Kegawatan Ekonomi Keluarga – Apa Jalan Penyelesaian Anda???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ok. Tajuk agak panjang. Hari ni aku malas nak main SEO. Letak aje tajuk panjang macam tu. Lagipun hari ni aku malas nak fikir tajuk yang sesuai dengan apa yang ingin aku kongsikan dalam artikel ni. Hari ni tak ada banyak mood yang baik. Mood yang baik dah kelaut agaknya. Buat itu tak kena. Buat ini tak kena.

Sekadar hiasan : Kredit HERE

Sekadar hiasan : Take From HERE

Pasai apa kelaut???

Pasai apo laghi kalau bukan pasai kegawatan ekonomi keluarga.

Haha…

Kehidupan kini…

Semakin hari semakin terasa bahangnya. Baik dari segi ekonomi mahupun suasana. Hampir setiap hari dihimpit perasaan gundah gulana. Perasaan berdukacita dan perasaan bermuram durja. Diketika inilah pentingnya motivasi ataupun “self talk” agar kita mampu menempis apa jua perasaan negatif yang bermain disanubari.

Kita tahu…

Kita dilahirkan bukan dalam keluarga jutawan dan bangsawan. Jauh sekali kerabat diraja. Kita juga sedar keluarga kita bukan kalangan mereka yang kaya harta benda dan wang berjuta.

Apa yang kita tahu, kita bukan orang senang. Bak kata pepatah “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang…”

Tapi itu semua bukanlah penghalang untuk meneruskan saki baki kehidupan. Juga bukan penyebab kenapa kita tidak lagi melahirkan “baka” dan keturunan kita sendiri. Kita seharusnya beruntung. Ada sang pencipta yang Maha Kaya. Yang Maha Mendengar. Yang Maha Memberi.

Lupakah kita untuk terus mengingati sang pencipta?

Apa yang kita rasa hari ini…

Apa yang kita lalui hari ini…

Adalah secebis dugaan daripada berjuta-juta dugaan yang ada. Ia hadir untuk mengingatkan kita yang seringkali terlupa. Ia hadir sebagai satu petanda bahawasanya kita disayangi. Hadaplah ia dengan perasaan yang sangat gembira.

Sekurang-kurangnya kita sedar. Kita bukanlah manusia yang sempurna.

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Ok. Berbalik kepada tajuk.

Apakah jalan penyelesaian untuk kita memperbaiki kegawatan ekonomi keluarga????

1- Berjimat-cermat

Tak ramai manusia yang suka berjimat-cermat. Termasuklah diri aku sendiri. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya apabila kita berjimat-cermat, kita akan rasa seperti dikongkong. Siapa yang suka dirinya dikongkong???

Sedangkan amalan berjimat-cermat inilah merupakan tips yang penting, terpenting, paling penting bilamana kita ingin memperbaiki kegawatan ekonomi keluarga. Lelaki bujang dan suami orang, ofkos lah suka berjimat-cermat. Betul tak? Haha.

2- Keperluan didahulukan, kehendak diketepikan

Dalam kita berjimat-cermat, janganlah pula kita terlupa. Ada perkara yang tidak seharusnya kita berjimat. Keperluan itu merupakan perkara penting yang harus dipenuhi. Gas memasak habis, tak kan nak tunggu minggu depan baru nak tukar.

Beras habis, tak kan nak beli tepung aje. Tak kan nak makan lemping setiap hari. Itu bukan makanan ruji bagi kita masyarakat Melayu. Melampau kalau bab beras dan tong gas pun korang nak berkira. Kan?

3- Berniaga

9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Ini pernyataan dan inilah kebenaran yang seringkali disebut-sebut sejak berkurun lamanya. Walaupun begitu, ukurlah baju dibadan sendiri sebelum melibatkan diri dalam urusan perniagaan.

Dan bab perniagaan ni, aku bukanlah orang yang bijak berkata-kata. Apa yang aku tahu, berbekalkan modal RM50, korang mampu menjalankan perniagaan sendiri.

Perniagaan apa tu???

  1. Jual kuih.
  2. Buat blog, jadi Agen Affiliates.
  3. Buat service.
  4. Ahhh banyak lagi la.
Sekadar hiasan...

Jual kuih tart pun ok gak kan…

Bilamana kita ada modal yang sedikit, jangan berangan nak buka perniagaan yang besar. Jangan jadi mereka yang tak sedarkan diri yer. Bak kata pepatah, buruk muka cermin dibelahnya.

4- Amalan tambah rezeki

Banyak amalan yang dituntut untuk kita dimurahkan rezeki oleh-Nya. Kadang-kadang aku sendiri hairan. Kenapa aku tak konsisten untuk melakukan amalan-amalan tersebut? Sedangkan itu antara amalan yang paling senang untuk dilakukan.

Bersedekah…

Solat Dhuha…

Zikir Ya Wahhab…

Ayat seribu dinar…

Dan banyak lagi…

Okeh. Dah habis…

Bagaimanakah cara korang semua dalam memperbaiki kegawatan ekonomi keluarga? Kiranya ada kelapangan, boleh kongsikan dalam ruangan komen dibawah. Semoga apa yang dikongsikan itu akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Dan adakah ini jalan penyelesaiannya???

Dan maggi sedap dimakan bila tak ada duit….

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

39 thoughts on “Kegawatan Ekonomi Keluarga – Apa Jalan Penyelesaian Anda???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge