Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
“Lina, kau serius ke dengan Mamat tu?”
Masuk yang ni, dah kali ke seratus lima puluh juta persoalan yang sama di ajukan kepada aku. Aku hairan dan pelik. Kenapa aku mesti berhadapan dengan persoalan macam ni? Kali ini adalah kali ke seratus lima puluh juta aku berikan jawapan yang sama.
“Ya aku serius”
Kredit : Google Images
Kenapa mereka semua tak pernah nak fahami jawapan yang aku berikan? Setiap kali jawapan yang diberikan, ia akan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Mungkin ini sikap masyarakat yang ada di sekeliling ku. Aku tak nafikan, sikap untuk menyimpan perasaan syak wasangka dan perasaan kurang kepercayaan masih menebal di kalangan masyarakat sekeliling. Namun aku tidak salahkan sikap mereka semua. Mereka berhak bertanya dan mereka berhak untuk bersuara.
Persoalan macam ni tidak akan sesekali memporak-perandakan perhubungan yang terjalin sekian lama. Aku akui, pilihan hati sendiri tidak sama dengan pilihan hati mereka semua. Buruk dimata mereka, elok di mata aku. Begitulah lumrah kehidupan manusia. Kontroversi seringkali terjadi apabila melibatkan pilihan antara dua pihak. Jika dilihat dari sudut yang positif, mungkin tidak wujud masalah dalam bab memilih ni. Sikap terlalu over ataupun terlalu finatik dengan sesuatu sukar untuk dibawa berbincang. Kadang kala lebih selesa bersua dengan mereka yang mempunyai fikiran terbuka dan tidak tertutup untuk satu pihak sahaja.
Siapa kita untuk menentukan pilihan orang lain? Rambut sama hitam tapi hati lain citarasa.
Kringgg.. Kringgg.. Kringgg…
“Assalamualaikum, ye, kita jumpa petang ni di tempat biasa. Ha? Rindu? Saya pun rindu juga”. Lamunan terhenti seketika. Panggilan telefon dari insan tersayang mengukirkan senyuman di bibir. Mana tak suka kan. Boyfriend ajak dating.
Petang yang indah dengan cuaca yang redup membuatkan hati sangat selesa untuk keluar berjumpa insan tersayang. Tanpa berlengah lagi, aku terus memecut menuju ke lokasi yang dijanjikan. Sampai sahaja di tempat pertemuan, aku lihat si dia sudah tersenyum lebar melihat kehadiran aku.
“Aiii biasa lambat. Tapi kenapa hari ni awal? Dah lama tunggu?” Aku memulakan bicara.
“Hehe. Saje jer. Tak lama pun dalam 15 minit macam tu lah.”
Petang itu aku habiskan masa yang indah bersama si dia. Masa cemburukan kebahagian kami. Terasa petang itu berlalu dengan begitu pantas sekali. Alangkah seronoknya hati ni bila dapat bersua dengan si dia. Bahagianya hati ini andai setiap hari boleh bersua muka. Namun masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Kalau diikutkan perasaan gembira dalam percintaan ni, tak kan habis sampai bila-bila. Hari-hari makan pasir pun terasa sedap seperti makan nasi.
Aku tak kesah kenapa mereka semua tidak boleh menerima si dia dengan seadanya. Kebahagiaan diri sendiri bukan orang lain yang pilih. Kita yang pilih dan kita yang buat keputusan. Rakan-rakan sekerja ada yang kata.
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
Aku tak nafikan. Aku kenal dia dengan begitu baik sekali. Dia seorang yang jujur dan dia seorang yang sensitif. Ada satu ketika, kami ke panggung wayang. Aku tak ingat tajuk cerita namun kisah cerita berkisarkan hal-hal percintaan. Jalan ceritanya lebih kurang sama dalam drama Korea yang bertajuk Full House. Bila masuk part sedih jer, emosinya terganggu. Mengalahkan emosi perempuan kadang-kadang tu. Tapi aku tak kisah sebab perwatakan dia macam ni membuatkan aku bertambah sayang padanya.
Kredit : Google Images
Pernah satu ketika, aku meluahkan perasaan padanya. Aku mengadu yang aku stress berhadapan dengan rakan sekeliling yang mengatakan si dia tak sesuai untuk aku. Dia dengan selamber mengangkat daguku dan memaksa aku untuk bertentang mata dengannya.
“Tak guna awak simpan semua perkara sedih ni. Bahagia kita yang rasa. Kepercayaan orang lain tak payah nak pedulikan. Mereka ada hak untuk bersuara. “
Lalu dia pun menghadiahkan serangkap kata-kata.
“Baju ronyok tak apa, asal pakai selesa. Berkilau tak bermakna, kalau hati tak ada.”
Kata-kata itu membuatkan hati ini bangkit dari segala belenggu masalah yang ada. Bangkit untuk menempis segala tomohan yang diberikan. Sebab itu sehingga ke hari ini, kalau ada yang tanya “Lina, kau serius ke dengan Mamat tu?” jawapan aku masih sama iaitu “Ya aku serius”.
p/s : Sekadar celoteh kosong untuk tatapan rakan pembaca.
lirik lagu 150 juta..ada cerita yg menarik…
ada kisah di sebaliknya.. cuma yg yang tahu bercinta akan paham dalam-dalam
Hehe..terima kasih bro..
Kalau tak mampu merubah sesuatu menggunakan tenaga,cukup merubahnya dengan do’a
berdoa berusaha boleh di buat asal jangan putus asa
Betul tu bro..hehe..
tgk fullhouse dulu2 dengan orang rumah…
Haha..masa tu saya belum kawi lagi..jadi layan sorang jer dulu..
fullhouse memang cerita fav gua.. =) lagi-lagi awek nya..song hye kyo.. =)
Haha…setuju dengan komen bro ni..hehe
lagu ni memang catchy…
bagus cerita ni…haha
macam berada d zaman alam cinta lama pula
di alam fana cintamu…huhu
kasi fotograf…terbaiklah!
Al-Fatihah buat gemuloh Samrin…
Haha..terima kasih boh..hehe
panjang juga celoteh kosong bro ni…
itulah pasal…ada je idea dia untuk menulis…mantop bro…
mmg mantop..idea mencurah bak hujan lebat tu…hebat!
Bukan hujan lebat lagi ni boh…bak niagara falls yg tak henti2 terjun…haha
Hehe..kalau dah merapu dan celoteh kosong memang banyak ideanya..haha
lagu ainan tasneem yang catchy. suka dengar ni. romantik jugak cerita ni. 🙂
Hehe..ye kan bro..lagu ni memang sedap..
kalau hati dah suka…sekeliling mungkin cemburu. ini komen kosong juga bro…..heee
Haha..komen kosong yang penuh bermakna..terima kasih..
ko nak kahwin lebih dari dua ker??
itu kena pikir lebih dari veribu2 kali
Haha..ini lagi bahaya nih..tak lah..mana mampu..sorang pun dah cukup..kasi peluang pada mereka yang bujang..hahaha
yeke ni..ke hang takut bini hang baca..
Emm saya tak takut pun kalau bini saya baca..saya takut jika hati dia terasa..hahahahaha
Ainan Tasneem dalam hati .hehehhe
ops bahaya-bahaya..haha..dalam hati ada taman jer bro..
oh…abaikan saya..hihihi
Iskk terjiwang sat aku..
haa sesekli jiwa menjiwang tak salah
Haha..yer ke bro?
lirik lagi melentok buat saya cair degar tapi sesekli layan ok jua
Haha..sampai mcm tu sekali suri yer?haha
anak saya suka betul lagu ni, maknya layankan je
Haha..budak2 zaman sekarang memang mcm tu..sampai ke mak layan..haha
Cerita kosong penuh dengan isi cinta cintun. Hehehe. Terkenang kembali..
Hehe..terima kasih cikgu..tekenang kenangan lampau ke?
peduli orang kata asal kita bahagia hehe… sy pernah tunggu orang berjam2 tapi takpe laa demi kebahagian 🙂
peduli orang kata asal kita bahagia hehe… sy pernah tunggu orang berjam2 tapi takpe laa demi kebahagian 🙂
Haha..inilah yang dikatakan cinta itu buta..haha
memang sukar untuk mengungkapkan sampai berjuta-juta..
Ha ah kalau saya pun susah bro..nasib ini hanya cerita..haha
Ini mmg cukup cintan cintun..
Pjg pulak tu boleh karang, ambe dah cakap, ada bakat bro PK ni…terbaik
Haha..ada bakat ke?sikit2 jer kot..terima kasih bro atas kata-kata semangat nih..hehe
kalau tak dapat rubah langsung mari kita doakan