Jeng Kreng Wase Lening

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kehidupan seharian bersama keluarga tercinta adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Tambahan pula setiap hari melayan kerenah anak yang menghiburkan. Memang bertambah rasa keseronokan tersebut. Anak adalah anugerah terindah pemberian yang Esa. Di amanahkan oleh-Nya untuk dijaga dan di asuh menjadi insan yang berguna di masa depan. Agar kehidupan si anak di hari tua lebih bermakna. Tiada penyesalan di hati kita selaku ibu ayah yang membesarkannya.

jeng kreng wase lening

Kredit : Pengubat Duka

Dalam melihat anak-anak membesar dengan sihat, banyak perkara yang difikirkan juga. Salah satunya adalah tempat asuhan untuk si anak. Bagi mereka yang bekerjasama mencari sumber pendapatan keluarga, aku rasa isu pemilihan tempat asuhan ni adalah perkara pertama yang korang titik beratkan. Betul tak? Tambahan pula isu berkenaan dengan tempat asuhan yang kita sendiri tak sanggup untuk kita dengar.

Pernah sekali tu aku dengar bayi maut tersedak susu. Ada sekali tu pula, bayi maut dalam baldi. Ada juga pengasuh tampal mulut bayi dan lilit badan dengan kain. Apa cerita ni pengasuh oii!!! Seram sejuk jer bila dengar kes melibatkan penderaan bayi. Aku ni mudah tersentuh. Bab-bab macam ni, hati keras pun boleh jadi lembut. Selama ni aku ego tak nak kesiankan orang lain, tapi bila part melibatkan bayi, aku menitiskan air mata gak. Sifat lelaki buas yang ada masih belum buas sepenuhnya lagi. Haha.

Isu-isu sebegini sepatutnya tidak wajar di gembar gemburkan. Sebabnya, ia boleh mencetuskan sikap prejudis terhadap tempat asuhan kanak-kanak. Ini hanyalah pendapat aku sahaja. Pendapat dan luahan hati seorang ayah yang begitu cakna akan kebajikan anaknya. Hehe. Isu-isu sebegini sedikit sebanyak menjadi garis panduan setiap kali berfikir untuk menghantar anak ke tempat asuhan. Bukan nak buruk-buruk kan tempat asuhan kanak-kanak. Tapi inilah hakikat nya yang harus korang terima. Sejak isu-isu pelik tu keluar di dada akhbar, aku jadi bimbang dan takut untuk menghantar anak ke pusat asuhan kanak-kanak.

Mungkin aku perlu berhenti kerja demi menjaga kelahiran anak kedua nanti. Bila lahir? Entah lahh. Aku pun tak pasti. Yang si anak sorang ni, pagi-pagi asyik meragam jer. Protes tanda tak puas hati kot. Tak pun kurang kasih sayang. Aku rasa dah bagi kasih sayang secukupnya. Ataupun protes nak suruh ibu lahirkan teman untuk bermain yer. Emm tu kena tanya ibu lah dik. Ayah no komen. Hahaha. Kadang kala puch card masuk kerja pagi asyik merah jer. Nasib badan dapat kerja sambilan. Diorang nak fired aku bila-bila masa pun tak ada masalah.

Mujurlah khidmat aku masih diperlukan di sini. Haha. Aku pun hairan. Nak kata aku rajin, aku ni memang malas nak buat kerja pejabat. Nak kata aku ni suka bodek bos, dalam seminggu sepatah je kot bercakap dengan bos. Emm entah la. Aku pun pelik. Ke senyuman menggoda aku ni buat mereka semua tertarik. Awww sooo sweeetttt!!!

Mungkin aku perlu lakukan sesuatu. Si anak yang sorang ni, mak sedara yang tolong jagakan. InsyaAllah anak kedua nanti, aku akan hantar ke tempat lain. Kat mana? Itu aku belum fikirkan lagi. Jeng kreng wase lening.

Mungkin juga, saat sekarang aku sudah boleh berjinak-jinak dengan belajar menjahit baju melayu. Asyik sangat duk promote bab-bab belajar menjahit, sampaikan aku sendiri terasa nak makan umpan sendiri. Haha. Ada baiknya juga aku belajar menjahit. Sekurang-kurangnya untuk permulaan ni, pandai menjahit baju anak lelaki tak apa doh. Kan? Nanti bila dah pandai menjahit baju, boleh lah buat promosi untuk tempahan menjahit pula kan.

Pendek kata, tempahan menjahit baju bukan tertumpu pada hari-hari tertentu sahaja seperti musim perayaan, kenduri kendara dan sebagainya lagi. Pakaian ni, tiap-tiap hari orang pakai. Sebulan sekali paling busuk pun, kaum wanita akan membuat sehelai baju kurung. Yang lelaki tak yah nak kira lah. Setahun sekali belum tentu ada mood nak buat baju melayu. Bila time raya, jenuh di paksa oleh isteri dulu barulah nak beli kain nak buat baju melayu. Emm memang macam ni ke sikap lelaki? Haha.

Tapi untuk belajar menjahit ni, banyak juga kos yang perlu aku peruntukan. Nak beli ebook menjahit baju, satu hal dah. Tu mesin jahit kat rumah, punyalah banyak part kena baiki. Emm gambarnya aku akan masukkan esok yer. Mesti ada yang cadang beli baru nih. Hehe. Ala tak suprise lah esok dah tahu gambar apa nak dimasukkan dalam Wordless Wednesday. Tapi tak apa. Aku tak kesah. Sebab kehidupan di halaman Pondok Kecil sentiasa ada kejutan. Kan? Hahaha.

jeng kreng wase lening

Ok lah aku rasa dah banyak sangat dah aku membebel pagi-pagi buta ni. Kan nanti orang tengok, tak manis pula. Masa kerja duk hadap laptop. Sedangkan tuntutan kerja bukan kena hadap laptop pun. Tu lah kadang-kadang orang tak faham. Walaupun tukang kebun sekali pun, kerja pegang cangkul dan mesin rumput, teknologi kena hadap juga. Pagi ke, malam ke, hari-hari kena hadap teknologi. Nak cari macam mana nak mencantikkan halaman pejabat, macam mana nak menguruskan masa berkebun dan sebagainya lagi yang mereka boleh perolehi di internet. Lagipun, diorang ni susahkan kerja korang ke? Tak ada kan? So, sila jangan membebel bila pakcik tukang kebun sedang menghadap laptop pagi-pagi buta ni. Dahhh. Dahhh… Banyak dah ni aku membebel.

Ok. Selamat membaca.

68 thoughts on “Jeng Kreng Wase Lening

    1. hafizul Post author

      Emm tu lah..tapi kalau saya belajar menjahit sekarang, raya ni tak dapat hasil lagi kot..kalau tahun depan, insyaAllah lah..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      Lelaki buas tu kasar ke bunyinya?kat sini macam biasa jer..hehe..pasal tajuk tu ada dah orang tolong jawabkan..harap faham..hehe..emm tu lah sebabnya saya nak belajar menjahit ni..malas dah kerja jadi kuli..hehe

      Reply
  1. hafizmd

    kalu jeng, dakpe lagi boh..kalu jeng kreng…mmg jeng sunggoh ni..

    bab anok2 tu..mmg gitulah boh…ambe terpaksa tukor tmpat pengasuh (nurseri) si kakak dulu sbb tiba2 pengasuh lama kena pecat…pjg jugok kalu nok cerita…(hehehe…idea nak tulis entri baru ni…hahhaha)

    ape kata, deme upahkan jer mak sedara tu utk terus jaga anak?
    hafizmd recently posted..Apa Ubat Pencegahan Terbaik?My Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Emm bukan saya dop sir suruh dia jaga da..tapi biarlah..isnyaAllah saya fikirkan jalan yang terbaik untuk anak kedua saya nanti..emm apa lagi boh..ejas la cerita tu..macam menarik jer..hehehe..cepat2 karang nanti publish yer..hehe

      Reply
        1. hafizul Post author

          Emm jangan tebeng baso ngn jeng lagu tu..boleh membunuh mood blogging..bagus doh apa yang deme buatkan ni..saya harap deme dapat ideal dengan secepat mungkin..hehe..

          Reply
  2. Azie

    Salam, minat menjahit tu ada tapi skill macam tak der je. Kalau nak belajar makan tahun kot bagi saya la. jahit butang baju dengan kancing seluar yang tertanggal boleh la.hiii
    Azie recently posted..Khasiat SengkuangMy Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Hehe..untung lah bro ada keinginan untuk mencuba..tak apalah permulaan ni memang mcm tu kan bro..bila dah berjaya, tong sampah pun jarang2 masuk dah..haha..bagus idea bro ni..semoga bro kecapi cita-cita bro dengan jayanya..aminnn

      Reply
    1. hafizul Post author

      Emm tu lah sebabnya kan?Susah2 nak dapatkan tempat asuhan yang bagus…emmm..nak jaga sendiri, kita memang bukan orang kaya..kena kerja dan kena cari duit juga..adoii pening2..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      Hehe..selamat maju jaya saya ucapkan..saya masih dalam proses lagi..banyak menda nak kena belikan..termasuk yang dalam gambar ni..emmm

      Reply
    1. hafizul Post author

      haha..betul tu bro..kadnag2 saya rasa bersyukur juga sebab kenal dunia blogging..banyak menda yang boleh buat otak saya ni berfikir..hehe

      Reply
  3. Pingback: Pendapatan Ke 23 Dari Jobdirumah - Pondok Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge