Karangan Sempena Sambut Hari Lahir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

” Selamat hari jadi…
Makan kek dalam baldi..
Selamat hari jadi…
Mari la makan kalau sudi… “

kek hari jadi

Ini kek kepunyaan Abang Koning

Ok. Hari ini merupakan tarikh keramat untuk seorang insan yang baik hatinya. Yang peramah, yang banyak kasih dan sayang, yang romantis, yang egolistik, yang sensitif dan sebagainya yang berkaitan.

Dah besar pun dia ni. Dah boleh dah kawin dua. Itupun kalau isteri benarkan. Walaupun usia dah penghujung 20-an, muka tetap nampak muda. Sekali tengok macam “baby face”. Tengok banyak kali, naik menyampah pula.

Walaupun tak ada harta wang ringgit, dia kelihatan sangat bahagia. Sentiasa dikelilingi kasih dan sayang ahli keluarga. Itu dah cukup sempurna untuk meneruskan kehidupan yang masih berbaki.

Tarikh 15 Mei adalah tarikh yang sangat istimewa dalam hidup beliau. Tarikh yang pertama kali menjelma di dunia. Tarikh yang paling berharga dan paling bahagia buat ibu dan ayah. Tarikh penentu diantara kehidupan dan kematian.

Bukan senang nak lahirkan seorang anak. Bila dah keluar, dah kenal dunia, dah rasa besar kepala, tekak mak dikelarnya. Kepala ayah dihantuk dengan TVnya. Macam-macam dunia sekarang kan. Sekarang ni, salah siapa? Lu fikirlah sendiri.

Ok….

 ” Selamat hari jadi untuk beliau. Semoga menjadi anak yang soleh. Semoga menjadi suami yang mithali. Semoga menjadi ayah yang baik. Semoga dimurahkan rezeki selalu. Semoga hidup dalam keredhaan Ilahi. Semoga kekal kelihatan muda dan gagah perkasa sentiasa. Semoga lekas solat bila tiba waktunya. “

” Semoga rajin bangun malam untuk buat pahala. Semoga bangun awal dapat solat Subuh berjemaah dengan Isteri. Semoga tabah menjadi orang yang sabar. Semoga berjaya menjadi seorang blogger yang ada “jenama” dalam dunia blogging. Aminnnn… “

Ok. Terima kasih sebab korang secara tidak langsung dah menDOAkan aku.

Sekali lagi. Secara berjemaah, aku nak korang laungkan dengan sekuat hati.

SELAMAT HARI JADI HAFIZUL!!!

Okeh. Terima kasih. Nak pecah gegendang telinga aku. Korang memang la. Bab jerit menjerit, bab laung melaung memang power kan?

“Awak… Nak hadiah…”

“Hadiah apa? Cakap la…”

“Nak kawin dua… Please….”

“Ayang tampar juga awak ni kakrang… Ayang cakap tunggu, tunggu laaaa…”

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

19 thoughts on “Karangan Sempena Sambut Hari Lahir

  1. islam di dadaku

    manusia adalah kumpulan hari-hari bila berlalu suatu hari maka berlalu sebagian dari dirinya , sesungguhnya hari menghancurkan minggu , munggu menghancurkan bulan dan bulan menghancurkan tahun dan tahun menghancurkan usia, dunia semakin menjauh dan akhirat semakin mendekat
    islam di dadaku recently posted..TaqwaMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge