Komen Ada Had Jugak Ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mencari semangat untuk menulis blog adalah perkara yang agak sukar. Ditambah pula keadaan dan suasana sekeliling yang agak menyuramkan. Namun disebabkan matlamat dan impian bersama Pondok Kecil masih belum berjaya lagi, terpaksalah kuatkan semangat. Itu belum masuk bab mencari idea lagi. Bukan selalu kita dapat idea mencurah-curah. Kan? Kadang-kadang ada masanya idea tu kering. Nak tak nak, kena ikhtiarkan sesuatu. Kalau tak, tiada artikel la untuk hari ni.

komen

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Walaupun aku publish artikel agak lewat hari ni, namun ia bukanlah satu alasan. Cepat atau lambat aku keluarkan artikel, ada korang kesah? Tak ada kan? Hehe. Gurau jer jangan marah. Dah teruk dah kena marah minggu lepas. Sampaikan tergendala segala kerja di blog Pondok Kecil. Hari ni selesai sedikit kerja di blog Pondok Kecil. Segala komen di blog Pondok Kecil untuk beberapa hari yang lepas telah pun aku membalasnya. Walaupun tidak 100%, itu jer mampu aku lakukan.

Masalah blogwalking ke blog rakan blogger, hari ni dah selesai dah. Paling kurang pun ada dalam 30 blog. Sampaikan tangan dan jari aku naik kebas dah ni. Rasanya urat saraf aku nak kena suapkan ubat ni. Rasa kebas semacam jer hari ni. Teringat pula pada artikel yang bertajuk Stroke – Ya Allah Aku Redha. Walaupun beberapa hari meninggalkan halaman Pondok Kecil, namun kekasih hati, Alexa tetap juga sayang pada blog Pondok Kecil. Hari ke hari ia menunjukkan tanda-tanda perubahan yang positif. Ini merupakan salah satu diantara berjuta penyebab kenapa aku cuba sedaya upaya untuk update blog Pondok Kecil.

komen

Tak. Aku bukan malas. Aku bukan hangat-hangat tahi ayam. Aku ni jenis pelik sikit. Bila ada sahaja perkara yang merunsingkan kepala, membebankan hati, menyiksakan jiwa, aku akan jadi lagu ni la. Pilih satu penjuru yang agak sunyi, dan nangis sepuas-puasnya. Mak kata kan, air mata tu penawar duka lara. Sebab tu aku menangis sepuas-puasnya. Korang tak tahu betapa seronoknya emosi aku lepas menangis tu. Ya Allah feel nya tuhan jer yang tahu. Haha.

Beberapa perkara yang aku amalkan untuk merampingkan kekasih hati alexa adalah :-

  1. Balas kunjungan rakan blogger yang singgah mengomen di blog kita.
  2. Komen di artikel blog rakan blogger setiap hari.
  3. Paling busuk pun, 10 blog sehari sudah memadai. Ni perkara normal yang korang sudah tahu.
  4. Sekali sekala jadilah manusia yang suka komen melampaui batas. Pantang jumpa artikel, rasa nak komen. Baca, komen di artikel pertama, rasa tak puas. Komen pulak pada artikel kedua. Lahhh. Yang kedua pun rasa macam tu juga.
  5. Pergi ke artikel yang ketiga. Macam tulah kiranya manusia yang suka komen melampaui batas. Sampailah korang mengalah.
  6. Ini teknik yang aku buat sampai ke hari ni. Tak percaya? Aku ada buktinya. Sampaikan aku kena warning di blog lelaki kacak dari banting. Komen aku terlalu laju ke? Ehhh komen ada had jugak ke? Hehe.

komenTak nampak? Sila klik untuk besarkan gambar.

Akhirnya aku pun berhenti untuk mengomen melampaui batas tu. Untuk saat dan ketika ini sahaja. Malam nanti kalau line BB ok, aku start balik perangai pelik aku tu. Yang aku tahu, aku seronok jadi macam ni. Hahaha.

p/s : Sekadar hiburan. Rindu ehh kat isteri. Betul ke Ustaz Azhar Idrus kawin lagi?

57 thoughts on “Komen Ada Had Jugak Ke?

            1. hafizul Post author

              Hahahahahahaha..tak apa-tak apa…kita kasi dia pergi jauh2 dulu..lepas tu kite kejor lahhh..ni baru boleh test kuasa kuda kita pulak mcm mana..hehehe

              Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge