Keindahan Alam Membuatkan Hati Ini Terfikir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur kehadrat ilahi kerana dipanjangkan usia untuk menikmati keindahan alam yang terbentang luas ciptaan Maha Esa. Alhamdulillah diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan tanggunggjawab sebagai seorang suami, ayah, pekerja, anak, dan blogger separuh masa. Hehe. Bagi mereka yang sedang bercuti, nikmatilah percutian anda dengan sebaik-baiknya. Apabila memulakan kerja, sekurang-kurangnya tiada lagi mood dan perasaan berhari raya tu.

Pernah tak korang terbayang sepertimana yang aku bayangkan? Pernah tak korang rasa sepertimana yang aku rasakan?

Keindahan Alam

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus

Semalam berpeluang melihat bulan mengambang di celah-celah dahan pokok durian. Sungguh cantik pemandangan malam yang disinari cahaya bulan yang terang. Hajat dihati untuk mengambil gambar tapi camera telefon aku tak sesuai untuk diambil gambar pada waktu malam. Bukan makin cantik, tapi makin buruk pandangannya. Daripada aku rosakkan keindahan malam dengan pemandangan sebegitu, baik aku biarkan sahaja niat baik aku tu. Hehe.

Daripada apa yang aku perhatikan, pemandangan sebegini memang sangat indah untuk dinikmati. Ia boleh menenangkan jiwa dan mengembalikan perasaan gembira. Namun terdetik dihati aku akan satu perkara. Sampai bilakah keindahan sebegini boleh aku nikmati Ya Allah? Dalam benak fikiran aku terus terdetik. Ya Allah berikan lah peluang untuk aku melihat keindahan sebegini lagi disamping aku boleh memperbaiki kelemahan dalam beramal dan semoga aku diberi kekuatan untuk memperbanyakkan amalan untuk berhadapan dengan-Mu kelak.

Apabila dihitung akan dosa yang dipikul memang tak tertanggung. Solat lima waktu sehari semalam pun aku tak mampu untuk dilaksanakan dengan sempurna. Sukar untuk mendidik diri agar menunaikan solat apabila tiba waktunya. Kadang-kadang nak masuk waktu lain baru nak solat. Perasaan malas mengatasi segala-galanya. Hebat betul godaan syaitan. Bila azan berkumandang, terasa untuk bergegas mengambil wudhuk. Tapi bila si dia mula mengambil tempat, ” Emm kejap lagi la solat. Awal lagi ni “, terleka sekejap. Asyik duk tangguh jer, akhirnya terlepas untuk solat.

Perasaan takut mengatasi segalanya apabila mengingati akan hari akhirat. Macam mana keadaan aku bila bumi ini hancur? Berbagai persoalan lagi timbul dan bermain di kotak fikiran ni. Ya aku tahu saat aku mengingati semua ini si dia yang duduk bersebelahan menganggukkan kan kepala sahaja mendengar setiap luahan hati aku. Tapi bila tiba masanya aku nak buat baik, mula la sidia menggelengkkan kepala. Memang hebat lakonan yang ditunjukkan.

Beberapa perkara yang menjadi persoalan aku adalah:-

1. Solat lima waktu aku dah sempurnakah?

2. Amanah yang diberi telah aku laksanakan dengan sempurnakah?

3. Layakkah aku memikul tanggungjawab sebagai seorang anak, ayah dan suami?

4. Amal makruf nahi mungkar, sudah dilaksanakan sepertimana yang dituntut ke?

5. Berbagai persoalan lagi bermain di benak fikiran ni.

Mungkin apa yang aku rasakan ni, korang semua pernah merasainya kan. Apa kata kongsikan sedikit di ruangan komen dibawah tentang perasaan korang. Mana tahu apa yang korang rasa, korang fikir akan memberi manfaat untuk semua.

25 thoughts on “Keindahan Alam Membuatkan Hati Ini Terfikir

  1. Akmaomar

    Adakalanya kita sering terlupa dan sibuk dengan hal dunia, sama-sama lah kita mengingatkan antara satu sama lain…semoga amalan kita sentiasa diterima oleh Allah SWT.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge