Kiter Sayang Mak!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam kehidupan kita. Mak adalah segala-galanya untuk kita. Mak itu adanya sorang. Tak ada dua dan tiga. Mak itu harta yang sangat bernilai dan tiada tandingannya.

Satu.. Kasih nan abadi…
Tiada tandingi…
Dia yang satu…
Dua… Sayang berpanjangan…
Membawa ke syurga kasihnya ibu…

Sekadar hiasan : Google Images

Sekadar hiasan : Google Images

Mak, kiter sayanggggg Mak!!!

Alhamdulillah. Aku merasa tersangat beruntung. Mempunyai seorang Mak yang begitu baik hatinya. Yang tak lekang dan tak jemu melayan kerenah aku. Kerenah si bongsu yang banyak ragamnya. Terima kasih Mak.

“Kiter dah besar panjang sekarang ni, tapi Mak layan kiter macam baby lagi.”

Itulah Mak yang selalu aku rindukan. Walaupun selalu bersua, selalu mencium pipi mak, namun perasaan rindu itu sentiasa bertandang. Tak pernah hilang rasa yang menyiksakan itu.

Kerinduan pada seorang Mak tersangatlah istimewa. Lebih seksa lagi daripada merindui anak isteri. Dan kiranya diamati sedalam-dalamnya perasaan rindu itu, nescaya akan basahlah kelopak mata ini.

Namun, fitrahnya seorang lelaki. Miliki hati tidak selembut tisu. Kering dikelopak mata, tetapi banjir dikelopak hati.

Aku tak mampu untuk membalas jasa dan pengorbanan Mak selama ini. Jerih perih yang Mak lalui itu sememangnya sukar untuk aku balaskan. Hebatnya sang anak tidak kemana-mana jika tiada doa yang mengiringi buat kedua orang tua.

Ya Allah… Pintaku Pada-Mu…

Semoga kedua orang tuaku senantiasa dalam rahmatMu… Semoga dimurahkan rezeki selalu… Dikurniakan umur yang panjang untuk aku menabur jasa dan budi… Diberikan nikmat kebahagiaan didunia dan diakhirat….

Mengimbau kembali kehidupan bersama Mak mampu mencetuskan perasaan duka didalam hati. Alangkah bersyukurnya jika masa itu dapat di undur kembali. Sudah pastinya bahagia akan aku berikan. Bukan derita yang engkau hadapi.

Sekarang hidup dah berlainan tempat. Sudah ada keluarga sendiri. Keluarga yang tersayang dan tercinta. Namun perasaan ingin bersama Mak tetap membara ditaman hati.

Bertabahlah wahai hati….

Tanggungjawab untuk mendidik keluarga kini menjadi keluarga Jannah, harus diutamakan. InsyaAllah… Apa yang mak lalui dulu tidak mungkin akan dilalui oleh isteri tersayang. Derita dan sedihnya Mak dengan tindakan kiter, insyaAllah tidak akan dirasai oleh isteri tersayang.

Tak sanggup untuk menempuh sejarah yang telah berlalu…. Buat kali kedua…

Biarlah anak rintik dengan perangai aku yang dah berubah kini. Bukan rintik dengan perangai aku berpuluh tahun yang lalu.

Namun, tugas dan tanggungjawab untuk mendidik anak bukan senang…. Makan hati sampai tertusuk kemas dicelah-celah tulang sum-sum. Dan sedikit sebanyak apa yang aku rasai kini telahpun dilalui oleh Mak dan Ayah dahulu.

Begitu mencabar tugas seorang Mak dan Ayah. Dan begitu mudah tugas dan peranan aku sebagai anak suatu masa dahulu. Selingkuh  itu sentiasa ada yang membuatkan hati Mak banyak derita daripada bahagia.

Mak, hari-hari yang kiter lalui adalah hari-hari yang istimewa. Bukan hari ni, bukan 8 Mei setiap tahun hari yang istimewa buat Mak. Tapi setiap hari adalah hari istimewa dari kiter untuk Mak…

Buat Anje yang tersayang, yang tercinta, selamat hari ibu. Hari-hari yang Anje lalui  adalah hari yang istimewa dalam hidup Abang. Cuma ada hari-hari tertentu Abang buat Anje derita…

Ohhh sweetttttt kan???

Syukur Alhamdulillah… Dapat isteri yang sporting. Yang baik. Yang tak berapa nak kesah dengan perangai MIANG suaminya.

Mulut je pun.. Haha.

Ok… Jom layan video ni.. Hayatilah iaaaa…

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

55 thoughts on “Kiter Sayang Mak!!!

    1. hafizul Post author

      Ishhh.. sama lah dengan mak saya.. pot pet.. pot pet.. tapi la ni dah kurang sikit bunyi.. sebab dah ada cucu.. duk pot pet-pot pet ngn cucu aje la sekarang ni.. haha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge