Maafkan Aku Jika Ada Yang Terasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kehidupan ini tidak lekang daripada membuat kesilapan dan kesilapan, serta kesilapan. Secara normalnya, sehari manusia akan membuat satu kesilapan dan kesilapan itu mungkin dalam keadaan sedar, tidak sedar dan mungkin juga sengaja cari pasal. Andai kata masa ni kita sedang melakukan kesilapan, cepat-cepat lah memohon maaf pada mereka yang terlibat.

maafkan aku jika ada yang terasa

Hidup manusia, sentiasa dikawal selia oleh hawa nafsu. Kemarahan dan keangkuhan yang ada dalam diri ini sebenarnya elok untuk proses tumbesaran kehidupan. Tetapi sekiranya ia tidak dikawal dengan baik, maka buruklah padahnya. Keadaan yang normal, keadaan yang gelak ketawa bagai, semua itu akan hilang serinya dek amarah kita yang tak tentu pasal.

Halalkan apa yang terlebih, maafkan apa yang terkurang. Ya itulah sebaik-baik perbuatan selaku hambanya yang beriman. Namun sejauh manakah kemaafan itu mampu bertahan? Ada ketika perkara yang sama akan berulang kembali. Ada masanya si dia akan membuat perangai yang sama. Ada waktunya kawan baik kita tikam dari belakang untuk kali kedua. Dan apabila semua itu terjadi, secara logiknya manusia akan merasa bengang dan naik darah.

Untuk mengelakkan kemarahan melampau berulang kembali, maafkan lah dengan seikhlas-ikhlas hati. Buang jauh-jauh perasaan tak puas hati, geram dan bengang agar kemaafan itu sentiasa berkekalan. Andai kata umur kita pendek, segala jasa dan budi selama hayat kita akan dikenang sampai bila-bila. Baik budi dan perangai kita, maka tenanglah kita di sana. Jahatnya perangai kita, maka sengsaralah kita di sana.

Kita harus sedar dan percaya. Kehidupan ini adalah sementara. Tak luak sedikit pun harta yang kita miliki jika kita maafkan seseorang dengan penuh keikhlasan. Tak kan lari bini-bini korang semua jika korang maafkan aku yang bukan sengaja cari pasal ni. Tak mungkin anak dara korang jadi isteri kedua aku jika korang maafkan aku seikhlas-ikhlasnya.

Melainkan jodoh dan takdir anak dara korang milik aku. Dan sekiranya kasih sayang cinta anak dara korang hanya untuk aku sorang sahaja. Tak kan korang nak lawan takdir. Redha dan pasrah dengan apa yang berlaku, itulah perkara yang terbaik yang pernah korang lakukan.

Jadi, maafkan aku jika ada yang terasa. Untuk sekian kalinya, korang buatlah kebaikan dengan memaafkan aku insan yang hina ini. Kemaafan yang disertai dengan keikhlasan hati nurani, itulah permintaan aku. Aku sedar. Aku banyak sangat robekkan hati korang semua. Aku banyak sentapkan emosi korang. Dan aku tersangat bodoh untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata.

Jadi, maafkanlah aku. Aku hanya insan biasa yang tak lekang dari membuat kesilapan. Pintaku, tegur lah seandainya apa yang aku lakukan itu tak betul di mata korang semua. Aku hanya ada dua mata, sepasang kaki, sepasang tangan, sepasang telinga dan lain-lain. Andai kata aku tak mampu nak uruskannya dengan baik, maka tegur lah aku.

Untuk hari ini, jom kita sama-sama maafkan kesilapan yang telah aku lakukan. Ye?

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

41 thoughts on “Maafkan Aku Jika Ada Yang Terasa”

  1. wah mana aci untuk hari ini sahaja maafnya ambe nak sampai bila-bila.asal buat salah orang terus terus maaf pastu ambe buat salah lagi.keh..keh..ader sampai bila nak ubah ni..

    ya maaflah sesama kita 😉

    ps:eh dah dapat ker?

      1. kawe sero buah pear kering tu…kalu buoh tere butir pah mano doh?ko keno bakar ko demo doh….huhu
        bereh kalu demo maaf doh ko kawe gak…sene kawe nok buat saloh lago..hehe

        1. Hahaha..bereh2..buat lah banyak kali pun..kawe ngn demo jangan jupo depe2 jah..kalu dop parok lahh kawe ajok make ikan bakar lahhh..haha..jolo gok tu..kawe dop dan mikir buoh gapo..haha..ingt woh tere, ingt blog demo..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *