Langkah Mudah Berkongsi Pencetak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berkongsi pencetak dalam satu tempat yang sama memang di galakkan kerana ianya boleh menjimatkan kos pembelian dakwat disamping dapat merialisasikan impian kerajaan kearah teknologi hijau. Pengalaman yang diperolehi akan aku kongsikan di halaman pondok kecil untuk kegunaan dan rujukan bagi mereka yang memerlukan.  Dalam entri ini, aku khususkan penceritaan kepada pengguna sistem operasi Windows 7 sahaja. Tapi sebenarnya langkah ini lebih kurang jer dengan windows XP mahupun windows Vista. Cuma berlainan tajuk, icon dan tempat konfigurasi sahaja. Bagi pencetak yang sudah disediakan port ethernet (rangkaian), kebiasaannya aku install dan ikut langkah yang terdapat dalam CD printer tu. Bagi mereka yang memerlukan pencetak untuk dikongsi, aku rasa lagi baik jika dibeli pencetak yang sudah tersedia dengan port ethernet ni.

Semalam pondok kecil telah berjaya update wordpress 3.4.1 kepada wordpress 3.4.2. Sudah lama sebenarnya aku nak update wordpress ni. Entah kat mana silapnya, dalam wordpress tak boleh nak update automatik. Fikir punya fikir, terlintas la cpanel. Dan akhirnya aku berjaya update wordpress 3.4.1 kepada wordpress 3.4.2 melalui cpanel. Cepat dan selamat. Hehe. Betul la kata rakan blogger, try & error adalah salah satu proses pembelajaran juga.

Sedar tak sedar rupanya dah 11 haribulan Oktober 2012 dah. Begitu cepat masa berlalu. Namun perubahan di halaman pondok kecil tidak sejajar dengan perubahan masa. Slow dan kurang mendapat kasih sayang. Mungkin bulan ni aku terpkasa kerah keringat untuk menyemai benih-benih kasih sayang di taman pondok kecil. Ok lupakan kisah kasih sayang tu, dan berbalik kepada tajuk cerita ni, 3 langkah mudah berkongsi pencetak.

3 Langkah Mudah berkongsia Pencetak :-

1. Add printer melalui folder printer.

2. Run nombor Internet Protokol (IP).

3. Create port menggunakan Internet Protokol (IP).

Langkah 1 – Add Printer Melalui Folder Printer

Aku sebenarnya tak pasti adakah tajuk untuk langkah pertama ni korang faham ke tidak. Amat sukar untuk aku terangkan dalam bahasa yang mudah korang fahami. Langkah yang pertama ni adalah cara yang biasa aku buat. Cara yang dah terkenal sejak azali lagi. Dan cara ni aku perolehi semasa bekerja sebagai technician komputer satu masa dulu. Sehingga sekarang ilmu ni masih boleh diamalkan. Add printer melalui folder printer bermaksud, klik pada button start > device and printers > Add Printer. Lepas tu tick pada network printer, baca dan ikut arahan yang diberikan.

berkongsi pencetak

Untuk lebih lanjut, korang boleh jer baca kat sini. Cara yang dibuat sama jer macam aku buat

Langkah 2 – Run nombor Internet Protokol (IP).

Kebiasaanya, sekiranya cara pertama gagal untuk windows kenalpasti pencetak yang terdapat dalam rangkaian, gunalah langkah kedua ni. Dengan cara ini, windows hanya akan mencari nombor IP yang dimasukkan sahaja. Ini adalah cara yang cepat untuk windows menjumpai printer yang hendak dikongsikan. Caranya senang sahaja. Klik button start > Run. Taip \\192.168.1.4. Nombor yang dimasukkan ini dipanggil nombor IP. Dan nombor IP yang dimasukkan mestilah nombor IP komputer yang kita hendak berkongsi pencetak.

Macam mana nak mengetahui nombor IP rangkaian sebuah komputer?

Klik start button windows > run > cmd > ipconfig. Nombor IP akan ditunjukkan pada baris ayat IPV4 Address  : 192.168.1.4

ipconfig-perkongsian pencetak

Langkah 3 – Create port menggunakan Internet Protokol (IP).

Ini adalah langkah yang terakhir yang akan aku lakukan jika kedua-dua langkah di atas tidak berfungsi. Biasa la pemikiran Windows ni kadang-kadang aku sendiri tak boleh nak baca dan ikut rentak dia. Kena try & error bila berhadapan dengan masalah yang tidak di ketahui puncanya. Langkah ketiga ni aku telah carikan dalam google cara nak membuatnya sebab aku tak pandai nak terangkan dalam ni. Dan apa yang aku jumpa sebijik macam yang aku selalu lakukan. Dan aku harap korang tak kisah kalau aku bagi file yang bukan aku buat sendiri. Dalam file dia di gunakan windows XP dan caranya hampir sama dengan windows 7.

Windows XP IP Printing Setup – Download File. Sumber : Google

Kalau tak nak download, klik pada link ini.

p/s : Banyak lagi yang perlu aku perbaiki sekiranya nak mewujudkan entri perkongsian sebegini. Mungkin ada diantara korang semua yang masih belum memahami berkaitan dengan jalan penceritaan entri ni. Sekiranya ada pendapat mahupun pertanyaan, sudi-sudi kongsilah di ruangan komen dibawah agar aku tahu kat mana korang tak faham. Nanti akan aku cuba jelaskan biar korang faham.

30 thoughts on “Langkah Mudah Berkongsi Pencetak

  1. Eizil

    Dulu pernah cuba google printer nyer service, boleh print dari remote address juga selagi komputer utama itu hidup.

    Dah lama tak buat pencetak dalam network kat rumah ni… lepas ni bolehlah cuba cara yang bro dah kongsi ni pula.

    Reply
            1. hafizul Post author

              wahh tak po2…lepas ni kalau kawe nak mintok tulong demo, kawe hello deh..kat sini adao jugok printer hp hok problem..jeng kreng sero nak beki..kade2 keno search dalam inmternet..tapi nok buleh ko jupo tu payoh giler..haha..demo ado, buleh hello terus jah…

              Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge