Luka Dilukai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kelukaan merupakan situasi dimana berlakunya sesuatu peristiwa yang sukar untuk ditempuhi. Ianya akan melekatkan parut yang agak sukar untuk dihilangkan. Kelukaan itu suatu anugerah yang memeritkan. Semakin dalam luka itu, semakin lama sakit yang dirasai.

luka dilukai
Sekadar gambar hiasan : Google Images

Luka yang dalam akan mengambil masa untuk dipulihkan. Begitu juga dengan hati dan perasaan. Hati yang diguris dalam sudah pasti mengambil masa untuk disembuhkan. Bak kata pepatah, luka ditangan nampak berdarah. Luka dihati, siapa yang tahu.

Kelukaan itu sebenarnya satu nikmat yang harus diterima dengan hati yang redha. Setiap manusia yang normal sudah pastinya akan melalui keperitan akibat dilukai. Walaupun begitu, haruslah kita mencari penawar untuk mengubati setiap kelukaan yang dialami.

Dan jangan sesekali membiarkan sahaja kelukaan itu. Kelak, diri yang merana.

Sudah resminya padi. Semakin berisi semakin tunduk kebumi. Begitulah juga dengan kehidupan kita selaku manusia yang ada hati dan perasaan. Semakin banyak diguris semakin dalam hati yang merasa.

Kanan dan kiri
Cuba berlari
Masih ku dihujani
Tohmah dan caci

Bila orang dah benci… Kemana sahaja kita pergi, tomah dan caci bakal menjadi peneman yang setia…

Jangan sekali
Aku diletak ke bawah
Hanya kerana jalan
Hidup yang susah

Dulu… Kini… Dan mungkin selamanya… Ada yang pandang sinis. Tidak terkecuali juga yang buat-buat tak nampak. Rendahnya taraf kita hidup sebagai orang susah.

Tak siapa di antara
Kita di dunia
Memilih jalan hidup
Yang derita

Ya… Tak siapa yang rela hati memilih jalan hidup yang derita kecuali terpaksa.

Aku sering dipersenda
Dan sering dikecewa
Oleh hati mereka
Yang tak punya rasa

Kita tidak merasa betapa peritnya dilukai sehinggalah kita sendiri yang mengalaminya.

Luka yang dilukai
Menguji diri
Namun begitu
Aku tabahkan semangat
Biar waktu merawat
Segalanya…

Ya… Biarlah waktu yang merawat segalanya….

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

46 thoughts on “Luka Dilukai”

  1. Sebab tu ada pepatah yang mengatakan lidah lebih tajam dari pedang.. ketajaman pedang boleh membawa maut, ketajaman lidah boleh membuatkan kita terluka seumur hidup. .. jadi gunakanlah lidah dengan sebaik-baiknya…

    1. Yup..betul tu bro..sakit hati sangat dengan mereka yang tak pandai menjaga lidah ni..sekali sekala ok la..kalau dah selalu..rasa macam nak kerat 21 jer lidah tu..haha

  2. Hidup mana ada yang gembira selalu kan, mesti kita akan melalui beberapa episod yang melukakan. ALLAH tidak akan membebankan hambanya melebihi dari kemampuannya.

  3. ye mmg setuju..Luka di tangan mmg nmpk tp luka di hati Allah je yg tahu. Xsemua orang dpt mengubati luka di hati tu dengan cepat. Dosa dengan Allah boleh mintak ampun tp dosa dengan manusia nk kene mintak maaf betol2.

  4. Tu yang kita perlu jaga pertuturan kita. Kadang terlebih bergurau pun boleh jadi perkara buruk juga bila tak sengaja mengguris hati rakan. Luka ditangan boleh dilihat, luka dihati siapa yang tahu.

  5. Hidup ni kalu terlalu baik akan dipijak- pijak. Betul, kalu hati dah terluka sampai bila- bila pun tak akan sembuh. Tiada maaf bagi sesiapa yang melukakan hati ni.
    Mood sgt terluka dengan sikap bos yang terlampau memarahi ku. No maaf buat mu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *