Kena Usaha Sikit Kalau Nak Ilmu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Telefon aku sudah kembali seperti sediakala. Selepas beberapa hari dapat pegang telefon baru, aku jadi terlajak excited. Semua perkara penting dilupakan macam tu aje. Siang malam asyik duk tilik dan duk godek telefon baru. Sampaikan isteri pun naik muak dengan perangai pelik suami sendiri.

usaha

Maklum aje la. Pertama kali dapat pegang telefon yang touch-touch ni. Haha.

Disebabkan itulah, jahanam habis jadinya. Tersilap update Android 4.2 kepada 4.4. Selepas siap update, jadi kucar kacir semua fail dan beberapa aplikasi penting yang dimasukkan juga hilang.

Termasuk google play. Baru aje nak belajar main game Clash of Clans tu. Masa tulah google play nak hilangnya. Lagi teruk, banyak tulisan cina daripada tulisan orang puteh. Aku dah la tak lulus dengan cemerlang Bahasa Cina ni. Jadi masalah yang teramat sangat.

Rupa-rupanya yang AP set telefon ni tak boleh update Android melalui System Update. Dan lagi baik tak payah update sampai bila-bila.

“Tuuu la… Buat pandai lagi…”

Itu lah alasan isteri setiap kali aku mengadu telefon dah jadi luar biasa.

Beberapa minggu aku dalam dilema. Pusing kanan salah. Pusing kiri pun terasa salah juga. Kedai telefon yang ada kat Jerteh ni tak mampu nak baiki supaya jadi normal balik. Boleh buat tapi kena hantar center. Paling cepat dua minggu. Paling lama sebulan.

Mana aku tahan nak tunggu dua minggu. Tak tengok telefon baru dua jam pun rasa tak keruan dah. Haha.

Pernah juga singgah di KB Mall. Ada satu kedai tu tempat khas baiki telefon pintar. Bila aku hulur telefon ni, boleh pula dia bagi ayat yang mengecewakan hati aku. Asyik-asyik nak hantar center aje. Kenapa? Bukan rosak apa pun, Nak suruh masukkan Version Android 4.4 jer. Tak boleh yang 4.4, masuk la yang asal.

Dah kekecewaan aku kian bertambah.

Sampailah aku jumpa dengan seorang hamba Allah ni. Dia tak ada kedai telefon. Tak pernah kerja kat tempat servis telefon. Lagi dasyat, dia boleh selesaikan masalah aku ni. Haha.

Pening kepala jap aku nak fikir.

“Awak belajar dari mana semua ni? Kedai telefon yang ada kat Jerteh ni, satu pun tak leh nak buat macam yang awak buat ni…”

Saya belajar sendiri. Dari Internet. Ha ah. Saya pun tak faham. Kenapa kedai telefon tak pandai buat semua ni. Bukan susah pun. Kena usaha sikit kalau nak ilmu… “

Ya. Kena usaha kalau nak ilmu. Dalam internet, macam-macam korang akan jumpa. Itupun kalau korang rajin. Dan pandai Bahasa Inggeris, itu satu peluang yang tak sia-sia.

Tak sampai 10 minit, telefon aku dah siap. Android 4.4. Lagi cun dan lagi colorful daripada yang version 4.2.

android 4.4

Suka sangatttt…

Okeh. Nak sambung main telefon baru ni.

Ohhh ya. Sebelum terlupa.

Kepada mereka yang teringin untuk mendapatkan Panduan Menjahit Baju Kurung Tradisional secara PERCUMA, boleh klik pautan dibawah ni.

Link >> DOWNLOAD SEKARANG MAAA…

Tak nak pun tak apa. Yang ni PERCUMA. Yang PERCUMA mana orang nak layan sangat kan. Huhu.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

32 thoughts on “Kena Usaha Sikit Kalau Nak Ilmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge