Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Impian dalam kehidupan ini seringkali dikaitkan dengan cabaran dan dugaan. Onak dan duri terpaksa ditempuhi demi mengejar impian tersebut. Dalam sedar ataupun tidak sedar akan ada segelintir manusia yang pandang sinis terhadap impian yang telah tersemat utuh di sanubari. Pandangan sinis dari mereka, ditelan jangan, dilayan pun jangan. Andaikata kita ambik kesah dengan pandangan negatif macam tu, sampai bila-bila pun kita tak kan berjaya menggapai impian kita tu.
Sedih tau bila impian kiterrr ni diperkecilkan…
Setiap manusia yang hidup di dunia ini pastinya mempunyai impian tersendiri untuk dicapai sebelum tibanya hari tua. Begitu juga kehidupan aku sebagai seorang blogger. Aku juga ada impian yang ingin dicapai bersama blog Pondok Kecil. Jangan perkecilkan impian aku walaupun ia impian yang korang rasa tak masuk akal.
Kenapa harus ada dalam diri korang sikap memperkecilkan harapan dan impian insan lain? Dan kalau dah impian aku nak jadi Keluang Man sekalipun, kenapa harus korang rasa pelik? Murni apa impian aku tu. Nak jadi Keluang Man semata-mata nak tolong Polis tangkap pencuri dan penjahat. Salah ke?
Sekali lagi aku ingatkan, jangan perkecilkan impian aku walaupun korang tak rasa aku tak akan berjaya menjadi Keluang Man.
Alkesah suatu petang yang indah lagi mendamaikan.
“Ehh lama tak nampak. Balik cuti raya ke?”
“Ehh aku balik kampung tiap-tiap minggu la. Kau tu yang sibuk asyik keluar kampung jer.”
“Laaa ye ke? Dah tu kau kerja kat mana sekarang ni?”
“Aku? Kerja kat rumah jer. Sambil-sambil tengok TV, boleh buat kerja.”
“Serius la wehhh. Kau kerja kat mana sekarang?”
“Ehh dia ni. Aku kerja kat rumah la. Aku jadi blogger. Cari duit kot internet.”
Kawan A : “Hahahaha. Jadi blogger? Weiii mampu ke kau sara anak bini tu? Kau ni biar betul. Tak logik la pulak. Jadi blogger ni boleh hidup ke? “
Kawan B : “Wei… Biar betul. Aku tak nampak jalan kalau kau jadi blogger…”
Kawan C : “Dah la berangan weiii. Aku tahu tak kan lama pun kau jadi blogger”
“Emm boleh hidup. Sampai sekarang aku sihat walafiat. Makan on time. Anak nak beli motosikal kecik, aku belikan. Bini aku hari tu mintak belikan gelang emas. Hari tu juga aku belikan. Jadi blogger ni, aku nampak jalannya. Kalau tak nampak dah lama aku stop. Aku jadi agen jual ebook. Paling syok, aku dapat banyak komisen Jobdirumah. Boleh la nak hidup dengan jadi blogger ni. Tak lama lagi kaya lah aku.”
Suka duka bersama Program Affiliate Jobdirumah…
Ambik kau. Punyalah over aku masa tu. Pandai sangat. Jadi, sila jangan perkecilkan impian aku walaupun aku hanya seorang blogger picisan. Aku bertungkus lumus kerja siang dan malam. Semata-mata nak tengok blog Pondok Kecil berjaya menjadi blog popular.
Siang dan malam aku cuba carikan lebih komisen dari program Affiliate yang aku sertai. Kalau bukan kerana impian aku, aku tak kan buat semua ni. Baik aku habiskan masa berharga dengan anak dan isteri. Kan?
Ok. Terima kasih kepada kawan-kawan aku di atas kata-kata semangat tersebut. Sedikit sebanyak korang telah memberikan aku lebih semangat untuk berjaya dalam dunia blogging. Hehe. Kata-kata korang tu, ada ku kesah?
Renungan untuk hari Jumaat yangmulia. Jangan suka pandang rendah pada kemampuan orang lain. Ye?
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
blogger dan rm tak dapat pisahhan kalau boleh hari-hari mau jana wang
banyak tu kasi sini sikit voleh..tak bagi sama rata 😉 tahniah satu sumber inspirasi saya juga ini
Hehe..nak ke?ambik lah..kan hari tu dah bagi..tak ambik gak ke?hahaha
sampai hati memperkecilkan blogger…blogger pun boleh hidup tau..
Yup betul tu..blogger pun cari duit dan rezeki yang halal gak..emmm…
Biasa dengar kata-kata negatif macam ni.Tapi ambil ia sebagai cabaran. Setiap kita ada rezeki masing2. cuma jalan kita nak sampai kpd rezeki itu sahaja yang berlainan. Cuma kita sahaja yg tahu jln mana harus kita ikut.
Ok bro..terima kasih sebab sudi memberikan suntikan semangat..insyaAllah..tak kan sia-sia apa yang saya usahakan selama ni..
fuhhh.. pernah kena.. buat masa ni pernah juga alami situasi macam PK ni.. lepas tu terus bla bla bla dengan kawan tu, last2 minta ajar buat blog..
EMm kawan memang macam ni kan bro..haha…
Sebagai kawan, tak patut kita perkecilkan usaha kawan kita yg lain. Sepatutnya kita bagi sokongan padu. Blogger juga satu kerjaya. Bukan perkara pelik dah zaman sekarang ni. Dah ramai yang kerja full time sebagai blogger. Nak bukti kita boleh tunjukkan.. Tadek hal..
Hehe..terima kasih anarm..tapi persepsi orang kampung tak sama dengan orang bandar..kehidupan di sini, berbeza..tak apa lah..biarlah mereka asal mereka bahagia menjalani kehidupan mereka seharian..kita, buat apa yang patut..saya nak tunjuk kat diorang ni yang blogger bukan sekadar nama..
pedulikan kata2 orang yg tak membina tu bro..yg penting kita ada usaha dan cara kita sendiri
Yup..itulah yang terbaik bro..terima kasih atas kata-kata juang ni..
wah banyak nyer komisen dia kita xpnh dpt pun huhu
EMm insyaAllah nanti dapat lah tu..hehe..
blogger telah dingkat sbagai media yg mampu memberi promosi yang baik
oleh sbb itu blogger boleh dijadikan kerjaya 🙂
cuma tidak semua pihak masih tahu ttg perkara ini
yg ptg kita buat dgn cara betu
Sop hanya blogger sambilan.. 🙂
Hehe..terima kasih Sop atas nasihat ni..emm kehidupan di kampung tak sama dengan di bandar..di kampung ramai lagi yang tak tahu apa itu blogger…haha..
haha..
buat aje apa yang kita rasa kita perlu lakukan. Lebih baik buat sesuatu daripada diam diri sahaja.
Ok encik titan..terima kasih atas kata-kata semangat ni..insyaAllah..
Rezeki halal ada di mana-mana. Janji nak buat bersungguh-sungguh
Ok bro..terima kasih atas kata-kata semangat ni..hehe
jangan pandang rendah pada orang yang rendah
jangan pandang kecil pada orang yang kecil
Haha..tapi kalau nak pandang orang rendah, kena pandang ngn pandangan yang rendah..tak gitu bro?hehe
betul tu, jangan diperkecilkan impian kita. Setiap orang ada perbezaannya dalam pekerjaan dan berlainan incomenya.. Tgk bro punya income masyukk!
EMm dulu masyuk lahh..sekarang sunyi pulak..adat dah macam tu kot…hehe.kena cuba kot lain pulak ni…terima kasih bro atas kata-kata semangat ni..
semua org ada impian, teruskan impian anda.
Hehe..terima kasih encik karman yang baik hatinya..
Abaikan je orang macam tu,kita sebagai blogger ada cara tersendiri untuk dapatkan wang sampingan,yang penting kita terus menuju kepada impian tersebut
Yup..betul tu Wazy..terima kasih atas kata-kata semangat ni…
Sebenarnya bagus jugak ade orang ckp macam tue. Baru la semangat berkobar kobar muncul dari dalam untuk membuktikan diorang salah.
Kita perlukan cabaran
Emm kadang2 cabaran macam ni boleh membantutkan mood dan emosi blogging gok..kena hadapi dengan hati yang tenang..terima kasih bro..
apa saja yang orang tak faham tentang dunia blogger ni kita jadikan ia sebagai kes untuk kita study…baru nampak keseronokan berblogging tu…
Hehe..kadang2 ada masanya menda macam ni boleh membunuh semangat kita gok..hahaha..terima kasih boh..
Ada impian yang disuntik dengan azam akan datang usaha yang mencari dan membuka jalan.
InsyaAllah..semoga ada jalan untuk saya kecapi kejayaan bersama blog..hehe
gambar budak menangis tu, demo maso kecik ko?huhu
Hahaha..dop ehh..kawe maso kecik bolok wokkk jah…haha
haha…siap inguh neleh lagi….
pah duk main kut dale baruh igat ike sepila…hehehe
Haha..demo ni..buat glamour kawe pulop..kawe dop suko glamour2 nih..hahaha
usaha tangga kejayaan , Insya-Allah pasti berjaya…
Terima kasih PM..isyaAllah…
mereka tak nampak lagi kuasa internet
Yup..biarlah asal mereka bahagia..hehe
Good luck bro. . Semoga berjaya menjadi blogger popular. . Dan semoga boleh menjadikan sebagai sumber pendapatan utama pada satu hari nanti. . Amin.
Aminnn..terima kasih bro…insyaAllah..semoga apa yang saya hajati akan berjaya dikecapi suatu masa nanti..hehe
Elok juga ada org camtu. Utk sesetgh org, benda tu jadi satu cabaran & motivasi utk proof kan kat dia yg kita bleh berjaya. Ada satu artikel penah citer, kewujudan internet ni mewujudkan bnyk pekerjaan baru & menutup bnyk pekerjaan lama. Blogger ni pon satu jenis pekerjaan gak. Dulu org x beli barang online, skrang dah jadi kebiasaan.
Haha..betul tu..mungkin bro dah banyak pengalaman bab cemuhan macam ni kan?anyway, terima kasih untuk nasihat dan kata-kata semangat ni..hehe
Hanya kita yang faham apa yang kita lakukan.
Yup..betul tu bro..thanks bro..hehe
terbaik bro! teruskan usaha ^^,
Hehe..terima kasih bro..insyaAllah…
Kalau kita asyik layan kata2 daripada mereka2 yang berfikiran negatif sampai bila pun kita takkan berjaya.
Jangan perkecilkan impian Asyrof juga ..
Hehehe ..
Hahaha..impian asyrof besar tu…hehe
Mimpi itu percuma. Jangan pernah berhenti. Anda kaya dan berjaya!
Haha..terima kasih yer kak yah..insyaAllah..semoga diperkenankan..hehe