Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ya. Aku tahu. Ramai yang alami simpton ‘kecewa dengan kejayaan orang lain’. Betul kan? Aku pun sama juga. Ada ketika aku akan rasa kecewa yang teramat sangat apabila melihat kejayaan orang lain. Sedih, fed up dan sebagainya lagi rasa yang singgah memenuhi ruang emosi dan perasaan. Sampai terbawa-bawa ke alam mimpi pun ada.
Sekadar gambar hiasan : Google Images
Semua itu bukanlah perkara yang luar biasa. Kecewa apabila melihat orang lain berjaya? Itu normal dan lumrah hidup yang telah ditetapkan. Apa yang membezakan kita ialah cara untuk kita mengatasi kekecewaan tersebut. Perasaan kecewa kalau tidak dibendung dan dirawat akan berjangkit kepada masalah emosi yang serius. Kadang-kadang tu seharian kita rasa down. Nak buat itu tak kena. Nak buat ini pun tak kena.
Apa yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan situasi macam ni? Pertama sekali senantiasa ingat. Itu bukan rezeki kita. Kejayaan itu akan kita peroleh jua. Cuma mengambil masa. Esok, lusa ataupun bila-bila sahaja, kejayaan itu pasti akan menjadi milik kita. Dengan syarat, berusaha kearah apa yang kita impikan.
Perkara yang kedua, selepas kita berusaha, selepas menunggu untuk tempoh yang lama, kejayaan itu masih jua belum dimiliki, sedarlah satu perkara. Kita memang tidak ditakdirkkan untuk mencapai keyaan sepertimana yang kita hendaki. Redha dan pasrah atas ketentuan takdir, itulah sebaik-baiknya penawar untuk merawat kekecewaan di hati.
Kadang-kadang kita kena terima juga. Laluan untuk menuju kejayaan antara kita dengan orang lain banyak perbezaannya. Haluan mereka mungkin tak banyak liku-liku yang terpaksa dihadapi. Haluan kita pula, penuh dengan simpang siur dan curam yang dalam. Silap tekan brek pada selekoh yang tajam, jatuh cerumlah kita.
Sekadar gambar hiasan : Google Images
Dan untuk mencapai kejayaan itu, kita mestilah bijak mencari jalan alternatif. Supaya tibanya musim raya nanti, tak terjebak dengan keadaan jalan yang jem. Dan jalan alternatif yang kita cari itu, jangan pula menyusahkan.
Okeh. Aku dikecewakan hari ini. Entah kenapa dan entah dimana silapnya. Ohhh tidakkkk!!! Haha.
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
siapakah yang telah mengecewakan demo?sila royak…hehehe
Adolah…tak patut sungguh haaaa…ohh kecewanya daku…haha
jgn kuciwa lama2 boh..hehe
buangkanlah rasa kecewa tu.. marilah bangkit semula…
Ok..masa untuk bangkit semula..terima kasih bro..
mohle kita bangkit bersama2..ayuh
kecewa jangan sampai kita dengki dan buat onar kepada orang berjaya tu. sebaliknya kecewa dan kita tingkatkan diri kita untuk lebih berjaya.
Hehe..tak berani nak buat macam tu…tak bagus haa..hehe..terima kasih yer..
Benchmark kejayaan bagi setiap individu berbeza. Apa yang penting kita set kan target kita, target short term dan long term, pastikan target kita adalah target yang mampu capai. Ini yang saya praktiskan. Walaupun berjaya siapkan satu job task saya anggap satu kejayaan. Heheheh
Hehe..terima kasih bro..rasa bersemangat sikit ni..
Kalau kecewa dengan kejayaan orang lain, tapi tak bangkit semula dan berusaha untuk mencapai perkara tersebut yang tak boleh tu.
Yup..betul tu bro..hehe..terima kasih…
Den pun pernah merasa perasaan sebegini. Semasa gagal interview dulu. Memang perit.
Huhu..memang dah..saya berapa kali kena lalui kekecewaan macam tu..hehe
hahahha.. entri ni pun agak bercelaru.. sesuai dgn jiwa bro yg kuciwa.
eh bab jalan jem masa raya tu cam perlu aku je. aku terkena jem teruk masa balik raya baru ni wooo
Haha..tak ada nak perli2 bro..mungkin kebetulan sahaja..hahaha
Kita tengok kejayaan orang memang rasa cemburu.Kita kecewa kerana kita tidak dapat seperti dia. Namun jadikan motivasi diri sendiri Booster untuk mengejar kejayaan spt mereka. 🙂
Aku selalu menghadapi perasaan sebegitu…
Hehe..terima kasih bro..terima kasih atas pandangan dan kata-kata yang bermakna ni…
Kadang2 rase kecewa dgn org lain boleh buat kita segan silu kalau terjumpa . Bro telan dan buang ,setel kot
Hehe..terima kasih bro..okk..telan dan kunyat lumat-lumat..hehe
ni mesti lepas baca blog gua nih. haha..
Tu laaaa… Tahu pun.. Sekarang dah kecewa sangat tauuuu…
apa nak buat kecewa kena ubat juga
Hehe..yup..kalau tak ubat berjangkit nanti…
Rilek la Hafizul..jangan ikut sangat rasa kechiwa tu…
Tak leh bro..nak ikut gak..hehe..terima kasih bro…rilek tu senang jah kan?haha
Salam bro… memang begitulah sikap manusia, sentiasa kecewa dengan kejayaan orang lain. Sebenarnya dengan kejayaan orang lain yang kita sering lihat. Inilah masanya untuk kecewa, jeles dan ingin meniru seperti mereka. Cuba cungkilkan apa rahsia yang mereka ada dan cuba pratikkan. he..he..
Hehe..orait..terima kasih atas kata-kata yang bersemangat ni…
kecewa dengan kejayaan orang lain memang tidak bisa dihindarkan namun bisa di redam dengan bersyukur kepada Allah kita masih diberi kesehatan.
Betul tu..terima kasih atas kata-kata yang bermotivasi ini..
Tarik nafas panjang-panjang yer bro,cuba bangkit semula dan jangan difikirkan sangat perasaan kecewa tu
Hehe..orait bro..terima kasih…insyaAllah..akan buang jauh2 haa…hehe
aku tidak kecewa..tapi cemburu…buat kita pun kerja lebih kuat untuk jadi eperti mereka yang berjaya
Yup..setuju dengan apa yang dikata..terima kasih bro..hehe
rasa kecewa juga satu pengalaman dalam hidup
rugi siapa yang tak pernah kecewa
Yup..betul juga tu dengan apa yang bro katakan..setuju sangat..hehe
ambil rasa kecewa & transform it into +ve stuff, terus bangkit & terus berjaya…
Hehe..insyaAllah…terima kasih puteri..hehe
Alternatif tu penting utk berjaya dan utk survive dlm bisnes.. 😀
Hehe..betul tu bro..terima kasih banyak2..hehe
Jadikan ia kuasa penolak kehadapan
Kalau orang lain boleh,, kenapa aku tak berusaha dan boleh juga.
Jom tinggalkan pulau alasan
Hahaha..macam sedap jer nama pulau alasan ni…terima kasih atas kata-kata nasihat yang cukup bermakna sekali..insyaAllah…
Jadikan perasaan kecewa tu pembakar semangat 🙂
Yup..insyaAllah..terima kasih sekali lagi..hehe
InsyaAllah, sampai masa nanti kejayaan milik kita jua
Haha..terima kasih yer…aminnn…
biasalah tu.. kecewa memang ada dalam hidup kita tapi jangan terus kecewa.. kena bangkit dalam hidup ni
Yup..betul tu bro..terima kasih yer..hehe
sekali sekala kecewa adalah normal..tak perlu difikirkan sangat..
Orait bro..terima kasih..hehehe
Memang kecewa habis aku cakap. nak buat macam mana life must go on.
Betul tu bro..terima kasih atas kata-kata semangat ni..ya life must go on..setuju..hehe
Setiap orang ada kisah sendiri.
Kadang biasanya kita tak tahu orang lain tu kisah dia sangat perit dan tak terbayang dek kita, cuma dia tak pernah tunjuk je.
Teruskan berusaha dan sebaiknya belajar juga dengan orang tersebut yang telah berjaya.
Hehe..ok..terima kasih kak..insyaAllah…
kecewa tu biasa boh, tp cara kita bangkit tu penting boh..hehe
Hehe..terima kasih boh..ye la kan..sepatutnya macam tu la..hehe
Tak berjaya hari ini belum tentu esok lusa kita takkan berjaya. Mungkin Allah tangguhkan dulu kejayaan kita kerana Dia nak bagi yang lebih baik lagi pada masa akan datang 🙂
Yup..insyaAllah…terima kasih atas kata-kata semangat ni..hehe