Lepas Sahur – Update Blog, Solat, Tidur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Setelah semalaman tidur akhirnya sedar juga untuk bagun sahur. My wife kul 4 dah bagun. Aku macam biasa la. Kol 5 lepas dikejutkan oleh My Wife. Haha. Lepas makan kenyang-kenyang, bukan lah satu perkara baik jika kita terus tidur. Kan nanti kena obesiti pulak. Bila dah obes, rasa sesak nafas pulak. Bila dah sesak nafas, terasa nak ke klinik buat pemeriksaan. Lepas buat pemeriksaan, disahkan ada sakit jantung. Adoi tepuk dahi la nantinya.

Bila dah obesiti, memang sukar untuk kurus balik. Mula la mencari tips kuruskan badan di internet mahupun di kedai jamu yang berhampiran. Sudah pasti banyak duit dilaburkan untuk mengembalikan bentuk badan kepada keadaan asal.

Sumber : Google

Emm hari ni dah start puasa. Nanti jangan lupa pada tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga. Bayar zakat fitrah awal-awal. Jangan bayar last minit jer. Kan salah baca niat pulak. Orang suruh baca lafaz niat zakat fitrah, korang baca lafaz niat akad nikah. Tak ke naya macam tu.

Sumber : Google

Masa yang ada ni aku terus siapkan kerja aku mengemaskini link rakan blogger Pondok Kecil. Wahh dekat 70 orang dan rakan blogger yang sudi singgah di halaman Pondok Kecil. Terima kasih banyak-banyak. Korang memang terbaik la. Bila melihat kepada peningkatan ini, hati aku jadi sayu jer. Maklumla kan komitmen kena lebih baik la dalam membuat blogwalking.

Walaupun korang tak mintak aku melawat blog korang hari-hari, namun aku tahu korang manusia biasa, ada hati dan perasaan macam aku jugak kan? Memang perlukan perhatian. Haha. Bila dah lama sangat rakan blogger tak melawat Pondok Kecil, timbul juga perasaan macam rakan kongsi aku, Mat.

Sebenarnya aku pagi ni nak review berkenaan dengan blog Mat – Rakan kongsi aku tu. Tapi bila check balik, aku tak layak nak review blog budakfelda.com tu. Sebab prestasi blog Pondok Kecil memang tak sebaik blog budakfelda.com. Tak percaya, check jer dekat sini.

2. http://www.seoanalyser.net (70% ke atas means bagus)

Link ni Ciktom – Tomato Gurl yang bagi dekat aku dulu. Maklum la aku ni kan nak jadi yang terbaik dalam menguasai teknik SEO. Kenala blaja dengan rakan blogger yang lebih pandai dari aku. Hehe. Sampai ke saat ni aku masih lagi tak mampu nak membaiki apa yang kurang dekat Pondok Kecil ni. Tak apa la. Slow-slow dulu nanti lama-lama laju la.

Kepada rakan blogger Pondok Kecil, andai korang ada masa free, korang bagi la sikit pendapat korang berkenaan dengan blog Mat ni. Tak.. Tak.. Aku bukan minta simpati korang semua. Aku mintak keikhlasan korang jer dalam memberi cadangan berkenaan dengan blog mat, rakan kongsi aku ni. Hehe.

p/s : Weiiii lewat dah aku nak tdo!!! Waaa. Zzzzzzz..

35 thoughts on “Lepas Sahur – Update Blog, Solat, Tidur

        1. hafizul Post author

          haha…pemanggang apa man?nk panggang ayam golek ke?hehe..pemanggang pun ok jugak..sbb man dah senior dari sy..makin tua makin berisi..hehe

          Reply
    1. hafizul Post author

      emm walaupun aku tak tahu apa tujuan ping blog kat pingomatic, namun aku tetap ping sebab kata-kata puanbee ibarat kata-kata cikgu la..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      emm tu la..sy boleh bersyukur dengan ranking alexa tu je..yang lain hampeh..ranking alexa pun tak setting nape2 pun..tut2 dia jadi tahap tu dah..haha..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge