Ketabahan Ibu Tunggal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kita senang? Kita kaya? Ingat… Ada lagi orang yang senang dan kaya dari kita.

Kita susah? Kita miskin? Jangan lupa… Ramai lagi yang susah dan miskin dari kita.

Dalam meniti arus kehidupan, sering kali kita terlupa. Terlupa dalam mensyukuri nikmat yang dianugerahkan Ilahi. Tidak kiralah nikmat kesihatan, nikmat kesakitan, nikmat kesusahan dan sebagainya. Ingatlah setiap kali kita diuji setiap kali itu lah Allah tunjukkan betapa sayangnya Allah pada kita. Jangan bersedih untuk setiap dugaan yang hadir dalam diri kita sebaliknya terima lah dengan hati terbuka dan penuh redha menempuh dugaan itu dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang hamba yang penuh dengan nilai kesyukuran.

Sumber : Google

Entri kali ni sedikit feeling aku rasa. Sebabnya hati aku sebak dan mata aku juga sempat menitiskan air mata 2,3 titik. Nasib dan cover. Kalu tak, tak pasal-pasal aku nangis petang-petang ni. Haha.

Cerita nya macam ni. Masa aku buat BW tadi, sempat la singgah dekat blog eyriqazz. Maklumla kan nk mencari tips berkenaan dengan contest Eyriqazz vs Denaihati tu. Kena la rajin singgah dekat blog penganjur. Bukan nak membodek tapi just nak cari ilmu. Mana tahu kan. Nak kail kembung tetiba dapat jerung. Haha.

Bila baca satu dua entri dalam blog Eyriqazz tu, aku terklik pada entri bertajuk Ibu Tunggal Perlukan Bantuan. Terus aku terjah ke dalam blog tuan punya badan tu. Nama blog dia Alia Haryanie.

Blog Alia Haryanie

Lepas baca satu dua entri dalam blog Alia tu, baru aku tahu yang ibu tunggal ni menghadapi sakit barah.

Aiman kat luar tak boleh masuk bilik ni,bilik ni ada rawatan kimoterapi untuk pesakit pesakit barah..Sedih tengok insan insan yang sedang bertarung dan berjuang dengan kesihatan di bulan ini.. Sesekali aiman buka pintu bilik rawatan,mama lambat lagi ke? Cepatlah mama..

Diantara intipati cerita yang menyentuh perasaan. Bagaimana perasaan seorang anak waktu ni.

Sumber : Blog Alia

Terus aku terbayang muka anak aku. Macam mana adik kalau ayah berada pada situasi mcm ni. Cepat-cepat aku mengucap supaya fikiran aku tak melencong kepada cerita yang lagi menyedihkan.

Hari ini, tika ini, saat ini, dugaan semacam ini terpaksa akak tempuhi. Lain masa, lain hari, macam mana pula dugaan yang diberikan pada kita yer?

p/s : Semoga Kakak ini cepat sembuh dan dikurangkan beban penderitaan yang dialami beliau. Aminnn.

8 thoughts on “Ketabahan Ibu Tunggal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge