Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ni Pondok Kecil tiada sebarang artikel untuk Wordless Wednesday. Aku harap korang semua selaku pembaca setia blog Pondok Kecil jangan merasa hampa. Jangan merasa kecewa. Haha. Untuk hari ni, aku nak bagi laluan kepada artikel yang bertajuk Kelebihan Program Affiliate Jobdirumah. Artikel ni khas untuk mereka yang bertanya. Inilah antara bab-bab kelebihan mengunjungi blog Pondok Kecil.
Ada pertanyaan, boleh bertanya sebanyak mana yang korang suka. Selagi mampu aku jawabkan, selagi tu lah aku akan layan soalan-soalan korang tu. Jangan tanya soalan-soalan pelik lagi menggoda sudah la. Dah la blog aku dah dicop dengan blog isteri curang. Siapa yang curang sebenarnya pun aku tak tahu. Hehe.
Ok. Aku tak nak merapu lebih.
Straight to the point…
Terima kasih kepada saudari yang bertanya…
Jawapan :-
Keadaan yang saudari alami ini lebih kurang sama dengan apa yang dah aku alami suatu masa dahulu. Dulu, sebelum aku menceburkan diri bersama Program Jobdirumah, ada timbul juga perasaan takut, was-was dan sebagainya lagi. Maklumla kan waktu tu aku masih mentah lagi dalam dunia blogging dan dunia internet. Tapi untuk berjaya perlu ada sikap berani mencuba.
Untuk masalah saudari ni, aku ada cadangan tersendiri. Antaranya :-
1. Saudari boleh jer kalau mendaftar sebagai agen Affiliate Jobdirumah.
Setiap program Affiliate yang aku sertai, mesti ada kebaikannya. Antara kelebihan Program Affiliate Jobdirumah yang aku perolehi adalah :-
- Pendaftarannya percuma.
- Komisen cepat dibayar.
- Senang berhubung dengan pihak Jobdirumah.
- Layanan untuk setiap pertanyaan sangat mesra.
- Kena caranya, senang nak buat duit dengan Program Affiliate Jobdirumah.
- Silap caranya, sampai ke sudah tak kan dapat komisen.
- Ni jer yang aku nak kongsikan. Hehe..
2. Membeli panduan yang disediakan oleh Pihak Jobdirumah.
RM 50 adalah nilai bayaran untuk mendapatkan panduan yang berguna ni. Nilai tersebut mungkin mahal dan mungkin tidak. Bergantung kepada tafsiran masing-masing. Untuk golongan kebanyakan seperti aku, nilai untuk mendapatkan panduan tersebut sangatlah besar. Namun, RM50 yang aku laburkan dulu dah pun mendapat pulangannya. Macam mana? Hasil komisen jobdirumah lahhh. Hehe.
Tak perasan pulak dapat komisen Jobdirumah bulan ni. Hahaha….
Banyak kelebihannya apabila saudari membeli panduan ini. Antara kelebihan tersebut adalah :-
- Saudari akan nampak lebih terang dan jelas macam mana nak buat kerja online dengan Jobdirumah.
- Macam mana cara menerima bayaran upah untuk setiap kerja online.
- Cara mengelak daripada tertipu semasa melakukan kerja-kerja online.
- Teknik yang betul untuk mendapatkan kerja online.
- Disenaraikan lebih 50 kerja dengan bayaran upah yang berbeza-beza. Pilih jer nak yang mana….
- Sebagai pemberi jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan oleh mereka yang berminat dengan panduan jobdirumah tu.
- Bila dah ada panduan ni, orang tanya pun senang kita nak jawab. Kan?
- Dan banyak lagi ilmu yang akan saudari perolehi dalam panduan tersebut.
3. Baca testimoni pelanggan Jobdirumah
Kenapa saya cadangkan kepada saudari untuk membaca testimoni-testimoni pelanggan Jobdirumah? Setiap produk yang kita nak beli, mestilah ada kualiti. Bina kenyakinan dan tambah kepercayaan saudari terhadap program Jobdirumah dengan membaca testimoni pelanggan Jobdirumah. Dari situ saudari boleh membuat keputusan dengan lebih tepat lagi. Apa orang kata, menyesal kemudian tidak berguna lagi. Hehe.
Klik pada gambar untuk besarkan saiznya…
4. Sambil menyelam sambil minum air
Kongsep ni aku selalu gunakan bersama program Jobdirumah. Aku telah menjadi agen Affiliate Jobdirumah. Dan dalam masa yang sama, aku juga seorang pencari kerja online. Salah satu syarikat yang aku daftarkan diri untuk bekerja adalah Syarikat Freelancer.
Sejujurnya, sampai sekarang aku tak boleh berikan komitmen yang penuh untuk kerja part time di syarikat freelancer tu. Kenapa???
- Aku tiada masa. Kerja hakiki start kol 8 – kol 5. Balik rumah, anak bini pulak rindukan aku.
- Malam? Biasanya banyak yang tidur dari buat kerja. Sebabnya, talian broadband sangat mengecewakan. Kedua, selagi anak tak tidur aku tak boleh nak bukak komputer. Ketiga, lepas makan malam biasanya mata akan jadi kuyu dan layu. Sorong bantal comfirm terus lena.
- Aku banyak sangat alasannya. Sebab tu aku selalu gagal untuk berjaya.
- Dah. Cukup dah tu sebabnya kenapa aku gagal mendapatkan kerja di syarikat Freelancer tu.
5. Cadangan saya yang mustahak, daftar dulu di halaman Jobdirumah. Lepas daftar pihak Jobdirumah akan berikan saudari akaun untuk akses ke laman panduan kerja online tersebut dan jangan lupa. Baca sampai habis dan fahaminya. Lepas tu barulah syok nak gelarkan diri saudari agen affiliate Jobdirumah. Kan?
* Jangan takut untuk mendaftar. Jangan takut melabur pada ilmu yang comfirm akan dapat hasilnya. Ye?
Ok lah. Apa yang perlu aku jelaskan, perlu di kongsikan dah pun aku lakukan. Sekarang terpulang pada keputusan saudari. Tepuk dada tanya selera. Andai kata semua yang aku kongsikan dalam artikel ni merapu, sila klik pangkah dan shutdown kan komputer saudari. Hehe.
p/s : Harapan aku, artikel ni akan membantu mereka yang memerlukan. Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
haaa…bulan 10 punya tak sunyilah boh!
terbaik perkongsian ni..moga membantu sesapa yg perlu
Hehe..terima kasih boh..satu pun jadilah daripada tak ada sebarang komisen bulan ni..entah macam mana tak sedar pulak komisen masuk..haha
hoho..usaha itu tangga kejayaan. Yang penting, jangan mudah putus asa.
Orait..terima kasih encik titan..hehe
ramai yang sudah berjaya dengan JDR nih…
Yup..betul,sesangat tu PM..hehe..nak ngn tak nak aje..
tahniah…teruskan bekerja dan berusaha..
Terima kasih bro..insyaallah..terima kasih atas pembangkit semangat yang diberikan tu..hehe
amat setuju. Usaha tangga kejayaan.hehe. selainya kena usaha lagi kuat kalau nak berjaya. Nice tips bro 🙂
Hehe..terima kasih bro..saya sedang berada dalam kegagalan ni..komisen tak lebat bula ni..hahaha
terbaik bro..tak rugi gua masuk sini tiap2 hari…hu3
Chewwwahhh..puji nampak..hehe..terima kasih bro sebab tak jemu2 singgah di blog PK..hehe..terbaiklah..
Kalau tak dipecahkan ruyung, manekan dapat sagunya…
Yup..betul tu bro..hehe..berani mencuba lah kan..hehe
yang penting buat kerja dan jangan berputus asa tak gitu bro
Yup..itulah yang terbaik..hehe..terima ksih bro..
Satu perkongsian yang menarik,.nak duit kena usaha.
Hehe..betul tu bro..terima kasih bro..hehe
asal mahu je
pasti ada hasilnya
Betul tu bro..kalau tak ada kemahuan mcm mana nak dapat hasilnya..usaha juga jgn dilupakan..hehe
masih lagi blur..dan masih lagi meneliti T_T
Part mana yang blur tu??
Boleh berjaya kalau rajin..
Betul tu bro..rajin dan usaha yang berterusan pastinya membuahkan hasil..lagi satu jangan mudah berasa putus asa..hehe
Hmmmm hmmmmm hmmmmm susah tak kerja yang di bagi dalam jobdirumah tu?
Senang jer kalau setiap hari mencuba..hehe
menarik gak. Bleh try. Tq ye
hehe..terima kasih..sila try..hehe
Menarik sekali jika bisa mendapatkan duit dari program affiliasi seperti jobdirumah
terima kasih penjelasannya, dan sukses selalu ya…
Heheh..terima kasih Rina…
cerita dr org berpengalaman tuh, molek bbenar tuh
Haha…sekarang dah banyak persaingan..saya dah kalah dalam persaingan tersebut..hahaha
Daf daftar diri dengan program affiliate jobdirumah ni. Alhamdulillah ada hasilnya.
Wahhh hebat2..tahniah bro..semoga makiin masyukk lah lepas ni..Pondok Kecil dah start nak sunyi dah kot..huhu
alhamdulillah rezeki xputus2…tahniah!
Terima kasih cik tom..sekarang dah putus dahhhh…