Kisah Yang Tak Ingin Aku Lalui

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Malam tadi isteri aku kena menghadiri satu perbincangan. Entah la apa yang dibincangkan di malam hari. Sibuk mengalahkan Menteri Besar. Tahulah bulan Julai ni ada pengundian pulak untuk kawasan Kuala Besut, Terengganu. Tak kan sebab tu isteri aku nak kena sibuk. Nak kata Ketua Wanita Umno, bukan. Emm lantak lah. Asal dia bahagia. Aku merana pun tak apa. Maka tinggallah aku bersama si anak kat rumah ni.

kisah yang tak ingin aku lalui

Dalam duk seronok menonton televisyen, tetiba aku terdengar bunyi sesuatu di bilik mandi. Aku cuba untuk beranikan diri. Walaupun hakikatnya aku seorang yang penakut. Aku cuba teguhkan langkah yang tengah menggigil ni. Aku cuba wujudkan keberanian agar aku nampak hero di mata si kecil ni. Aku kan ayah. Seorang ayah, bagi anaknya adalah seorang superman. Berani dalam setiap hal dalam kehidupan ni.

Sampai ke kawasan dapur, aku tengok tingkap terbuka. Dahhhh memang dugaan untuk kali kedua. Tingkap terbuka, cubaan pencuri masuk kerumah yang selama ini hanyalah realiti mimpi, kini betul-betul aku saksikan. Lepas tu aku tengok pintu ke bilik mandi pun sama. Terbuka luas. Dan aku dengar satu suara.

kisah yang tak ingin aku lalui

“Cepat-cepat tolong aku, aku tak boleh panjat ni”

Aku terus melangkah laju menuju ke arah suara tersebut. Dan aku tengok, ada seorang pencuri yang cuba memanjat dinding bilik mandi untuk keluar melalui lubang kecil yang ada di atas pintu utama bilik mandi. Aku hairan. Aku pelik. Kenapa tak dibuka sahaja pintu tersebut dan terus keluar? Memang begini sikap manusia bila dalam keadaan menggelabah dan terkejut. Pagar setinggi 6 kaki, elok-elok aje dilompatnya. Kan?

Aku terus menarik kaki pencuri tersebut. Lalu aku capaikan wayar paip air yang berdekatan dengan tangan aku. Aku terus memukul badan pencuri tersebut dengan sekuat-kuat hati aku. Aku dah la tak pandai silat. Silat Cekak Ustaz Hanafi yang diwar-warkan oleh Encik Titan belum diajarkan lagi. Aku pukul dan terus pukul pencuri tu sampai dia jatuh tersungkur di lantai. Aku tak puas hati. Aku tambah lagi dengan batang penyapu yang tersandar di dinding bilik mandi.

kisah yang tak ingin aku lalui

Aku pukul sekuat-kuatnya sampaikan bahu dan tangan aku rasa sangat lenguh. Apabila tubuh si pencuri kelihatan tidak bermaya, aku tarik baju dia. Aku tanya dia beberapa soalan.

“Kenapa suka sangat mencuri kawasan rumah ni?”
“Motor aku yang kau curi kau letak kat mana?”
“Tolong lah aku merayu. Pulangkan kembali broadband dan juga wireless access point yang kau ambik tu”
“Siapa lagi yang terlibat dengan aktiviti mencuri motor aku hari tu?”

Belum sempat aku habiskan beberapa soalan lagi, kawan dia cuba tolong dengan memanjat tingkap kat dapur tadi. Mujurlah aku perasan. Aku berlari anak dan terus memukul dengan sekuat hati kepala kawan pencuri tu sampai patah dua batang penyapu tu. Ada darah yang mengalir. Aku tarik dan bawa ke bilik mandi. Biarkan mereka berdua seketika.

Selepas mereka semua menjawab setiap persoalan aku tadi, aku lepaskan mereka pergi begitu sahaja. Entah. AKu tak sempat nak fikir cara lain masa tu. Lepaskan mereka dengan baik adalah perkara yang aku fikir sangat terbaik masa tu.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Bunyi deruman kereta isteri masuk ke ruangan garaj kereta. Aku tak kan beritahu apa yang terjadi tadi. Takut dia risau dan takut pula. Kan nanti hari-hari asyik fobia, susah pulak aku nak bermanja kan. Emmm.

Aku yang manja ni, tetiba buat merajuk. Merajuk sakan lah konon. Aku pura-pura tidur.

* Dipendekkan cerita….

Masa isteri aku lena di buai mimpi, aku dukung anak dan bawa ke rumah mak aku. Rumah mak aku dekat jer. Belakang rumah aku dan selang beberapa buah rumah. Sampai di rumah mak, aku tengok suasananya meriah semacam aje. Ramai pulak saudara mara. Aku biarkan si anak bermain dengan sepuas-puasnya bersama sepupu sepapan mereka.

Mungkin aku dalam keadaan bengong masa tu. Tetiba ada seorang awek datang menghampiri. Rasanya aku tak kenal awek ni. Bersua muka pun belum. Tapi perbualan kami masa tu memang menampakkan keserasian antara kami berdua. Macam dah lama kenal. Tetiba keluarlah soalan di bibir manis ni.

“Awak kenapa nak kawin dengan saya? Kenapa rela menjadi isteri ke dua saya?”

“Entah.. Saya tengok awak tak bahagia jer dengan isteri awak. Saya boleh bahagiakan awak” Aku terkejut sakan masa tu. Aku terpaku. Aku tergaman. Lalu aku terus mencari kelibat si anak. Aku dukung dan bawa balik ke rumah. Sampai di pintu rumah, tetiba isteri menjerit….

“Abangggggggggg!!!”

“Bangun sahur. Dahhh lewat ni.”

Cissss mimpi rupanya. Haha. Ada seronok, ada tak seronok.

Sejujurnya, ini adalah kisah yang tak ingin aku lalui dalam kehidupan ini. Aku bahagia ke, aku tak bahagia ke, aku tetap sayangkan isteri aku sampai bila-bila. Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Dialah yang pertama dan dialah cinta suci yang terpaku megah ditaman hati ni. Awek lain? Sory, aku tak layan. Ramai lagi lelaki bujang yang dahagakan cinta suci korang tu. Hahaha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur. Aku gunakan Teknik Menulis Entri Blog Secara Offline untuk artikel ni. Hehe.

58 thoughts on “Kisah Yang Tak Ingin Aku Lalui”

    1. Hehe..4 pun kalau hati tak ada keberanian, tak mampu gak bro..hehe..emm ye ke?ala kena cari cara-cara nak buat artikel yang betul2 boleh perangkap pembaca ni..hehe

  1. bila dha kawin mmg wajib kita sayang pasangan kita seadanya. kalau lagi lama kwain lagi erat kata orang..moga kasih bercambah akhir hayat.

    motor yg hilang tu masih tak dapat dijejaki lagi ker? laporan polis dh buatkan?

    1. Hehe..terima kasih bro..insyaAllah kalau ada mimpi yang best2 saya krang lagi yer..emm insyaAllah..saya pohon sangat mintak dijauhkan..sebab saya tahu saya betul2 tak mampu nak memikulnya..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *