Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Rona-rona kehidupan kadang-kala memaksa kita untuk menjadi pelakon yang terbaik. Walaupun tiada pengalaman mahupun kemahiran, ia tetap memaksa kita untuk menjadi seorang pelakon. Sesusah mana pun watak lakonan itu, namun ia mampu kita lakonkan. Watak jahat atau watak baik, itu terpulang kepada siapa ia hendak dipersembahkan. Kehidupan memang sebegini. Dulu kini dan mungkin juga selamanya. Satu masa dahulu aku kurang memerhati. Tapi kini terdetik di hati untuk jadi pemerhati yang setia. Memerhati setiap gerak geri dan setiap langkah kehidupan.
Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus ( Original )
Namun tidak semua perkara mampu aku perhatikan. Apa yang terjadi dan kerap kali berlaku di depan mata, itu yang akan menjadi keutamaan. Kadang-kala watak yang dilakonkan itu, mampu mengaburkan mata dan persepsi masyarakat yang melihatnya. Tidak semua masyarakat mempunyai satu matlamat dan satu harapan yang sama. Lain orang berbeza matlamatnya. Bak kata pepatah, lain padang lain belalangnya. Sesekali kita kena nilaikan juga. Apa yang mampu kita lakukan dan apa yang tidak mampu kita lakukan. Jangan kerana nila, rosak susu sebelanga. Bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri.
Untuk menjadi pelakon yang disukai ramai, petuanya mudah sahaja. Buat apa yang termampu dan terdaya. Jangan dipaksa kerana hasilnya pasti buruk dan paling teruk lagi sekiranya ia melibatkan hati penonton. Sama juga dalam konteks janji. Berjanji sekiranya kita rasa dan kita mampu laksanakan. Jangan berani berjanji sekiranya kita sendiri belum pasti boleh tunaikan ataupun tak. Pelakon yang baik tidak mementingkan populariti. Populariti akan wujud dengan sendirinya jika hasil lakonan memberi impak yang positif di hati penonton.
Kehidupan kata orang tak seronok jika kita mempunyai satu watak sahaja. Ada masa kita kena sedih. Ada masa kita kena gembira. Ada kala juga kita marah. Mana ada manusia yang mempunyai satu watak sahaja. Gembira sampai bila-bila. Sedih selamanya ataupun marah setiap masa. Tidak pernah ketemu insan bertuah macam ni. Mungkin ada tapi tidak bertemu lagi di depan mata. Semuanya tidak mustahil kan?
Ada orang kata,
“Tengok tu, rajin ada makna la tu. Kawasan rumah penuh semak samun, tapi rajin pula menebas di kawasan rumah orang”
Segelintir manusia memang ada yang bersikap macam ni. Nak raihkan nama dan raihkan perhatian tapi bukan pada tempat dan masa. Tidak sesuai juga dengan suasana keadaan semasa. Namun apa yang boleh kita lakukan? Dah watak yang dia kena lakonkan macam tu, kita penonton sekadar tonton je la.
Ada juga adegan macam ni,
Bakal ketua kampung – “Kalau kamu semua pilih saya jadi ketua kampung, saya janji saya akan lakukan penambahbaikan dan tengok kat mana yang perlu diperbaiki lagi demi menaikkan nama kampung di mata dunia.”
Orang kampung – “Emm tak payah la nak buat janji kali kedua. Janji-janji lama pun belum dilaksanakan sepenuhnya. Buat pun hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja”
Kredit : Google
Jadilah seperti manggis.
Hodoh kulitnya, cantik isinya.
Tak pun jadilah seperti ikan kering. Busuk baunya, sedap isinya.
Begitulah kehidupan manusia. Lakonan, watak dan suasana semuanya berkaitan antara satu sama lain. Kadang-kadang kita sebagai manusia biasa, bila masuk bab belakon memang mengalahkan artis-artis yang dah popular. Kan?
p/s : Artikel ni ada maksud tersendiri. Selamat berteka teki.
gua suka manggis. manis lemak berkrim tak terkalah kesedapannya.
kulit manggispun sedap..hehe
Kulit pun orang makan jugak ke bro?hehe
kulit manggis de orang ekstrak jadi minuman.. tak percaya? betul ada…
Emm saya pun suka jugak..memang sedap makan kalau kena manggis yang tak kerang..hahaha
sy suka manggis t[i tak tahu kulit blh makan…bt lauk ker bt jeruk heeee
Sama lah saya..saya pun tak tahu jugak..haha
hahaha..orang keringkan kulit duit, kisar buat jadi minuman..
ala, dulu2 ada jus manggis tu…kalau tak silap ambe, antara bahannya ialah kulit manggis yg hitam itulah
@suri, tak jumpe lagi jeruk manggi…hohhoho
ooo macam tu yer?tapi memang tak pernah minum lagi jus manggis..
amat besar khasiat ni bro… boleh dikatakan semua bahagian pokoknya berguna terutama ubat kencing manis..
itu yg ramai jual tu..
Emm saya tak pernah jumpa lagi bro..kalau air rebusan daun dia tu pernah la jumpa..hehe..tapi tak minum..
Pernah dgr jugak..daun dia keringkan dan rebus minum air kan bro?hehe
dah lama tak ‘rungkas’ pokok manggis…huhu
Rungkas mugo lain la pulok ehhh…wi ko anok lah pulok ngukas pokok nih…hahaha
haha demo gak…jolo doh tu…
Jolo blako la hok kawe oyat tuh..haha
ni ayat trademark boh yusri ni..
hahahaham
haha…baru ambe tahu kawe ada trademark…hehe
‘rungkas’ jange sebarang ‘rungkas’ boh…nati saloh orat kang…haha
Haha..saloh urat tak po boh..buleh ngurut..kot saloh pingge jah..mula tok leh nok ngukas tinggi doh la..hahahaha
mitok jauh lah tu…huhu
Saya memang suka makan manggis tapi tak suka yang besar sebab tak larat nak telan biji.
ingat masa kecik2, takut makan biji, nanti tumbuh dalam perut..hahaha
Hahaha..pernah jugak mak citer masa kecik2 dulu…padahal dulu dia tak bagi makan mana sebab dia nak belai mahal..tak mampu katakan,,hehe
Hehe..memang doh..saya pun tak suka makan yang besar,..suka makan yang kecil jer..
Diam diam ubi berisi… tak perlu berlakon untuk diiktiraf. Nice bro
Terima kasih bro..faham ke artikel ni?hahaha
haa… yelah klu tak diam buat apa2 rugi, bagi diam2 tapi berjalan dan masyuk..klu ckp kosong tak der hasil terkadang kita kena cari apa silap kita gak pasal pa jadi gitu huu..
Emm betul dah tu..hehe..
memang macam pelakon…perlu penghayatan baru faham maksud artikel ini.
Hehe..tak sangka ada jugak orang yang faham..hehe..terima kasih bro..
Hidup mmg sebuah ‘lakonan’, pengarahnya ialah Allah. Ada pelakon yg dengar dan patuh arahan Pengarah, ada yg tak patuh, ada yg kejap patuh, kejap langgar… =)
Hehe..betul dah tu bro..apa boleh buat..nafsu blake tuh..haha
Biasalah tu nak dapatkan bukan mudahkan
Emm betul kan Suri..bila dah dapat ada yang terlupa apa yang patut dilakukan..haha
gitulah kita..harap2 kita pakat dapat kawal nafsu yg sokmo2 nok mengganas ni buat benda2 jahat
tapi tak semua manggi itu manis kena pandai pilih juga 🙂
Betul tu bro..pandai pilih, maka manis lah isinya..hehe
banyak orang banyak ragam, kenalah sabau huu
Ha ah..sabau pun ada batas nya..hehe
Err..teka sikit boleh?Artikel ni ada kaitan dengan suasana pilih memilih,pangkah memangkah yang bakal berlaku nanti?……..
Emm no komen..hahaha
hahahha..terpulang pada pemahaman masing2 agaknye bro pk?
dah lama tak makan manggis
apakah aku perlu berlakon mengidam nak makan manggis?
huhu
Haha..kalau berlakon nak makan maggis ok jer bro..lagipun ia boleh buat perut kenyang..
jgn2 nanti, isteri cikgu yg berlakon =)
ada org mcm tu, moga kita jadi seperti manggis yg elok dan cantik isinya
Hehe..terima kasih aju..
pedas..pedas…janji mesti ditepati…
Haha..pedas ke bro?haha
saya sgt suka manggis.. hehe
Hehe..saya pun sama..kemanisan dia buat saya tak pernah puas..
hahaha..itu dia queen of fruit ..hehe.. manggis crepe ?
selamat berteka teki, macam tahu.. tapi tak pe lah.. hihi..
suka juga manggis, tapi susah nak jumpa.. sbb bermusim.. nak jumpa yg sedap, pun susah, sbb de yg nampak sedap, tapi dalamnya tak..
manggis boleh tahan harganya, mahal juga..
Emm betul tu..harganya boleh tahan lah..tapi kalau dah nak makan, mahal pun sanggup beli..
sedapnye manggis.. lama tak makan buah ni..huu
Hehe..kenapa bro?tak ada jual ke katv tempat bro?
saya setuju..jgnlah sesekali menilai sesuatu melalui luarannya sahaja..yg dalamnya kita tak tahu..
Betul tu bro..hehe
kulit manggis sekarang jadi ubat paru-paru dan tBC bro