Serius bukan sekadar dimulut sahaja. Ia disertai dengan perbuatan dan semangat yang kita miliki.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

43 thoughts on “Jadilah Manusia Yang Serius

    1. hafizul Post author

      Mak aiiii..redah sampai pecah ekkk..suka sangat dengan ayat terkahir tu..terima kasih myliferia..kata-kata ni memang pemangkin semangat untuk saya..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge