Kau Pergi Jua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tanggal 6 April 2013, satu detik hitam berlaku dalam sejarah hidup aku. Sepasang angsa telah dipelihara semenjak tahun lepas dengan penuh kasih sayang. Sekarang, seekor telah pergi meninggalkan dunia ini. Pemergian si ibu angsa tak akan kembali lagi. Tinggallah si bapa keseorangan. Penuh dengan kesunyian. InsyaAllah dalam masa terdekat ini aku akan cari penggantinya. Kisahnya berlaku pada Jumaat yang lepas.

pagar untuk angsa

Ini gambar masa aku lepas siapkan pagar baru.

Seperti biasa pada waktu tengahari aku akan menyediakan makan dan minum untuk angsa tersebut. Aku pelik dan hairan. Dari jauh aku lihat ibu angsa tidak mengeramkan telurnya seperti sediakala. Aku menghampiri reban angsa dan mataku mula mencari di mana kedudukan ibu angsa tersebut. Jauh di satu sudut, aku lihat ibu angsa sedang keletihan dan mencungapkan kepalanya. Lalu aku lihat ada buih yang banyak di sekitar mulut angsa tersebut.

Aku terus membuka pintu reban dan terus menuju mendapatkan ibu angsa tersebut. Aku tenun baik-baik. Aku perhatikan dengan penuh rasa ingin tahu. Ini bukan kena gigit ular ataupun binatang berbisa. Badan ibu angsa tersebut tiada sedikit pun tanda-tanda diserang binatang berbisa. Aku keluar reban dan terus mendapatkan telefon bimbit.

Tut… Tut… Tut…

“Assalamualaikum En Man, maaf saya ganggu. Saya nak tanya sikit.”

“Tanya apa?” Balas En Man dengan nada ingin tahu.

“Ibu angsa saya ni keluar buih dari mulut”

“Emm mungkin lekat makanan ataupun dahaga air. Dia makan elok ke?” Tanya En Man.

“Entah la sebelum ni saya bagi makan, dia tak berganjak pun dari tempat mengeram. Saya tak perhatikan sebelum ni kerana makanan selalu jer habis.” Aku berkata-kata dengan penuh rasa kesayuan.

“Tak apa awak bagi angsa tu makan dan tengok perkembangan selepas ni.”

“Ok”. Aku terus meletakkan telefon dan terus menuju ke reban angsa. Angsa diberi makan dan minum. Dari dekat aku perhatikan, ibu angsa terus menuju ke bekas minuman. Dia minum dan terus minum sambil kepala menggeleng-geleng membuang sisa buih yang tinggal. Si bapa angsa hanya menjadi pemerhati. Sungguh menyedihkan bila melihat part ini.

Aku terus meninggalkan reban angsa.

Kesesokannya, jam 10 pagi.

Aku memecut kereta dari Kampung Felda Tenang ke rumah aku untuk melihat perkembangan ibu angsa. Dua puluh minit memandu, akhirnya sampai juga.

Terus menuju ke reban angsa dan aku lihat ibu angsa sudah pun tidak bernyawa lagi. Perasaan menjadi semakin sayu apabila melihat si bapa angsa berada di sebelahan ibu angsa yang mati tu. Betullah kata orang tua-tua. Angsa adalah haiwan yang mempunyai kasih sayang lebih kurang sama dengan manusia. Kasih akan tuannya, kasih akan pasangannya. Selepas aku mengambil ibu angsa untuk ditanam, si bapa ini terus berbunyi. Sampaikan siap aku menanam ibu angsa, si bapa ni masih juga belum berhenti berbunyi.

Perasaan sayu dihati semakin bertambah.

Walaupun perasaan sayu itu membuak-buak, ada satu perasaan amarah yang terbuku dalam jiwa. Perasaan marah pada seorang budak yang aku kategorikan sebagai budak jahat. Pelihara kuda tapi tak pandai nak menjaganya. Di biarkan bermain di kawasan rumah aku. Berak sana sini. Suasana begini tidak memberi keselesaan pada kehidupan aku kerana perangai budak jahat, walaupun luaran nampak baik, dalamnya tetap jahat. Aku bimbang akan keselamatan kawasan rumah sebabnya satu ketika, satu reban ayam aku habis dikebas.

Aku bukan nak salahkan si budak jahat tu. Tapi setiap kali dia merayau di kawasan rumah aku, setiap kali tulah perkara yang tak baik akan berlaku. Memang aku tak ada bukti nak salahkan budak tu. Pernah satu masa dulu, isteri aku nampak budak tu membuka pintu reban ayam. Kalau ikut logik otak yang waras, untuk apa dia buka pintu reban ayam tu. Sampaikan kesemua ayam aku keluar. Untuk apa? Ataupun sengaja budak jahat tu nak makan penampar dan penendang aku kot.

Masa tu aku baik hati lagi. Aku biarkan sahaja apa yang berlaku disekitar rumah tersebut. Aku diamkan diri. Aku langsung tak hiraukan apa yang jadi. Tapi selepas ibu angsa aku mati, aku rasa aku tak boleh nak bertahan lagi. Aku mesti lakukan sesuatu agar orang kampung tahu macam mana perangai aku yang sebenarnya.

Selepas angsa diberi makan, aku terus menuju ke kereta untuk pulang ke Kampung Felda Tenang. Sampai berdekatan rumah budak jahat tersebut, aku nampak budak jahat menuju ke rumah aku. Dia perasan yang gerak gerinya diperhatikan. Aku u-turn kereta dan terus menuju ke rumah. Tunggu punya tunggu tak juga datang budak jahat tu. Aku terus pergi ke rumahnya. Aku tunggu dan aku lihat kawasan sekeliling berdekatan rumahnya. Ha aku nampak kelibat budak jahat tu. Aku tunggu untuk seketika lagi.

Tiba-tiba budak jahat tu keluar ke laman rumah. Aku terus keluar kereta.

“Budok, mari meta”.

“Sekali lagi aku napok kudo mu main sekitar rumoh aku, mapuh kudo mung. Mung pun kalu aku napok, mapuh mung. Mung ingat molek pesan aku nih. Mu ingat molek”. Dia hanya mengangguk dan aku terus beredar dari situ. Waktu tu hanya tuhan sahaja yang tahu betapa nak marahnya aku pada budak jahat tu. Tengok muka dia pun tak hingin apatah lagi nak cakap baik-baik dengan dia.

Aku tekad. Aku nekad. Apa-apa yang jadi lepas ni, aku akan kotakan janji aku. Biarlah aku bergaduh dengan orang kampung semua. Biarlah orang kampung nak benci aku. Aku dah tak tahan dengan suasana macam ni. Dah banyak kali aku sabar. Dulu ayam-ayam aku makan padi korang, pandai korang bersungut. Sampaikan aku ambik inisiatif untuk buat sebuah reban yang agak besar. Bila aku buat reban, anak-anak korang senang-senang jer kebas ayam aku. Senang-senang jer koyakkan pukat reban aku.

Kali ni aku tak kan bersabar lagi. Kali ni aku tak kan mengalah lagi. Setakat padi korang, banyak mana sangat la ayam aku nak makan. Tak kan habis sebendang padi korang. Inilah perangai orang kampung yang kurang sikap kejiranan. Ok start hari ni aku pun akan jadi jiran yang tak ada sikap kejiranan. Aku bukan suka bergaduh macam ni. Aku nak hidup dalam suasana kejiranan yang harmoni. Tapi bila dah jadi macam ni, aku sendiri pun dah tak boleh nak sabar lagi.

Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

Sumber :- Wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya

p/s : Apa cadangan korang yer? Aku rasa tertekan sangat sekarang ni. Aku rasa nak bunuh ajer budak jahat tu ngan kuda tu sekali.

45 thoughts on “Kau Pergi Jua

    1. hafizul Post author

      Emm pernah jugak fikir nak pasang CCTV yang boleh record tu..tapi menda tu mahal pulak..ambik gambar kena standby kat rumah selalu la bro..emm budak jahat punya pasal..ha ah..memang sedih bro…

      Reply
      1. thaqibzaki

        Sabar boh. Ni dugaan tuhan. Tapi, even dugaan, kena cari jalan penyelesaian. Kalau diteruskan aktiviti budak jahat, melarat sampai ke tua nanti. Next time, kalau ternampak je budak jahat berlegar legar, terus snap shot. So, kalau ada pe pe, boleh dijadikan bukti. Sabar yo.
        thaqibzaki recently posted..Melepak Budaya Rakyat MalaysiaMy Profile

        Reply
  1. akubiomed

    Semakin jarang orang bela angsa ini. Kalau di bandar jangan haraplah. Bagus ada angsa dirumah beli ‘alert’ tuannya kalau ada orang asing datang.

    Reply
  2. staibaqhang

    kita tidak pernah mengerti apa yang allah tetap kepada kita,
    kita tak pernah paham kesusahan yang allah beri pada kita..
    kerana kita manusia yang memang susah nak mengerti kepayahan…
    tetapi sedarlah wahai sahabat… jalan yang allah pilih untuk kita ialah jalan terbaik yang kita ada… terus bersabar… mana nak tahu dapat rezki kut mana2 dapat angsa sereban lepas ni….
    staibaqhang recently posted..(Iklan) Kerja kosong di Photo Village Studio…My Profile

    Reply
  3. fiezaradzi

    kesiannya. sedih baca entry ni..

    sabar lah ye.. itu yg sebaik2nya.. doakan agar budak jahat tu bertukar jadi budak baik, manalah tahu.. doa org teraniaya ni biasanya sampai.. in shaa Allah..

    tak pe, bela je lagi lepas ni.. tambah byk2, nanti kalau de org nak kacau, biar angsa2 tu yg ajar..hehe
    fiezaradzi recently posted..Dia Sudah DatangMy Profile

    Reply
  4. Pingback: Emosi - Diluah Jangan, Ditelan Jangan - Pondok Kecil

  5. Pingback: Jadi Anak Yang Baik - Pondok Kecil

    1. hafizul Post author

      Emm memang doh bro..kalau sorang, mcm yang saya kata kan lah..jatuh tersungkur di tangga aje la..tapi lepas ni saya tak nk hirau kan sape2 dah..kita duduk di kampung orang, duduk di kawasan org, kita kena jadi penakut la..baru mereka yang lain selesa…

      Reply
  6. Pingback: Kalaulah Ayah Boleh Fahami - Pondok Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge