Luahan Hati Seorang Ayah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Secebis luahan hati seorang ayah. Pejam celik, pejam celik dan masuk tahun 2014 dah. Kejap jer masa berlalu. Siang silih berganti. Begitu juga dengan malam. Tahun ni adik berumur 3 tahun dah. Dah besar pun anak ayah ni. Kan? Tak lama lagi dah boleh pergi tadika. Lagi setahun, ayah carikan adik tadika ye. InsyaAllah ayah akan berikan pendidikan yang terbaik untuk adik.

luahan hati seorang ayahRasanya… Semalam baru ayah snap gambar ni…
Kredit : Ingat Kenangan Lama

Sekarang ni, ayah asyik duk fikir jer. Semenjak adik masuk ke taska ni, ayah rasa macam tak sedap hati jer. Ayah rasa macam tak seronok aje. Entah la. Kat mana yang tak kena pun ayah tak tahulah. Mungkin perasaan ayah jer kot. Semoga adik baik-baik saja di taska tu yer.

Ayah dah rasa lega bila adik seronok pergi taska setiap hari. Tu tandanya adik enjoy di sana bersama rakan sebaya.

Ayah tahu, ayah bukannya dari keluarga yang kaya raya. Ayah bukannya dari keluarga yang tak pernah hidup susah. Sebab tu setiap kali ayah hantar adik ke taska, ayah akan rasai sikit kesedihannya. Alangkah seronoknya kalau ayah dapat jaga adik 24 jam sehari. Yer la. Ayah tahu. Kat taska tu, mungkin adik tak kan rasai kasih dah sayang sebagaimana yang ayah dan ibu berikan.

Tapi ayah tak mampu nak buat macam tu. Dalam hidup yang kian mencabar ni, semua benda perlukan duit. Itu nak duit, ini nak duit. Kalau ayah tak kerja, macam mana nak sara keluarga. Macam mana nak belikan adik ayam KFC. Macam mana nak belikan adik motor besar. Macam mana nak bawa adik bercuti 3 hari 4 malam di Sarawak. Tanpa wang ringgit, semua tu ayah boleh jadikannya angan-angan kosong aje lah.

Sebenarnya ayah dah lama berangan nak jadi blogger yang berjaya buat duit dengan blog. Sekarang ni ayah dah nampak jalannya. Walaupun masih samar, namun ayah tetap laluinya. Orang kata, hidup ni kena berani. Dengan keberanian kita akan memperolehi kejayaan.

Tak lama lagi, adik akan dapat teman bermain. Masa tu mungkin lagi celaru fikiran ayah. Dan mungkin masa tu juga, blog ayah dah boleh jana pendapatan secara konsistem setiap bulan. Hehe.

p/s : Tak salahkan untuk KOYA seketika. Haha. Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

51 thoughts on “Luahan Hati Seorang Ayah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge