Kenapa Saya Ingin Tersenarai Di Dalam Bloglist Abang Ensem’s Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Meor Zaidee ataupun nama manja Abang Ensem adalah anak kelahiran Teluk Intan, Perak. Beliau adalah pemilik blog abangensem.com. Nak tahu lebih lanjut, korang semua boleh la baca dekat laman ni. Kata kunci untuk aku sentiasa mengingati blog beliau adalah kata kunci ” hensem & hartanah “. Bila terpandang, tersebut, terlintas perkataan hensem & hartanah, terus teringat akan muka Abang Ensem. Aku bukan nak bodek Abang Ensem, tapi itulah hakikat yang perlu aku terima.

bloglist

Sempena dengan menyambut ketibaan tahun baru, tahun 2013, Abang Ensem ada membuka tawaran buat semua rakan blogger yang berminat. Aku tahu makluman yang aku buat ni dah nak sampai ke penghujung dateline dah. Aku juga menyesal dengan apa yang aku lakukan ni. Sepatutnya artikel ni dah aku siapkan pada minggu lepas lagi. Entah kat mana silapnya, entah kat mana salahnya, malam ni baru boleh siarkan artikel ni.

Aku tahu aku gagal dalam menguruskan masa. Sejak akhir-akhir ni aku kurang mengemaskini laman pondok kecil. Aktiviti menziarahi rakan blogger pun dah berkurangan sekarang ni. Aku rasa bulan Disember adalah bulan yang paling buruk sekali prestasi aku bersama pondok kecil. Mungkin aku harus lakukan sesuatu untuk tahun 2013 nanti. Sebagai langkah pertama, memang patut pun aku masuk dalam senarai bloglist abang ensem. Diharap abang ensem pertimbangkan permohonan aku ni yer. Hehe.

Apa yang menarik sangat dalam blog abang ensem?

Sejujurnya aku tiada jawapan yang khusus untuk menjawab persoalan diatas. Semua blogger yang aku kenal, blog mereka semuanya menarik.

Habis tu kenapa memilih juga untuk sertai bloglist Abang Ensem?

1. Sebab Abang Ensem ada rambut belah tepi. Korang ada? Hehe.

2. Sebab teruja tiap kali seminar, Abang Ensem akan gayakan baju Jersey. Serius, sungguh selamber dan bergaya.

3. Selalu selitkan ayat-ayat gatai sebagai perencah untuk menyedapkan emosi pembaca.

4. Sebab nak merasa kebanjiran backlink trafik dari blog Abang Ensem.

5. Sebagai langkah pertama untuk dikenali oleh rakan blogger dalam blog Abang Ensem khasnya mereka yang terlibat dengan pelaburan hartanah.

6. Sebagai langkah untuk mempromosikan blog.

7. Mana tahu sertai bloglist ni akan dapat diskaun untuk ebook-ebook Abang Ensem.

8. Rasanya dah cukup 7 item untuk menjawab persoalan diatas. Kalau nak kira banyak lagi jawapan tu. Tapi biarlah dulu. Kot Abang Ensem hilang fokus pada Mini Seminar Sembang Sub Sale Kali ke 14. Hehe.

p/s : Semoga ada peluang uintuk Pondok Kecil berada dalam bloglist Abang Ensem.

19 thoughts on “Kenapa Saya Ingin Tersenarai Di Dalam Bloglist Abang Ensem’s Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge