Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Lama sudah rasanya aku biarkan Pondok Kecil ini menyepi tanpa sebarang berita. Walaupun baru 2 hari aku tak update blog, lamanya bagaikan 2 minggu. Setelah blog berada dalam keadaan kritikal, langsung aku tak ada mood untuk menulis. Melawat rakan blogger lagi lah. Komen korang pun baru hari ni aku balas. Haha.
Aku terkenan sangat themes yang semacam blog KMA. Aku tak leh lihat themes ni. Terkenan sangat. Awalnya aku frust jugak sebab themes yang baru ni banyak yang tak jadi. Aku cuba search dalam google. Jumpa la cerita macam mana nak masukkan themes thesis dalam blog. Ceritanya di sini. Disebabkan nafsu aku membuak-buak pada themes ni, blog aku kondem seketika. Sampaikan aku terpaksa delete semua data yang ada dalam server. Sebab tak tau dah nak buat macam mana. Mujur la dah backup minggu lepas. Dah la ambil masa yang lama untuk delete semua data blog dalam server. Hampir 15 minit jugak rasanya. Lepas tu aku cuba download wordpress version 3.4.1.

Lepas aku install wordpress 3.4.1 ke dalam server, aku copy jer folder content blog lama ke dalam folder wordpress 3.4.1 tu. Aku ingat cara ni paling senang untuk masukkan semua entri aku yang lepas-lepas. Saat ni aku tunggu hampir 1 jam lebih untuk proses upload file ke server.
Lama giler. Lepas siap tu, aku ingat kan dah ok. Boleh guna semua entri aku yang lepas-lepas. Tapi sekali lagi aku frust giler. Hampir nak sepak-sepak jer laptop ke dinding. Haha. Gurau jer.

Last-last aku pun tawakal. Aku delete balik semua file dalam server untuk kali ke dua. Lepas siap proses tu, aku pun masukkan balik blog yang aku backup minggu lepas. Semua aku copy satu pun tak miss. Hampir 2 jam aku tunggu, akhirnya aku tersenym sorang diri. Blog aku kembali normal dengan themes NomNom. Tetiba…
Biasa la hati manusia tak pernah rasa cukup dan puas selagi tak dapat apa yang di idamkan. Kini aku lebih berhati-hati. Aku install themes thesis yang diberikan oleh rakan blogger KMA. Lepas install aku ikut cara yang diajarkan oleh rakan blogger Wan Zawawi. Lepas tu, senyum meleret aku bila hasil yang aku perolehi adalah positif HIV. Haha. Sekali lagi aku nak gelak. Muahahahaha. Akhirnya aku berjaya.

Syukurla semua nya telah kembali pulih. Walupun tak 100% namun ia tetap pulih dan berjalan seperti biasa. Tu pada mata kasar aku jer. Yang dalaman, pada perkara yang aku tak nampak tak tau macam mana lagi. Dan daripada semua kejadian ni, satu jer yang aku perasan. Ranking Alexa dan meningkat. Dulu sedap jer tengok penurunan dia. Sekarang makin naik pulak. Dari angka 274 something pergi ke 275,055.
Bila difikir balik, perlu ke nak tukar themes sampai delete semua data dalam server?
Haha. Aku just try and error. Bak kata rakan blogger KMA, blaja tak berguru kena try and error la. Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan blogger KMA atas pemberian themes dan tunjuk ajar. Juga kepada rakan blogger Kak Yan kerana ajarkan cara nak letak iklan dan cara nk buat “clik to continues”. Tanpa korang siapa la aku. hehe.
Sabaq ja la bro..huhu..
ha ah…sabar je la bulan-bulan puasa ni..hehe
Cantik jugak theme ni..
Hehe..terima kasih bro…
Sama-2 hehe. Teringin nak pakai thesis, tengah cari duit 😀
emm aku pakai yang free jer bro..tak de duit nak beli yang berbayar…ni pun aku mintak ngn owner blog KMA..hehehe
tu lah kenapa nak delete kat server ? tak boleh upload je di dashboard ke ? ishhh ..
biasa la puanbee….ilmu kureng..tu yang jadi macam ni…asal ada error jer, terus panik sampai buat keputusan mcm tu..haha
lain kali jgn usik bahagian situ , apa2 roger dulu kawan2 yg pandai hahaa
Emm segan la puanbee…biasa mintak tlg ngn ibu mifzal jer…ngn kak yan pun terdesak jer..ngn puanbee,kot tak terlayan pertanyaan sy..hahahahaha
haha twitter cepat sikit balas , kalau email lmbt ah .. facebook lg lmbt ..
setakat yg tahu boleh share , so dah tahu ke tmpt nak upload theme tu tanpa usik cpanel ?
dan tahu dah puanbee..sy pakai filezilla..ke puanbee ada cara lain?cpanel langsung tak ambik tahu sebab tak tahu..hahahaha
bukan kah di dahboard ada tempat upload theme kan ?
dashboard > appearence > theme > install theme > upload .
cer tengok
Dah ada puanbee..tapi slow la kadang2…ngn filezilla ok jer..sy delete semua dalam server tu sebab nya theme baru ni sidebar dia jadi 3 coloum..puas adjust tak menjadi..last2 ambil keputusan untuk dlete wordpress dan niat dihati nak start baru balik..tapi entri lama tak leh nak masukkan dalam wordpress version 3.4.1..Last2 terpaksa upload blog lama jugak bersama wordpress 3.4…haha..puanbee,kalau nak update wordpress kepada 3.4.1,ada effect x pada entri sebelum ni???
update tk de masaalah apa ,
kalau theme thesis tu , tk leh update sbb tk beli , org kata lah heheheee
ooo mcm tu yer puanbee…hehe..nak beli tapi mahal la..tunggu blog dapat duit baru boleh beli…kurang2 pendapatan blog boleh beli subaru tak pe doh..hahahaha
kene tukar fail lain ker?…huhu..
xpon bro rename jer folder theme tu..die akan revert pi default theme..huhu
Ooo rename folder theme, theme kembali bentuk asal ke??wahh tak tau la pulak..hehe..tak tau punya pasal la ni…betul la org kata malu bertanya sesat jalan..hahaha..terima kasih bro atas info tu…
ambik no tepun jebeng lg senang keje
hahaha…waaa lagi la malu nak mintak no telefon otai tu…emel tak malu sikit sebab tak dgr suara…hahahaha
eh…eloklah tu…lehla kongsi ngn kami suara jebeng otai…hehehe
Hahahaha…malu ar bro..biar la dulu..emel lagi ok kot..haha
xpe bro
benda2 mcm ni akan kasi bro expert dlm blogging….chill bro haha…:)
Hehe..terima kasih mat..pengalaman kan cikgu yang terbaik…huhu
tahniah…akhirnya berjaya..dan maaf sbb x byk membantu..
Hehe..tak banyak membantu apanya ibu??ibu dah banyak membantu la smp sy boleh buat semuaa ni..semoga tuhan memurahkan rezki ibu sekeluarga..aminnn…
bende2 macam ni lah yang kita takkan jumpa jika tak buat sendiri…ilmu tuh walaupun satu titik ‘dot’….
yaaa betul tu bohhh…lepas ni kalau jadi perkaramcm ni lg,tahu dah la nk wak mcm mana..hahaha
molek-molek.ni kiro satu tutorial jugok..
Terbaik!
Apa yg paling best selain kita senyum bila kita settle satu kerja….fuh! Lega….
Tahniah bro!
Hehehe…terima kasih hafiz…nak buleh ke hasil tu,memang sakit + tension giler..haha
themes ni mmg seronok nak adjust..tp mmg kena hati2..nak2 kalau adjust custom function tu…
comfirm lepas ni tak kan adjust apa-apa dah..pakai jer selagi tak rosak dan selagi hati tak terkenan pada themes yang lain di masa hadapan..hahaha..pengalaman semalam ibarat racun dalam hidup ku..cheeewaaahhhh…
pengalaman mengerti ajar kedewasaan. cuma terambil langkah panjangggg sikt ajer tuk sampai. tapi hasilnya puaskan.. (sampai baby ketawa besar).. cantik layout baru, loading pun ok atas modem.. terbaik bro.
Hehe..suka tengok baby ketawa..tu yang masukkan gambar baby..emm hasilnya memuaskan sebab nk boleh ke jadi mcm ni perlukan masa yang agak lama..dan stress menunggu setiap proses yang dilakukan..haha