Kata-Kata Buat Suami Yang Curang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Suami yang curang, isteri yang curang. Anak juga yang menjadi hantunya. Haha. Logik tak ayat yang aku ciptakan ni? Logik la tu kan. Apabila suami dan isteri sama-sama curang, si anak pula yang menjadi mangsa keadaan. Kasih sayang yang dulunya tak pernah berbelah bagi, kini terpaksa di bahagikan. Antara isteri, anak-anak dan skandal-skandal muda lagi cun. Kadang-kadang tu korang semua selaku suami yang curang ni susah nak bahagiakan kasih sayang secara sama rata.

kata-kata buat suami yang curangSkandal muda lagi cun….

Sebab itu lah skandal-skandal si suami mudah bosan dan mudahnya bocorkan rahsia. Akhirnya si suami yang terpaksa menanggung akibatnya. Buat sama-sama, yang tanggung cuma sorang. Mana aci macam tu. Tak adil lah kan. Haha. Dulu… Bila sembang bukan main lagi.

“Walaupun ribut dan badai yang melanda, perhubungan kita ni tak akan goyah. Sedikit pun ia tidak akan berganjak.”

Akan tetapi, apabila ribut dan badai melanda, kebiasaannya, hanya sebelah pihak sahaja yang terpaksa menanggungnya. Sebelah pihak lagi? Cuba untuk lari sejauh mana yang mampu demi menjaga maruah diri yang sebenarnya telah hilang dek nafsu yang agak keterlaluan tu. Entah la. Dulu kini dan mungkin esoknya juga, masalah kecurangan ini akan sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat jika mentaliti dan sikap untuk berubah ke arah yang lebih baik tidak kita wujudkan dalam diri.

  • Apabila mendapat isteri yang baik hati lagi solehah, si suami cuba untuk mengkhianatinya…
  • Apabila mendapat isteri yang curang lagi menyeksakan hati, si suami cuba untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik…

Mungkin inilah lumrah dan hukum karma dunia. Pelik, misteri dan penuh dengan kejutan. Kepada isteri yang memiliki suami yang curang ni, jangan la cepat mengalah. Cuba bersabar dan cuba lah untuk memperbaiki keadaan rumah tangga korang. Cuba kaji dan selidik kat mana sebenarnya punca si suami jadi macam tu.

Aku tahu…

  • Dulu… Masa korang bercinta korang dah dianggap pasangan yang setia. Bertekad untuk sehidup dan semati.
  • Dulu… Masa korang mula bermain mata, korang dah rasa “Ohh Mat poyo ni memang pasangan yang sudah ditakdirkan untuk aku.”
  • Dulu… Masa korang terlantar kat hospital kena langgar lori, siapa yang selalu jenguk korang? Alasannya nak datang melawat, tapi sebenarnya nak lepaskan rindu sebab dah lama sangat ditahan di wad.
  • Dulu… Masa mak dan ayah korang tanya, “Piah, kau betul-betul cintakan Mat?” Korang akan jawab “Ye mak, Piah memang cintakan Mat dan Piah rasa Mat boleh membahagiakan Piah”

Betul kan? Setiap apa yang berlaku dalam rumah tangga, tak kira perkara baik dan buruk, mesti ada penyebabnya. Si suami curang mungkin juga disebabkan oleh perangai dan sikap si isteri. Mungkin ada beberapa perkara yang suami tak suka, kita buatkan juga. Dah ditegur berulang kali, namun si isteri tetap juga mengulangi perkara yang sama. Muhasabah diri dan renungkannya dalam-dalam… Kat mana sebenarnya yang silap.

Lepas renun dalam-dalam, dah tahu puncanya, cuba lah berbincang dengan cara yang baik. Seminggu ataupun sebulan, tunjukkan lah perangai pelik korang. Yang malas masak, cuba rajinkan masak masakan kegemaran suami. Yang malas kemas rumah, cuba lah kemaskan rumah sekemas-kemasnya. Biar suami pulang ke rumah, dah rasa tak nak keluar lagi dah lepas tu.

Sebelum ni suka tengok cerita korea sahaja, lepas ni layanlah bola bersama suami. Manjakan diri dengan suami sambil menonton TV. Mana tahu lepas korang tunjukkan sikap pelik korang tu, terdetik rasa bersalah dalam diri si suami. Terus clash dengan skandal muda lagi cun dia tu. Suami ni, senang je nak jaga. Kalau kena caranya, memang ke sudah suami akan setia. Tak kena caranya, malam ni kawin, esok suami ada skandal muda lagi cun. Emm…

Pendek kata, tips paling mujarab sekali nak elakkan suami curang, sentiasalah membahagiakan hati suami. Dan sekiranya korang dah buat yang terbaik, namun si suami tetap juga rakus dengan skandal muda lagi cun tu, perbincangan dengan pihak yang lebih berpengalaman dari kita hendaklah diwujudkan.

Setiap dugaan yang berlaku, yang terpaksa korang hadapi, percayalah. Ianya hanya bersifat sementara. Korang sebenarnya diuji agar korang tahu betapa pentingnya nikmat mensyukuri. Dahhh. Ni jer yang mampu aku kongsikan buat korang yang sedang mencari kata-kata untuk suami yang curang. Haha.

suami yang curangSiapalah yang punya kerja ni yer? Hehe. Terima kasih aku ucapkan…

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

34 thoughts on “Kata-Kata Buat Suami Yang Curang”

  1. terbaiklah bro!

    ada 1 ustaz ni pesan, nak jaga suami ni senang jer…jaga 2 benda jer

    1. jaga perut suami
    2. jaga “bahagian” bawah perut suami

    sama2 fikirkan dan selamat beramal…. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *