Kamu ISTERI? Ini Yang Perlu Kamu Tahu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lelaki dan wanita adalah ciptaan Allah S.W.T yang sangat istimewa. Tidak layaknya untuk kita huraikan persamaan dan perbezaan ketidaksempurnaan diantara keduanya. Siapakah kita untuk menyangkal ciptaan-Nya? Kita bukan sesiapa dan kita tiada daya untuk menyatakan ketidakpuasan hati kenapa kita diciptakan sedemikian rupa.

why

Sekadar hiasan : Google Images

Lelaki dan wanita itu unik. Tiada satu pincanglah ia. Lelaki dan wanita diciptakan untuk hidup berpasang-pasangan. Untuk saling berkasih sayang. Untuk saling cinta menyintai. Untuk saling bergantung diantara satu sama lain.

Untuk saling berkongsi hati dan perasaan. Ingin dicintai dan ingin menyintai. Ingin dirindui dan ingin merindui. Tetapi AWAS, perasaan ini akan memakan diri jika silap percaturannya.

Disebabkan itulah, lelaki dan wanita harus mengHALALkan apa yang mengharamkan. Bina ikatan yang sah. Agar kehidupan ini ada “something” yang boleh membawa kita sampai ke destinasi dengan sempurna dan selamat.

Ok. Kamu ISTERI? Ini Yang Perlu Kamu Tahu…

Bagi suami…

Isteri itu merupakan permata…
Yang harus dijaga dan digosok setiap masa…
Agar kemerlipan itu tidak hilang begitu sahaja….

Bagi suami…

Isteri itu bagaikan mesin ATM, ataupun Kad Credit…
Yang boleh di cucuk dan di swap setiap masa…
Tidak mengira had pengeluarannya…
Tetapi Isteri senyum ceria sentiasa…

Bagi suami…

Isteri itu umpama buah tunjuk langit
Sukar diperolehi dimana sahaja…
Bancuhannya pula amat mujarab…
Sekali minum comfirm lega bertahan lamanya…

Bagi suami…

Isteri itu umpama ahli silap mata…
Setiap hari mesti ada sahaja kejutannya…
Walaupun ada ketika nak luruh jantung suami…
Tetapi dia sentiasa happy go lucky…

Bagi suami…

Isteri itu doktor dan misi peribadi…
Bisa mengubati dan bisa merawati…
Saranannya pula berkesan ditelinga suami…

Kehidupan berumahtangga banyak betul ragamnya. Ada part gembira, ada part senyum tak berkata apa, ada part menjeling sampai juling dan macam-macam part lagi. Semua itu amat bermakna untuk kita “rewind” satu masa nanti.

Semoga tabah dan kuat selalu dalam melayari bahtera cinta bersama insan bertuah yang menjadi pilihan hati masing-masing. Dan bersabarlah melayan kerenah isteri yang tercinta…

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

16 thoughts on “Kamu ISTERI? Ini Yang Perlu Kamu Tahu

  1. Illa

    Isteri bagaikan ahli silap mata!

    Ya, tanya je kat mana letak barang. Tanpa melihat, petik jari je hehe

    Terima kasih. Satu penghargaan buat isteri 🙂

    Reply
    1. hafizul Post author

      Hahaha… ini boleh dipercayai.. hahaha.. Pernah alami dah situasi macam ni… Kita cari puas dah..dia cari tak sampai seminit… pelik sungguh..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge