Jobdirumah Affiliate dan Pak Cik Hisap Susu Ibu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jobdirumah Affiliate dan Pakcik Hisap Susu Ibu merupakan tajuk yang menarik perhatian aku untuk berkongsi sepatah dua kata dengan korang semua. Beberapa hari yang lepas, aku sibuk sangat. Sampaikan tak ada masa nak take care blog korang semua baik-baik. Aku tahu. Walaupun aku sibuk semacam, korang tak pernah jemu bertandang ke laman blog Pondok Kecil.

terima-kasihThank You 4 Everthing….

Kan?

Dan beberapa minggu ni aku perhatikan, bila aku tak update blog untuk tempoh dua hari lamanya, rank Alexa semakin baik. Semakin mengecil dan berada pada kedudukan yang sedap mata memandang. Namun setelah aku kembali semula, setelah siarkan artikel, buat blogwalking macam biasa, rank Alexa ni kembali tak normal. Makin naik.

Memang hairan gak la fikirkan tentang kekasih hati Alexa ni. Ataupun tak suka aku update blog setiap hari??? Haha. Mungkin apa yang aku alami sekarang, korang pun alaminya juga. Tak mustahil ada yang kata, kekasih hati Alexa ni berhantu. Sekarang baru aku faham.

Ok. Dikesempatan yang ada ni, aku ingin kongsikan dengan korang semua. Macam biasa la. Keyword pelik lagi ajaib sekali sekala akan menyinggah ke laman blog Pondok Kecil. Dan situasi serta keadaan macam ni kadang kala boleh dijadikan pencetus semangat untuk terus mengemaskini laman blog, dengan keyword-keyword yang pelik lagi ajaib.

Jobdirumah Affiliate dan Pakcik Hisap Susu Ibu

Jobdirumah Affiliate

Keyword Jobdirumah Affiliate ni, memang aku tak pernah buat pun. Dalam tag untuk artikel Jobdirumah pun tak ada. Tapi keyword macam ni tetap masuk ke laman blog Pondok Kecil. Artikel yang kena dengan keyword tu pun memang tepat. Tetapi dalam artikel tersebut, keyword Jobdirumah Affiliate ni memang tak ada. Yang ada hanyalah keywordย Affiliate Jobdirumah.

Jobdirumah Affiliate dan Pakcik Hisap Susu Ibu

Pak Cik Hisap Susu Ibu

Ok. Keyword yang macam ni, memang pelik lagi ajaib ni. Yang ni, memang aku tak nafikan. Keterangan (description) artikel tersebut mengandungi keyword “pak cik” dan “minum susu ibu”. Memang kenalah pada artikel tersebut. Korang leh bayangkan tak? Macam mana rupanya pak cik hisap susu ibu tu. Ke macam baby hisap susu gak??? Haha. Dunia-dunia. Macam-macam hal.

Jobdirumah Affiliate dan Pakcik Hisap Susu Ibu

Daripada dua situasi ni, ada beberapa perkara yang dapat aku rumuskan :-

  1. Keyword memang sukar untuk diduga.
  2. Ia hadir tanpa dirancang dan bukan mengikut kehendak kita selaku pengamal asas SEO.
  3. Tulis artikel promosi Jobdirumah jangan tertekan sangat sebab nak fikir keyword yang sesuai. Cukup guna ASAS SEO sahaja. Yang lain-lain tu ikut buah Encik Titan, “BELASAH AJE”.
  4. Benda ni makan masa. Bukan boleh tengok hasilnya dalam masa seminggu aje. Melainkan mereka yang betul-betul mantap ilmu SEO nya. Macam aku ni, ikan bilis aje. Bila-bila masa pun orang boleh cantas ilmu yang aku ada ni. Haha.
  5. Yang penting, keterangan (description) artikel itu mestilah mengandungi keyword yang serupa dengan tajuk.
  6. Sebab tu aku suka pakai plugin SEO Yoast. Senang dan ringkas untuk digunakan.

Ok. Disebabkan ini pengalaman pertama dapat keywordย Jobdirumah Affiliate ni, rasa teruja lah juga. Kalau hari-hari tu lain cerita. Mungkin apa yang aku kongsikan ini ada yang kena dengan selera korang, dan ada yang tak kena dengan selera korang. Jadi aku harap, korang leh terima dengan hati yang terbuka. Perkongsi aku berdasarkan pengalaman dan keadaan semasa.

Andai ia satu kesilapan, harap sudi perbetulkan. Ada masa tu, ada rajin tu, kongsi-kongsilah di ruangan komen dibawah. Agar sama-sama kita menambah ilmu bab keyword-keyword pelik lagi ajaib ni. Ye?

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

67 thoughts on “Jobdirumah Affiliate dan Pak Cik Hisap Susu Ibu”

  1. Sekali lagi keyword-keyword yang pelik menerjah masuk ke blog ini… Dan dengan keyword pelik ini boleh dijadikan modal untuk menulis entri.. Terima kasih di atas perkongsian info… ๐Ÿ˜‰

    1. Mengikut pembacaan sebelum ini, macam mana nak naikkan rank alexa? ini disebabkan member blog anda yang ada pasang alexa tool visit blog anda dan anda pula visit mereka balek. Juz share ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *