Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kehidupan yang sempurna mencorakkan nilai-nilai kasih sayang dalam diri setiap insan yang bergelar manusia. Bermula seusia satu hari, perasaan cinta dan kasih telah disemai dalam diri manusia. Dari hari ke hari, perasaan cinta dan kasih itu makin bercambah tempias daripada kehidupan masyarakat sekeliling. Di sini peranan masyarakat sekeliling begitu penting sekali terutamanya peranan ibu dan ayah. Pengorbanan seorang ibu dan ayah, memang tiada nilainya.
Kredit : Google Images
Ibu dan ayah adalah pelengkap kehidupan anak. Kasih sayang yang disemai dengan benih-benih cinta, mampu mewujudkan satu kelainan dalam diri anak-anak. Pucuk pangkal untuk melahirkan anak yang soleh dan solehan terletak pada nilai kasih dan cinta yang diberi oleh ibu dan ayah. Tinggi nilai kasih sayangnya, maka tinggilah keperibadian seorang anak. Memang tidak dinafikan, kerenah anak ada 1001 ragamnya. Perangai anak ada 1001 coraknya. Lain yang di tafsirkan ibu dan ayah, lain pula yang jadi.
Ibu dan ayah harus pandai menilai keperibadian seorang anak. Bukan nilaian itu terletak pada akhlak anak sahaja, tapi nilaian itu terletak juga pada akhlak diri sendiri. Untuk melahirkan seorang anak yang berjaya di dunia dan akhirat, memang merumitkan. Untuk membesarkannya sahaja, pelbagai tahap kesabaran yang perlu kita lalui. Kerenah anak semasa kecil, kerenah anak separa dewasa, kerenah anak yang sudah bergelar ibu dan ayah, dan pelbagai lagi kerenah yang tidak mungkin menenangkan hati kita. Namun satu yang harus kita ingat selalu. Anak adalah pemberian Allah yang sangat istimewa. Amanah yang Allah berikan haruslah dijaga dengan sebaiknya.
Kelak akan ditanya satu persatu dan tidak akan ada sekecil zarah pun perkara yang mampu dirahsiakan lagi. Masa tu kalau nak menyesal pun, dan terlambat. Bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur. Nak tak nak kena telan, kena makan juga.
Walaupun sudah melebihi tempoh dua tahun bergelar seorang ayah, namun aku masih belum berjaya untuk menjadi ayah yang baik. Belum berjaya menjadi suami yang mithali. Tugas dan tanggungjawab ketua keluarga lebih berat untuk dipikul daripada tugas dan tanggungjawab seorang anak. Hari-hari yang dilalui, sentiasa di bimbangi dengan banyangan keresahan dan ketakutan. Andai ini kehidupan terakhir dan tiada lagi medan perhitungan, alangkah seronoknya. Alangkah nikmatnya mengecapi hari-hari yang ada tanpa dibebani perasaan sebegini.
Namun semua itu hanyalah khayalan semata-mata. Sudah tertulis dan sudah ditakdirkan kehidupan ini sebagai ujian untuk kita menghadapi kehidupan yang kekal abadi. Sesukar mana pun kehidupan sekarang ini, kehidupan hari esok lebih menyukarkan. Berjaya kita pada kehidupan ini, belum pasti lagi berjaya pada kehidupan hari esok. Gagal kita pada kehidupan ini, tak mustahil kita peroleh kemenangan pada kehidupan hari esok. Semua itu rahsia dan hanya yang Esa mengetahui segalanya.
Kerenah anak selalu menguji tahap kesabaran yang ada dalam diri ini. Kadang-kadang kita sebagai ibu dan ayah, tewas dengan ujian kecil sebegini. Tewas dalam mencari penyelesaian untuk setiap kerenah yang ditunjukkan si anak. Kerenah dan perangai anak yang tidak menentu amat sukar untuk ditafsirkan. Kita selaku ibu dan ayah kadang kala kurang memberikan perhatian pada si anak. Kurang memberikan kasih sayang pada masa mereka memerlukan. Pernah juga terdetik di hati, “kalaulah ayah boleh fahami setiap kerenah dan setiap perangai yang adik tunjukkan, alangkah seronoknya hati ayah menghadapi masalah ini”.
Setiap permasalahan yang timbul, eloklah di selesaikan dengan budi bicara yang baik. Setiap perkara seandainya di selesaikan dengan perasaan amarah, ia semakin menyulitkan. Namun berapa kerap sahaja manusia yang mampu menyelesaikan masalah dengan budi bicara yang baik? Kebanyakannya, kena tengking, kena maki hamun, kena marah dan kena jadikan perisa untuk juadah membuat ketupat mayang. Tiba-tiba teringat akan kisah dalam artikel yang bertajuk Kau Pergi Jua. Rasa kebodohan itu ada bila kenangkan kembali peristiwa lalu. Dan seandainya ia berulang lagi, pastinya diselesaikan dengan cara yang profesional.
Sama juga kongsepnya dalam menyelesaikan masalah melibatkan kerenah dan perangai si anak. Marah dengan suara yang tinggi boleh memberi impak yang negatif pada tumbesaran anak. Tidak wajar sekiranya anak ditengking semata-mata untuk memulihkan keadaan. Setiap kali si anak di tengking, setiap kali itulah perasaan menyesal timbul. Aku tak tahu senario dalam kekeluargaan korang macam mana. Namun hakikatnya, itulah senario antara si ayah dengan si anak. Dan jauh di sudut hati, aku simpan satu ruang. Agar ruang itu dipenuhi dengan nilai-nilai kesabaran yang tinggi supaya setiap kerenah anak dapat diselesaikan dengan baik. Bukan dengan perasaan amarah membuta tuli. Itulah yang terbaik untuk si anak yang baru mengenal erti kehidupan.
Andai dapat ku undurkan masa seminit, aku ingin buang perasaan amarah ni jauh-jauh. Bukan dilepaskan pada mereka yang tidak berhak untuk menerimanya. That All.
ada ketikanya memang tinggi suara juga, tapi dah terlepas bukan boleh ditarik balik.
apa yang boleh kita buat lepas itu ialah cakap baik2 semula dengan anak tu apa salahnya sampai kita marah begitu.
bila malam saat anak tidur tu bisik pada telinganya yang kita sayang dia dan doakan agar dia jadi anak yg baik, sihat dan soleh…cium dahi dan pipi dia lepas tu.
well said bro ejam =)
mmg adakalanya terlepas jua marah2, tp perlulah terangkan balik kenapa mudah-mudhan anak2 faham
penting tu peluk dan cium dahi anak2 sebelum tidur…bacalah apa2 doa dan kata2 motivasi utk anak2 jadi baik dan soleh solehan
saya baru je mencapai 7 tahun bergelar ayah hehe
saya baru nak masuk 6 tahun…anak in shaa Allah 4..
Uish…lama dah dia ho..hehe
saya baru je tak masuk lagi bergelar ayah ..lambat lagi kot..hahhahaa
haaa lawaklah korang ni siap ada sahut menyahut lagi tu heee… bagus2 kekalkan stamina jaid papa ….ayah yg baik utk ank2 ya
Tak apa..masih muda kayuh pelan2…hehe
Biasalah bro, hati masih muda tetapi dah macam kebiasaan kot oghe alik sano..kawe pung gitu jugok. bekeng .
Hola tengok muka demo tu nampak bekeng jah..luar bekeng tapi hati lembut..tak gitu boh?hehe
lebih sikit marah dengan niat mendidik dan ingin tengok anak jadi yang berguna untuk kita dan agama, mesti ok lah…
EMm betul tu tuan DH..hehe.terima kasih atas nasihat ni..
bagus la jadi bapa.. saya ni ntah bila
Hehe..ada la tu rezeki nak jadi bapa tu..
tu la… kadang2 memang tak boleh tahan ngan telatah anak2 ni… marah juga.. tapi cepat2 minta maaf bila dah dia stop nangis…
Emm betul tu bro..jangan marah sampai meleret2..kesian budak tu..
hanya insan yg bergelar ayah saja memahaminya 🙂
Haha..maklum la dah ada pengalaman kan?hehe
sayangilah ibubap anda sementara mereka masih lagi bernafas…
Betul tu..jangan menyesal kemudian hari..
betul tu bro.. marah dan menengking boleh memberi impak yg kurang baik pada anak…
dan jngan lupa dikiri dan kanan kita byk syaitan dan iblis yg berusaha menghuru harakan keluarga kita.. byk beristigfar sbg pendinding.. 😀
Terima kasih bro atas nasihat ni..hehe
belum jadi ayah..tak leh nak komen banyak.. 😉
Hehe..bila nak jadi ayah tu?lambat lagi ke?
saya ayah kepada 3 orang anak….orang veteran dalam dunia muda..
veteren hanya pada umur aje…
Org veteran ni banyak ilmu yang orang muda harus cedok..kan?haha
risau juga nak jadi seorang bapa ni.. besar tanggungjawab tu.. takut den tak mampu jadi seorang ayah yang baik…
Ala..mampu ehh..jangan bimbang bro…jadi dulu baru tahu mcm mana..
Belum ada pengalaman menjadi seorang ayah.
Hehe..tak lama lagi ada la tu pengalaman jadi ayah..
moga2 kita sentiasa mendapat petunjuk bagaimana mahu menjadi ayah yang baik
Terima kasih bro..hehe
bapak gua..kekadang, susah gak gua nak faham.
Emm susah kan nak faham emosi dan perasaan orang lain..hehe
orang lain gua tak kesah, tapi bapa gua..memang susah la nak faham..
Saya kadang2 terlepas juga perasaan marah..sedang cuba belajar bagaimana untuk menjadi lebih sabar..
Hehe..macam tu lah kan..saya ni pun dalam beringat kadang2 terlepas jugak..emmm
budak2 kecik mmg byk kerenah..ibubapa kena byk bersabar..maybe ckp senang dr tindakan..insyaAllah bro boleh lakukan..jd bapa yg mithali..
Hehe..terima kasih cik tom…insyaAllah semoga dipermudahkan..
lambat lagi nak jadi ayah sebb tak kawin lagi, tapi bila berkahwin dengan orang yg berstatus ayah sangat ok, banyak boleh amik pengajaran dan panduan huhu
Hehe..kalau kena kawan ngn ayah yang baik, maka baiklah ajaran dia..
perasaan amarah memang sentiasa ada…kena pandai-pandai control…
Terima kasih boh…kawe keno banyak belajar dari demo nih..demo ayah yang baik dop?
buleh kiro lah jugok boh….hahaha…buleh lah…
Wahhh sedap dop kawe dgr..haha
jange royak kokre boh…nati kawe sero agah pulok…haha
Haha..ok kawe silentttttt!!!