Kesian Kawan Aku Ni

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Orang tua-tua selalu pesan. Jangan selesa sangat dengan apa yang kita ada. Memang betul la apa yang dikata. Dan pernyataan itu aku setuju dan sokong dengan begitu yakin sekali. Maklum aje la. Orang lama. Orang yang pernah makan garam aje yang kata garam tu masin.

orang-lama

Sekadar gambar hiasan : Jumpa kat laman Google Images

Kehidupan hidup seharian, rezeki yang kita perolehi, kejayaan dalam pekerjaan dan sebagainya lagi keselesaan yang dimiliki haruslah diucapkan dengan rasa syukur yang sebenarnya.

Jangan sesekali bermegah dan bangga dengan apa yang kita ada. Kelak, dirimu pasti merana. Haha. Apa yang dimiliki didunia ini hanyalah sekadar pinjaman sahaja. Bukan milik kita secara kekalnya.

Tetiba teringat akan kisah seorang kawan ni.

Kontrak kerja dah nak habis bulan tiga ni. Khabar angin masih samar-samar. Antara sambung dan putus, masih belum ada jawapan yang pasti. Kerja dengan syarikat tu dah lama. Lima tahun. Alih-alih situasi sekarang dah jadi macam ni pula.

Yer la kan. Status kerja kontrak, memang tidak menjamin masa depan yang baik. Selagimana tak mempunyai status jawatan kerja yang tetap, selama itulah kita tak akan rasa selesa dengan apa yang ada. Kadang-kadang tu nak kerja pun macam tak ada mood.

Dah la kerja tu merupakan satu-satunya sumber kewangan keluarga.

Dalam diam, wujud rasa kesian dalam jiwa aku ni. Walaupun hati aku nampak macam batu jer, tapi aku masih simpan ruang untuk merasai erti kasih dan sayang. Erti belas ehsan sesama sendiri.

Namun, semua itu tak mampu aku nak tolong. Tolong kesian boleh la. Haha.

Pengalaman beliau selama lima tahun berkhidmat, teramat sayanglah jika dilepaskan begitu sahaja. Selalu aku pesan. Simpan la duit sikit-sikit. Cukup modal, buka perniagaan sendiri. Pengalaman dah ada. Yang tinggal hanyalah usaha.

Langsung tak dengar apa yang orang tua nasihatkan. Nak pakai “buah” dia semacam. Naik “jeng” aku tengok sekarang ni.

Kadang-kadang tu menyesal juga tak “sediakan payung sebelum hujan”. Bila dah hujan lebat macam ni, nak gerak pun susah. Kan senang ada payung ni. Jadi, kalau korang nak selamat, baik sediakan payung sebelum hujan.

Soal rezeki tu, terserah la pada-Nya. Kita hanya mampu merancang. Kita hanya mampu melakar impian diatas kayangan sahaja. Kalau tiada keizinan dari-Nya, lakaran itu hanya tinggal lakaran sahaja.

Apa yang penting, pohon pada-Nya selalu.

“Ok bro. Tak mau sedih-sedih. Tak mau nangis-nangis.”

“Keep going… Life is so Colorful. Don’t broken it…”

“Dah la wei… Naik semak pula aku dengar bahasa orang puteh kau ni…”

 “Aik??? Kita cakap mat salleh pun dia naik semak???”

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

29 thoughts on “Kesian Kawan Aku Ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge