Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pertama sekali nak ucapkan terima kasih buat Cik Tom kerana hadiah yang diberikan untuk giveaway yang bertajuk giveaways kedua blog cik tom. Tak sangka rezeki begitu murah awal bulan September ni. Walaupun jumlahnya kecil, namun kesan daripada penyertaan giveaway ni amat mendalam dan sangat tinggi impaknya pada blog. Tahniah juga diucapkan kepada Titan kerana terpilih dalam entri terbaik dalam entri beliau yang bertajuk Kenapa aku suka Cik Tom?. Haha.
Kepada yang tidak memenangi giveaway ni, jangan putus asa yer. Mungkin rezeki korang dapat pancing ikan siakap 10 kg/ekor. Mana kita tahu. Hehe. Dan setiap giveaway yang aku sertai, tak semuanya memang. Bila kalah tu, sejujurnya aku rasa sedikit kecewa. Namun aku kuatkan semangat dengan beberapa kata-kata hikmat. Hehe. Begitulah lumrah dan adat pertandingan. Ada menang, ada kalah. Kalau menang selalu pun boring jugak.

Tujuan aku sertai giveaway atau pertandingan, aku tanamkan satu perkara jer. Untuk mempromosikan blog disamping mendapat sedikit teknik berkenaan dengan SEO. Kalau nak harapkan blogwalking jer, tak selalunya kita boleh buat 100%. Melainkan sepenuh masa sebagai blogger. Jauh disudut hati aku, dah terasa akan kepuasan dalam pekerjaan sekarang ini. Rasa nak tukar kerja dan menjawat jawatan sebagai full time blogger. Namun tanggungjawab dan amanah yang aku ada, telah membantutkan sedikit impian ini.
Tambahan pula pendapatan dari blog tidak lah seberapa sangat buat masa sekarang. Andai kata pendapatan blog dah mampu untuk membiayai segala-galanya, tidak syak lagi lah untuk aku bergelar full time blogger. Tiada tekanan kerja, tiada had masa, tiada dateline dan segala-galanya bebas. Aku lah majikan, akulah kuli. Wahh seronoknya. Hehe. Tapi aku tahu, bukan senang untuk jadi senang macam tu. Kesusahan hidup yang perlu ditempuhi dahulu. Apa yang penting, berani tanggung risiko.
Teringat tentang entri dalam blog kujie2.com yang bertajuk Panduan Menghantar Post Ke Apesal.Com. Pernah juga aku daftarkan blog pondok kecil untuk join laman apasel.com ni. Tapi sampai hari ni belum ada keputusan untuk permohonan aku tu. Masih menunggu dan terus menunggu. Hehe. Hari ni aku memberanikan diri menyertai program affiliate, iaitu jobdirumah.com. Aku masih samar-samar lagi berkenaan dengan program ni. Masih belajar untuk mengetahui selok belok program ni. Cuma mencari kepastian takut nanti timbul pula persoalan, Halalkah Punca Rezeki Kita? Haha.
p/s : Semua orang tak sabar menunggu Trak Biar Betul Hijau… Apa benda tu?
Semoga bro berjaya menjadi full time blogger nanti.
tahniah menang GA Cik tom.
sebelum jadi fulltime blogger, elok fikir masak-masak dulu, takut apa yang kita impikan tidak seindah yang kita perolehi 🙂 lainlah kalau dah memang surirumah sepenuh masa macam saya… no option. Oh ye tahniah sebab menang contest hari tu. Semoga rezeki bertambah berlipat kali ganda selepas ni…
betul cakap mama tu PK,,,kena fikir masak-masak kalau nak berhenti kerja.
btul gak tu..bek part time blogger jer..dua2 dapat..ehhe
Emm tapi apa boleh baut andai ada pilihan macam ni, tak pe..kalau dah tiada pilihan apa boleh buat..hehehe
Sekarang kena target sikit-sikit bro. Mulakan target RM1 dulu dari blog. Pastu mesti boleh jadi riban-riban dan full time blogger. Jangan takut bro. Program affiliate tu memang halal. Tak de unsur penipuan dan syubhah. Jalan jer..
income pasif dr blog..sket-sket lama-lama jadi bukit la..hehe
emm harap-harap macam tu ibu..hehe
oi si titan tu menang ye. Nak suruh belanja cendol ni.
adjust kat sini satu man..hehe
tahniah menang bro
terima kasih…hehe
tahniah bro
moga rezeki bulan terus banyaaaaakkkkk punya 🙂
Hehe..terima kasih bro…harap masin la mulut tu..hahaha
Tahniah menang bro. Sekurang-kurangnya ada juga nampak hasil dari kita berblog. Daripada sikit tu la langkah pertama untuk yang besar-besar pulakkan.
emm betul tu bro..hehe..semoga ini adalah titik permulaan untuk hasil pendapatan blogging..huhu
jgn mudh putus asa bt mana termmpu jgn pksa diri nnti mjdi satu tekanan plk heee
Yup betul tu suri..hehe..
sama2 n tahniah menang GA cik tom…income affiliate ciktom plg byk dr jdr…
emm baru nak berjinak2 dgn affiliate cik tom..tak leh lawan cik tom ngn titan lagi..haha
Set target dulu boh berapa RM nak menjana pendapatan dari blog/online setiap bulan…
emmm payah kawe nak set loni tambahan pula tak brani kot tak tercapai target..haha
start dengan passive income dulu boh…
hola..kawe dah jemu kije lagu ni..ntah la…
keno kijo sediri lah pulok boh…make gaji samo jah belako kat mano2 pun…huhu
hola..kalau dop usoha pah bilo pun dop leh..kawe tgh usaho la ni..dop tahu la ado rezeki utk kijo sendiri tu..kijo kg sedap jugok..haha
jolo doh tu…molek-molek…buat sungguh boh…serta iltizam…semoga berjaya…insyaAllah..
sy setakat ni blh sale utk blog fb walaupun agak slow pas raya ni tpi syukur klua da usaha dn minat rzki tak lri kemana klu kita ikhlas melakukannya..
wahhh seronok la suri..nanti kumpul boleh beli labogini la..hahaha