Kisah Fahrin Ahmad dan Isteri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ok. Hari ni aku banyak gumbira. Taman hati macam ada bunga yang baru berkembang. Dah lama kelayuan. Ini semua pasal kisah Fahrin Ahmad dan isteri. Sorok sangat hubungan cinta mereka berdua. Rahsia sangat siapa bakal isterinya. Last-last kecoh juga. Tahniah buat beliau kerana dah ada isteri. Dah boleh memadu asmara sampai ke penghujungnya.

Well…

Aku sebenarnya tak berapa kesah dan cakna sangat dunia artis. Tapi itu tak bermakna aku tak ada minat yang mendalam. Ada minat sebenarnya nak gosip sana, gosip sini. Tapi gosip yang baik-baik aje la. Yang buruk aku tolak tepi. Kecuali ada kesahihannya. Ada buktinya dan ada kenyataan yang boleh dipercayai.

Barulah aku buka meja. Ajak isteri sembang sekali.

kisah fahrin ahmad dan isteri

Kredit : Rotikaya

Jujur aku katakan…

Sekali tengok, macam kiut aje muka Fahrin Ahmad ni. Aku suka tengok lakonan beliau. So sweet. Walaupun watak yang dipegang ada kalanya ganas. Tapi masih mampu untuk aku jadi teruja.

Cuma belum sampai level untuk aku sorak kiri dan sorak kanan apabila wajah beliau terpampar dikaca televisyen. Bukan senang nak tambat hati aku. Susah tau. Kecuali apabila si Achey tu dah mula buat lawak.

Untuk Fahrin Ahmad dan Isteri…

  1. Selamat menempuh alam perkahwinan yang mempunyai 1001 rasa yang berbeza.
  2. Semoga korang cepat dapat cahaya mata.
  3. Semoga korang gembira dengan perkahwinan yang dibina.
  4. Semoga korang terkecuali daripada gosip-gosip liar dipersada seni.
  5. Semoga korang akan sentiasa menjadi pasangan yang romantik. Makan bersuap, mandi bersama, tidur sebantal dan sebagainya lagi.
  6. Lepas kawin ni, aku harap Fahrin Ahmad kekal “Maintain” like “abang sado”.
  7. Jangan stress sangat apabila berhadapan dengan masalah. Nanti muka yang kiut itu akan kelihatan tua dan berkedut. Sepantas masa berlalu.
  8. Dan sebagainya lagi aku doakan untuk kebaikan korang berdua.

Aku memang tak leh tenun gambar orang kawin lama-lama. Tak senang duduk jadinya. Tetiba teringat kenangan lalu. Kenangan di alam perkahwinan. Soooo sweeetttt.

29 thoughts on “Kisah Fahrin Ahmad dan Isteri

    1. hafizul Post author

      Yup..betul tu..lupakan kisah lama bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih..usah dikenang barang yang lepas..haha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge