Liputan 3G Internet Clixster Memang Best

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Liputan 3G internet Clixster memang best. Apa yang bestnya? Dan apa pula Clixster tu? Dalam bahasa yang mudah difahami, Clixster ni adalah satu jenama sim kad. Sim kad Clixster. Mungkin ada di kalangan korang semua telah mengetahui apakah itu sim kad Clixster ni. Tapi bagi aku, ia merupakan sautu perkara baru dalam kehidupan aku. Maklum aje lah. Budak kampung lambat sikit perkembangannya. Kan?

Liputan 3G Internet Clixster Memang BestPengenalan kepada Clixster

CLIXSTER MOBILE Sdn. Bhd (Reg No 762282W) adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia, dengan ibu pejabatnya di Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Ia telah ditubuhkan sebagai tindak balas kepada kedua-dua keperluan dan peluang di dalam sektor koperasi. Keperluan adalah untuk mewujudkan perniagaan yang mampan pada platform mudah alih dan Internet untuk memenuhi keperluan unik ahli koperasi. Peluang adalah dalam bentuk masyarakat besar pasaran kerjasama dengan gaya hidup sosial tertentu dan kepentingan ekonomi.

Pada bulan Mei 2011, Samata Communications memeterai perjanjian kerjasama dengan ANGKASA (Pertubuhan Koperasi Kebangsaan Malaysia) untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi mudah alih di bawah ‘CLIXSTER’ jenama untuk ahli koperasi ANGKASA.

Ok. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi, boleh layari laman web Clixster di SINI. Banyak maklumatyang ada dalam laman web tersebut. Langganan Internet menggunakan prepaid ni, dah banyak di pasaran. Ada Celcom, Maxis, Digi dan sebagainya lagi. Tapi bagi aku, aku memilih Pelan Internet 3G Clixster ni. Kenapa?

Tak ada sebab lain yang munasabah kecuali kawasan rumah aku ni liputan 3G Internet Clixster memang best. Haha. Broadband Celcom agak mengecewakan sejak dua menjak ni. Kira ok lah kan. RM 27 untuk 1GB kouta dengan kelajuan sim kad yang tiada hadnya. Betul ke tiada had? Betul lah itu yang dikatakan dalam flyer.

Liputan 3G Internet Clixster Memang Best

Kebetulan pula, sim kad ni aku dapat percuma dari seorang kawan. Murah rezeki aku kan? Jadinya beli top up RM30, langgan pelan Internet selama sebulan dengan harga RM27. Hari ni merupakan hari pertama aku menggunakan perkhidmatan sim kad Clixster ni. Nak tengok macam mana keadaannya dalam sebulan ni. Kalau ok, aku akan teruskan dengan perkhidmatan ni dan akan upgrade kepada 2GB perbulan pula.

Cuma yang menjadi masalah, kouta tu je la. 1GB perbulan. Sikit kan? Kena gunakan bila dengan cara yang berhemah dan sangat berjimat cermat. Kelajuan melayari internet memang sangat laju. Tapi tak adalah laju macam guna Unifi. Kira ok lah dan kira setaraf dengan streamyx lah. Huhu.

Apa-apa pun, aku cukup berpuas hati untuk hari pertama menggunakan sim kad Clixster ni. Sekarang aku tiada masalah lagi nak online di rumah. Liputan 3G Internet Clixster memang best. Haha. Aku harap kegembiraan yang sedang aku kecapi ni, berpanjangan lah. Tak nak hangat-hangat tahi ayam jer. Huhu.

Cara Langgan Internet Clixster

cara langgan internet clixsterLanggan Pelan Data Mingguan RM 4.99 – 100MB

***********************************************

cara langgan internet clixsterLanggan Pelan Data Bulanan RM 27 – 1GB

***********************************************

cara langgan internet clixsterLanggan Pelan Data Bulanan RM 47 – 2GB

***********************************************

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

36 thoughts on “Liputan 3G Internet Clixster Memang Best”

        1. EMm tak payah setting apa-apa..masa saya pakai dulu, just plugin broadband aje..lepas tu leh guna dengan senang hatinya..mungkin line clixster sekarang ni ada masalah la kot…saya pun tak pasti sebab dah lama tak pakai clixster..sekarang pakai DIGI pulak..best lagi dari clisxter..hahaha

          1. saudara hafizul..

            kalo pakai kat modem celcom broadband apa settingnya?
            sbb modem ni unlock..biasa sy guna kdg maxis, kdg digi kdg celcom..

            ni nak try masukkan clixster lak..kena wat profile baru ke..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *