Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kehidupan ini ibarat satu pusingan roda. Dan sentiasa berpusing di atas paksi yang sama. Kehidupan sedikit pun tidak mengendahkan akan kelukaan dan kekecewaan yang di alami manusia. Kenangan dan pengalaman hidup banyak mengajar erti kehidupan. Bagaimana manusia mencorakkan warna-warni kehidupan ini, begitulah kesannya pada perjalanan hidup seorang manusia.
Andai ia dicorakkan dengan warna yang ceria, maka kehidupan tersebut akan di penuhi dengan keceriaan. Dan sebaliknya jika ia mencorakkan warna yang buruk dan hodoh. Kesannya, kehidupan akan selalu bertemu dengan kekecewaan. Dalam hidup ini, kita mempunyai banyak pilihan. Kita bebas untuk memilih jalan kehidupan sejajar dengan rentak dan perkembangan masa kini. Selagi tidak terposong pada jalan yang ditetapkan (Agama).
Kehidupan ini sebenarnya sangat ringkas. Kita yang merumitkan dan menjadikan kehidupan itu semakin kusut. Perjalanan yang masih panjang dan entah bila penghujungnya memerlukan satu semangat yang kental. Satu jati diri yang waja agar setiap cabaran dan onak duri dapat ditempuhi dengan tenang. Janganlah dijadikan satu dugaan yang remeh itu sebagai batu penghalang yang besar untuk kita terus berjaya dalam mengharungi dugaan hidup.
Kehidupan yang kita ada dan kita nikmati sekarang ini perlulah dihargai. Nyawa bukan taruhan dalam setiap penyelesaian masalah. Janganlah pula digadaikan nyawa ynag diberi semata-mata ingin lepaskan tekanan akibat putus cinta. Tak berbaloi rasanya. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Kesabaran yang tinggi perlu ada dalam menghadapi setiap dugaan hidup. Dari saat ini, belajarlah bagaimana menanam benih kesabaran agar ia menjadi pohon yang penuh dengan buah-buahan yang mekar. Dan buahnya akan sentiasa memberi kegembiraan pada mereka yang merasa. Manusia tidak dilahirkan untuk menjadi seorang yang sempurna. Begitu juga aku.
Aku dilahirkan dengan diberi sifat cemburu buta, sifat iri hati, sifat tak puas hati atas kesenangan orang lain, namun aku sentiasa belajar macam mana nak menampung kelemahan tersebut. Dan setiap kali aku cuba untuk belajar, setiap kali itulah dugaan datang untuk menguji. Tiada ketenangan yang abadi selain mengingati-Nya.
p/s : Sekian coretan hati dan sedikit nukilan rasa. Amacam? Ada daya penarik tak nak terbitkan novel berkenaan hati dan perasaan. Haha.



{ 28 comments… read them below or add one }
stiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah nye.. boleh jadi sesuatu yg baik ttp buruk utk kita , boleh jadi juga, sesuatu yg buruk ttp baik utk kita..
muazfaris recently posted..Doktor Neurologi masuk Islam selepas kaji saraf di otak
emm betul tu bro..atas kita jer nak buat pilihan mcm mana..jgn tersalah pilih sudah..
Sbb tu kita kena selalu bersangka baik dengan tiap ketentuan Allah. Allah pasti amat tahu apa yg terbaik utk kita
hafizmd recently posted..Terima Kasih Daddydee & Cik Tom
btul tu bro..apa yg kita minta kdgkala disampaikan dgn cara yng len yg lebih baik utk kita..
Jebeng Otai™ recently posted..WordPress Update : 3.4.2 Ada Bug?
apa boleh buat kan..dah tertulis mcm tu..
rona rona kehidupan harus dilalui dengan nurani yang cekal di mana bisa mampu merubah untuk menikmati segala kemanisan hidup yang diidamkan…inshaAllah
sweetkurma recently posted..akibat putus cinta
Terima kasih kak ct atas sedikit coretan yang berharga buat diri sy…
kita merancang kehidupan ini, namun Allah lah sebaik-baik perancangan…
Jgn mudah lemah bila diuji sedikit, Dia maha mengetahui kemampuan Hambanya…
Belajar Menjadi Hamba
Manan Qayyim recently posted..Gabreil Muniz : Kudung Kedua-dua Belah Kaki, Hebat Bermain Bola.
Terima kasih atas nasihat itu…sungguh bermakna untuk perubahan dalam hidup sy…
untuk jd kan novel cintan? kena bunga2 lagi ayat bro…

Sop recently posted..Cabaran Cupcake Oleh Celcom
hohoho…ayat bunga2 tu, bro PK simpan dulu…hehe
hafizmd recently posted..Terima Kasih Daddydee & Cik Tom
ok..hahaha..
Kalau hidup sentiasa indah nanti kita tidak akan dpt belajar erti kehidupan dengan baik
lewisdotmy recently posted..Promosi Harga Samsung Galaxy S3 Samsung Galaxy Note
Okeylah tu, bukan senang nak buat sebiji macam yang awak buat…. siyes
Mama Murai recently posted..Cara mengira BMI
terima kasih mama atas pendapat tu…hehe
wah …gaya entri menarik

cik tom recently posted..Akhirnya Kau Berjaya Ku Miliki
ye ke cik tom???wahh pujian ikhlas ke ni??
sabar la perisai setiap masalah yg timbul bersama dgn solat dan doa+tawakal kpd Maha Pencipta (Allah SWT).Semoga berjaya menerbitkan novel cinta…
Shack recently posted..Kes Bunuh Penyelia Ladang Di Beluran
hehe..saje jer wak karangan mcm ni..mana tahu berbakat untuk menerbitkan novel cinta cintun..hehe
kehidupan..begitu lah asam garamnya..
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Drama Adam & Hawa Episod 9 – 12
emm tak leh ke kalau kehidupan tak ada asam garam mcm ni??haha
Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara…hehehe
yusri recently posted..Wordless Wednesday #15 – Pekena Nasi Ayam Penyet Tengahari Ni Best Jugak
jolo doh tu bos..hahaha
kita adalah apa yang kita makan…jadi jagalah jenis dan sumber pemakanan kita. Adakah ianya dari sumber yang halal? Renung-renungkan…
yusri recently posted..Wordless Wednesday #15 – Pekena Nasi Ayam Penyet Tengahari Ni Best Jugak
yaaa renung2 kan selamat beramal,..doh lagu mano pulok kalu kite kijo dgn hati tak ikhlas..adakah rezeki kite buleh tu halal??
Banyok jenis kijo tak ikhlas ni…kijo utk dpt pujian,utk naik pangkat semata-mata dsb.Orang hok kijo tanpa keikhlasan dio kijo hanya untuk lahiriah sajo lupo kpd tujuan dan matlamat dio kijo sedangkan tiap-tiap amal tak ikhlas pasti dok membuahkan sebarang pahalo….jadinyo tiada keberkatanlah rezeki tu…
yusri recently posted..Wordless Wednesday #15 – Pekena Nasi Ayam Penyet Tengahari Ni Best Jugak
ooo patut la kawe duit tak tau pah mano pergi sokmo..kaba2 duit gaji habis..mungkin ni la kesan bila rezeki dok berkat..haiya..terima kasih bohh atas nasihat tu…
samo-samo ngingat satu samo lain jah boh…bereh
yusri recently posted..Wordless Wednesday #15 – Pekena Nasi Ayam Penyet Tengahari Ni Best Jugak