Kemerdekaan Malaysia 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kemerdekaan Malaysia 2016

Ok. Sempena hari Kemerdekaan yang bakal tiba, aku nak ucapkan selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke ……. 50. Ehh… 51… Ehhhhh. Aku dah lupa hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia bagi tahun 2016. Yang sebetulnya kali keberapa ekkk???

kemerdekaan malaysia 2016

Google Images

Jenuh aku mencari kesahihan ulangtahun kemerdekaan bagi tahun 2016. Tapi masih samar-samar lagi. Tetiba jumpa info dekat laman web My Sumber.

Sebagai makluman, mulai tahun lalu (2015) sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun… Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Kadang-kadang aku sendiri lupa ulangtahun kemerdekaan malaysia. Bukan tak cakna. Sangat prihatin sebenarnya tetapi kita kan manusia biasa. Yang selalu lupa dan leka sepertimana kata Doktor M, Melayu mudah lupa.

Tiap kali tiba hari Kemerdekaan Malaysia, ramai yang bersifat patriotik. Tampal bendera sana dan sini semata-mata untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan Malaysia 2016.

Jauh dari satu sudut, aku merasa bangga dengan apa yang dipertontonkan oleh mereka yang terlibat. Ada kelainan dan nampak kemeriahan dengan warna-warni bendera yang memenuhi ruang di sepanjang jalan, bangunan dan premis-premis perniagaan.

Tidak terkecuali bonet depan kereta, kusyen basikal, kusyen motosikal dan sebagainya lagi. Habis korang tampal semata-mata untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang kepada tanah air. Keperitan mereka yang berjuang semata-mata untuk memerdekaan Malaysia telah pun memberi kesan yang mendalam terhadap jiwa masyarat hari ini.

Dalam duk tampal bendera Malaysia tu, pernah tak korang terfikir dan terlintas? Apakah makna yang tersirat yang ada pada bendera tersebut?

Aku percaya. Bukan korang aje yang tak pasti jawapannya. Aku sendiri pun teragak-agak untuk memberikan maksud yang terdapat pada bendera Malaysia. Maklum aje la. Last aku belajar bab bendera masa zaman sekolah dulu. La ni, memang tak hiraukan langsung bab bendera.

Jadi, di kesempatan yang ada ni, aku rasa macam nak hafal balik makna tersirat pada sehelai bendera.

kemerdekaan malaysia 2016

Google Images

Dan adakah kita tahu sejarah dan asal usul bendera Malaysia? Jom baca –>> Bendera Malaysia

Come on la… Bendera bersusun atas kereta. Tapi bila orang tanya apakah makna bintang 14 bucu, teragak-agak pula menjawabnya. Malu ehhh.

Jadi… Masih ada masa ni, masa ada peluang ni, jom sama-sama hafal makna yang tersirat di sebalik jalur gemilang. Aku nak kena hafal cepat-cepat ni. Kot Mek Salleh tanya, senang sikit nak jawab. Tak ada nak malukan Malaysia sangat. Haha.

Okeh…. Selamat menyambut hari Kemerdekaan Malaysia 2016.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

2 thoughts on “Kemerdekaan Malaysia 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge