Lesen Gantung Banner Je Kot

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu lepas aku ada mohon lesen untuk menggantung banner daripada Majlis Daerah. Last sekali aku mohon lesen ialah pada pertengahan bulan dua yang lalu. Sambutan amat mengecewakan. Maklum aje la. Musim sekarang orang tak berduit sangat. Kalau ada duit pun, mesti standby untuk benda lain.

Gantung banner bulan Februari yang lalu...
Gantung banner bulan Februari yang lalu…

Tapi aku tak pernah mempersoalkannya. Kalau dah rezeki tak kan kemana. Betul tak? Sekurang-kurangnya usaha itu ada. Tak kan nak kena tunggu bulan jatuh ke riba dulu kan. Memang susah la. Mustahil kot.

Harus ikhtiar sesuatu untuk menaikkan income pada tahun ni. Salah satu cara yang paling senang ialah menggantung banner di kawasan yang strategik.

Tapi sebenarnya tak senang juga untuk menggantung banner ni. Haha.

Paling malas aku nak buat ialah untuk memohon lesen Majlis Daerah. Kalau nak gantung banner tanpa lesen pun tak ada masalah sebenarnya. Cuma tak mampu bertahan lama. Silap hari bulan, gantung hari ni esok ada yang cabut. Haha.

Jadi, ada baiknya kita buat lesen dengan Majlis Daerah. Sekurang-kurangnya kos untuk mencetak banner tidak disia-disiakan.

Bulan dua yang lalu, elok je buat lesen dengan Majlis Daerah. Masuk bulan tiga, rasa menyampah sikit nak mohon lesen. Rasa dipermainkan pun ada. Tapi peraturan tetap peraturan. Arahan pihak atasan mesti kena ikut. Kalau tak nak ikut, korang buka pejabat Majlis Daerah sendiri. Haha.

Tapi, aku tetap tak puas hati dengan prosedur terbaru ni. Korang bayanglah. Aku dah siap cetak 3 keping banner bersaiz 18 kaki x 6 kaki. Tapi banner tersebut tak lulus untuk memohon lesen. Nak kena dapatkan nombor kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bulan 2 ok je mohon lesen. Tak yah nombor kelulusan Dewan Bahasa pun. Masuk bulan 3, dah macam-macam yer.

Cer korang bayangkan. Apa rasa yang aku ada waktu tu?

Bukan murah kos mencetak banner tu. Last-last tak dapat nak mohon lesen. Ohhh waktu tu aku rasa macam nak bom aje bangunan tersebut. Haha.

“Banner besar gedabaq ni, mana aku nak letak? Mana aku nak gantung???”
“Nak gantung pun sayang… Nanti diorang cabut….”

Akhirnya sayang punya pasal, banner tersebut aku simpan elok-elok. Nanti sayang hilang, baru aku gantung. Haha.

Aku tahu dah. Kalau nak dapatkan nombor kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, dia kena ikut Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia yang betul.

Masalah sekarang, banner yang aku cetak tu ikut loghat Besut. Ohhh dugaan. Maka dengan ini, rugilah aku untuk kali ini. Haha. Padan muka aku.

Kelulusan Dewan Bahasa Dan Pustaka
See….. Berapa kali mohon barulah lulus.. Haha…

Kesimpulan :

  1. Lain kali kalau nak buat banner, kalau nak mintak lesen gantung banner, baik telefon Majlis dahulu.
  2. Kumpulkan maklumat yang diorang nak.
  3. Dah comfirm, barulah cetak banner dengan hati yang gembira.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

12 thoughts on “Lesen Gantung Banner Je Kot”

  1. susah juga ya.. kami biasa jgk mohon utk gantung banner program opis..tp sbb opis sama gomen kan..so dpt pengecualia bayaran..tak tau plak susah rupanya nk mohon kelulusan gantung banner ni ya..

  2. Pernah baca lebih kurang dalam blog kedai dobi. Sebulan sebelum perasmian kedai gantung banner dulu lebih kurang 1000 meter untuk customer awareness. Hari perasmian pasang radio utk bagi tau kedai dah officially bukak, bagi free service utk hari tu + coupon discount untuk next service .

  3. Semua benda kena lesen sekarang

    Nanti jadi macam cerita 3 abdul

    Jual belacan tak de lesen jadi illegal

    Candu dan benda haram lain boleh jual terbuka. Sindiran satira p ramlee pada masyarakat

  4. ilmu baru yang aku baru dapat … aku belum pernah apply untuk lesen gantung banner.. kita dulu jadi kuli tolong pasang banner jerla.. sepanjang jalan… tapi itu under kerajaan lah.. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *