Jobdirumah – Banyak Persaingan Ataupun Aku Dah Tak Terrer?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ok. Aku tak tahu nak mula dari mana sebenarnya ni. Beberapa hari ni aku asyik ketinggalan dalam aktiviti blogwalking. Sampaikan kekasih hati Alexa dah merajuk sakan nampaknya. Sejujurnya, aku rasa lain macam je sekarang ni. Entahlah. Bukan tak ada mood nak update blog. Bukannya ketandusan idea. Bukan juga sikap malas yang sentiasa berada di kemuncak perasaan. Aku sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana. Punyalah susah nak terangkannya. Haha.

alexa dan affiliate jobdirumahStress gak la tengok kekasih hati alexa macam ni…

Mungkin ada diantara korang semua yang tak perasan. Aku sebenarnya dah lama tak tulis artikel berkenaan dengan program Affiliate Jobdirumah. Dah lama juga aku tak kongsi kegembiraan dalam setiap sen yang aku perolehi daripada komisen affiliate Jobdirumah. Kan? Betul ke korang tak nampak apa yang aku rasa ni? Ke korang buat-buat tak kesah aje? Hehe.

Tak mengapalah. Asal korang bahagia.

Apakah sebabnya aku susah nak dapat komisen Jobdirumah sekarang ni? Antaranya adalah :-

  1. Banyak persaingan untuk menguasai Searah Engine. Ibaratnya aku perahu kecil yang sekali dipukul badai akan karam jauh ke dasar laut.
  2. Dah la persaingan banyak sekarang ni. Kurang pula amalkan Teknik SEO Merah Jambu sepertimana yang dikhabarkan oleh penulisnya. Kalau macam ni, susahla nak dapatkan komisen lepas ni. Haha.
  3. Buku Teknik SEO Merah Jambu, semakin hari semakin jauh meninggalkan aku. Nak kena pujuk balik perasaan ni agar lebih cakna akan ayat-ayat tak terkalah yang ada dalam buku tersebut.
  4. Kurang tumpuan pada aktiviti blogging.
  5. Kalau korang perhatikan, mesti korang kata aku dah tak rajin update blog kan? Bukan macam tu sebenarnya. Menerbitkan artikel baru serta aktiviti blogwalking sekarang ni dah kurang. Artikel berkenaan dengan program Affiliate lagi lah. Kelaut sudah. Haha.
  6. Terlalu memikirkan akan kekasih hati Alexa sampaikan idea yang bernas di depan mata pun aku abaikan sahaja.
  7. Akibat daripada kurangnya aktiviti blogwalking, traffic yang masuk ke laman blog Pondok Kecil pun tak sehebat beberapa bulan yang lepas.
  8. Masih belum berjaya sepenuhnya untuk kuasai teknik menulis dengan jiwa sepertimana rakan blogger, Encik Titan selalu khabarkan dalam artikel blognya.
  9. Ke aku dah tua dan tak terrer seperti sebelum ni? Haha. Orang tua-tua kata, miang-miang batang keladi, makin tua makin menjadi. Entahlah aku tak berapa nak faham kata-kata kiasan orang tua dulu-dulu ni.
  10. Cukup dah tu. Kan nanti nampak macam aku ni pemalas pula. Hehe.

Hampir dua bulan aku tak dapat komisen Jobdirumah ni. Sampaikan aku terasa yang aku betul-betul tak terrer dalam bab buat duit dengan blog. Tengok la hasilnya. Dan betul kan apa yang aku kata. Aku sebenarnya tak terrer kan? Haha.

Beberapa bulan yang lepas, memang meriah dengan komisen Jobdirumah. Sekarang ni dah hilang ditiup angin yang lalu. Jumlah keseluruhan untuk semua komisen Jobdirumah ada lebih kurang RMxxx.00. Nak cakap pun malu. Aku tahu inilah antara punca-punca yang susah untuk aku dapat komisen sekarang ni. Kalau korang berusaha dan sentiasa kemaskini blog dengan artikel-artikel buat duit macam tu, tak mustahil korang akan dapat dan terus dapat.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur.

74 thoughts on “Jobdirumah – Banyak Persaingan Ataupun Aku Dah Tak Terrer?

    1. hafizul Post author

      Emm betul tu azie..paling penting saya kira tu..mood untuk menulis jangan lah down..hehe..tak apa azie ada kakak ipar yang power,.hahaha

      Reply
    1. hafizul Post author

      Haha..kelapa pun makin tua makin powwer gak ehh..haha..terima kasih bro hafiz..tak apa lah..dulu deme bukan niat kot ni kot..sekarang sambil menyelam sambil minum air..sambil duk bercerita dalam bog, sambil kita tambah duit sikit kan..haha

      Reply
    1. hafizul Post author

      EMm cuti rehat bro???kalau cuti pulak, makin kelaut lah ranking alexa pondok kecil..hahahaha…lagipun gaji bulan ni sikit dah sebab banyak cuti bulan ni..emmm…jeng-jeng…

      Reply
    1. hafizul Post author

      Emm terima kasih sifu..hehe..nanti saya pelbagaikan..memang banyak cuma tak ada masa nak buat..bila dah tahu masa tak ada, bukan nak cari masa tu biar ada..kadang2 saya rasa macam saya ni nak seribu dalih tak nak seribu daya..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      Emm yup betul..yang job tu saya tak berikan tumpuan..sebab masa yang ada agak terhad..maklumlah saya kerja..kalau jadi blogger sepenuh masa barulah ank kejar job tu semua..hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge