Jom Raya at Taska

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ok. Ini kisah hari Sabtu yang lalu. Tapi hari ni baru nak kongsikan dengan korang semua. Tapi cerita ni tak basi lagi. Korang jangan bimbang yer. Haha. Pertama kali untuk tahun ni, aku libatkan diri dengan aktiviti macam ni. Dulu libatkan diri dengan Mini Karnival Taska. Masa Taska buat sambutan hari jadi dulu, aku tak dapat hadir. Maklumla sibuk dengan kerja hakiki.

Jom Raya at Taska

Bukan main gembira lagi anak aku nak sambut hari raya kat Taska tu. Walaupun hampir sebulan bercuti, si anak masih belum melupakan akan Taskanya. Seronok sangat sebab ibu dan ayah serta adiknya akan sama-sama menyambut majlis hari raya tersebut. Sepanjang perjalanan, mulutnya asyik berbunyi aje. Tak leh nak bayangkan kegembiraan yang sedang dialami. Sampaikan aku sendiri pun naik jemu nak melayan mulutnya. Haha.

Tapi bila sampai kat Taska lain macam pula perangainya. Asyik nak berkepik aje dengan aku. Ada kawan-kawan yang datang menyapa. Tapi dia buat muka selamber aje. Sombong la kononnya. Lama tak jumpa kawan-kawan. Kekok agaknya. Aku nak ambil gambar pun rasa tak selesa. Ambik air, dia ikut. Ambil makanan dia ikut. Bukan nak pergi bermain dengan kawan-kawannya.

Jom Raya at Taska

Itu aku boleh tahan lagi. Tapi bila masuk bab nak main playground tu, siap tarik tangan aku. Tak nak pergi main sorang-sorang. Sedangkan ada kawan-kawan lain yang seronok bermain. Walaupun tengah panas yang terik, tapi tak kesah la. Hidup mereka sekarang ni ialah untuk berseronok dan bergelak ketawa. Bukan tahu panas terik membahang diri. Haha.

Tapi aku macam biasa la. Pemalu orangnya. Aku tak layan la ajakan si anak tu. Haha.

“Adik nak main, pergi sorang-sorang. Ayah tak leh main playground tu. Cikgu marah…”
“Ayahhhh… Jom la…”
“Nak main, pergi sorang-sorang. Nak ajak ayah, baik tak payah main…”

Kesian budak tu. Tapi apa boleh buat. Dah ayahnya seorang yang pemalu.

Dan menu yang dihidangkan pun amat menyelerakan. Ada nasi dagang. Ada soto. Ada roti jala dan pelbagai lagi masakan yang aku tak sempat nak rasa. Malu punya pasal. Lagipun aku ni jenis control orangnya. Dan hakikat ini, walaupun pahit untuk korang terima, tapi korang tetap kena terima dengan senang hati. Haha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

39 thoughts on “Jom Raya at Taska”

  1. budak-budak memang seronok kalau beraya ni…lebih2 lagi kalau dapat jumpa kawan2…

    anok demo tokleh berengge dengan demo sebab dia malu tu nok gi main…kawe pehe tu…
    tapi kalu demo jejaka pemalu kawe nok jerit sero…hahaha

          1. amasa sekoloh rendah dulu dia seorang yang pemalu kerana ramai budak perempuan yang tergila-gilakan dia… dek kekacakan dia ketika itu…hahaha

  2. Kena biasa layankan je Hafizul..buang sifat malu tu..sebab anak tu tak biasa lagi..lama2 esok dia akan ok..macam anak sulung saya dulu..sama jugak..main di playground nak berteman..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *