Lara Cinta Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sedar tak sedar, ramadhan sudah hampir meninggalkan kita. Tinggal beberapa hari jer lagi umat Islam akan menyambut hari yang berbahagia iaitu Hari Raya Aidilfitri. Banyak kenangan dalam hidup aku sepanjang bulan Ramadhan ini. Dan pastinya akan aku diarikan segala kenangan itu dalam Istana Cinta kami sekeluarga. Pengalaman anak taburkan nasi dilantai bila waktu berbuka. Pengalaman makan lauk hampir basi bila bersahur. Pengalaman pergi ke bazar Ramadhan dan banyak lagi pengalaman suka duka sepanjang bulan Ramadhan ini. Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang aku gelarkan hari kemenangan. Kemenangan setelah sebulan mengharungi pahit manis dalam menunaikan ibadah puasa.

Semoga berjumpa lagi tahun depan

Pastinya hari-hari terkahir Ramadhan ini, setiap umat islam tertunggu-tunggu bilakan tibanya Lailatul Qadar. Semua manusia di muka bumi ni, tidak mengetahui bilakah berlakunya Lailatul Qadar. Dan bagi mereka yang berjumpa dengan Lailatul Qadar, pastinya inilah saat kemanisan sepanjang hidup dalam menunaikan ibadah puasa. Kemanisan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Maklumla kan Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan. Amat beruntunglah sesiapa yang beramal dan menghidupkan malam tersebut dengan membuat amal ibadah.

Ayah aku kata tanda-tanda Lailatul Qadar ni apabila suasana mula sunyi dan tiada satu cengkerik pun berbunyi. Awal malam sampai lah pagi esoknya. Sunyi jer dan mata kita mudah rasa mengantuk. Bila paginya, cahaya fajar akan kekuningan. Itu kata peribadi ayah aku jer. Dan aku sebagai anak yang soleh, sentiasa mendengar dan mengambil berat akan setiap kata-kata yang keluar dari mulut ayah aku tu. Maklum la kan. Orang tua, dah lama hidup. Makan garam banyak dari aku lagi tu.

Kat mana dah kita??? Sumber : Blog My Private Rendezvous

Terasa sayu jer saat-saat entri ni ditulis. Terasa sekejap jer masa berlalu dan aku masih tak sempat untuk beramal sepenuhnya dalam bulan yang mulia ni. InsyaAllah, ramadhan tahun depan, agar dipanjangkan usia dapat la aku merasainya semula. Aminnn. Pastinya kerinduan pada bazar ramadhan akan digantikan dengan melawat pasar-pasar malam dan gerai-gerai jualan seperti pekan rabu yang sentiasa ada di kampung aku. Orang kampung panggil kedai sari. Hehe. Dan pastinya kemeriahan dan kenikmatan pasar malam tidak sama dengan bazar ramadhan.

Bila hari akhir-akhir puasa macam ni, banyak yang aku perlu bagi tumpuan. Baju raya, duit raya, ampau raya, biskut raya, kopiah raya anak aku, dan segalanya pasal raya bermain di fikiran. Teringat pula lagu ni. Best. Hehe.

Pastinya banyak wang yang perlu dihabiskan untuk menyambut hari raya. Aku beli yang termampu jer. Nak beli lebih-lebih, aku bukan orang kaya. Hehe. Mujur juga ada sorang isteri yang selalu memahami dan sentiasa menolong time aku susah. Terima kasi My Wife. Ayang memang terbaik dalam hidup Anje. Hahahahahaha.

Nanti la income blog berjuta-juta, baru nak raya sakan. Budak-budak mesti best dapat banyak duit raya. Hehe. Dah rezeki korang kan. Tibai jer habis-habisan. Bagi mereka yang sedang berkelahi dek peristiwa lama, masa ni la antara masa yang terbaik untuk bermaaf-maafan disamping mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

24 thoughts on “Lara Cinta Raya

  1. kent cigarette

    Hi! Someone in my Facebook group shared this website with us so I came to look it over.
    I’m definitely enjoying the information. I’m bookmarking
    and will be tweeting this to my followers! Superb blog and terrific design.
    kent cigarette recently posted..kent cigaretteMy Profile

    Reply
  2. vogue cigarettes

    An impressive share! I’ve just forwarded this onto a co-worker who has been doing a little research on this. And he in fact bought me dinner due to the fact that I found it for him… lol. So allow me to reword this…. Thanks for the meal!! But yeah, thanks for spending the time to discuss this issue here on your website.
    vogue cigarettes recently posted..vogue cigarettesMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge