Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Main tender kerajaan vs tak (apa kepentingan). Itu merupakan ayat yang aku fikirkan sesuai untuk diletakkan sebagai tajuk. Puas sudah termenun sana dan termenun sini. Memikirkan tajuk yang sesuai untuk artikel ni. Akhirnya jumpa gak la.

Main Tender Kerajaan, Niaga Bikin Senang
Ramai yang kata, nak hidup senang berniagalah. Nak hidup selesa, kena libatkan diri dalam bidang perniagaan. Tak kiralah menjual nasi lemak, kuih-muih, menjual baju, menjual burger, pisang goreng ataupun sebagainya.
Pendek kata, berniaga merupakan satu cabang untuk hidup senang dan lebih selesa. Namun harus diingatkan. Berhati-hati dalam memilih bidang perniagaan. Agar tidak tersalah membuat pilihan.
Tidak semua bidang perniagaan sesuai dengan kita. Ada baiknya perniagaan itu mengikut kemahiran dan pengalaman yang kita ada. Nak jual nasi lemak depan rumah boleh jer. Tetapi nasi lemaknya haruslah sedap. Barulah boleh menjamin keselesaan hidup. Betul tak?
Tetapi, jual nasi lemak tak boleh main tender kerajaan la. Mana ada pejabat kerajaan keluarkan tender membekal nasi lemak. Betul tak? Kalau ada pun, tidak melalui tender la.
” Ehh ke ada tender nasi lemak??? “
Nak main tender kerajaan ni, mesti melibatkan kerja-kerja pembekal ataupun perkhidmatan. Nak buat bangunan 14 tingkat, nak bekalkan 1,000 unit komputer dan sebagainya lagi yang mempunyai suatu nilai yang agak besar. Itu barulah dikira sebagai permainan tender kerajaan.
Apa yang aku perhatikan, kedai menjual barang di kawasan Jerteh ni kalau tak main tender kerajaan, tak main sebut harga kerajaan memang agak penat sedikit. Kadang-kadang tu nak bernafas pun tak lega rasanya.
Sebab tu orang akan senyum aje bila memenangi perolehan kerajaan.
Tetapi, nak boleh menang perolehan kerajaan, nak boleh menang sebut harga atau tender semua itu perlu kepada strategi dan plan yang baik. Tak boleh nak hentam sesuka hati jer.
Salah satu strategi untuk memenangi permainan tersebut ialah :
Panduan Memenangi Perolehan Kerajaan
[accordion]
[spoiler title=”Bahagian 1 – Merancang Perniagaan”] [/spoiler]
[spoiler title=”Bahagian 2 – Memulakan Perniagaan”] [/spoiler]
[spoiler title=”Bahagian 3 – Perolehan Kerajaan”] [/spoiler]
[spoiler title=”Bahagian 4 – Sebut Harga Kerajaan”] [/spoiler]
[spoiler title=”Bahagian 5 – eKatalog & ePerolehan”] [/spoiler]
[spoiler title=”Bahagian 6 – Kontrak Kerajaan”] [/spoiler]
[spoiler title=”Bahagian 7 – Tips Perolehan Kerajaan”] [/spoiler]
[/accordion]
Ok. Panduan tersebut merupakan garis panduan yang cukup baik untuk berjaya dalam permainan ni.
Harus diingati, panduan ini bukanlah gerenti 100% korang boleh menang tender/sebutharga. Ianya sekadar panduan sahaja. Aku tak nak korang taksub sangat dengan panduan ni. Tak puas hati kan nanti ajak aku main tembak-tembak pula. Main parang dengan kapak pula. Serius… Aku dah tua untuk semua tu.
~ Hafizul

Boleh faham dah?
Berita baik untuk hari ni. Harga panduan ini telah pun turun. Aku tengok beberapa hari yang lepas, RM150. Hari ni dah jadi RM100. Mata aku yang berpinar ataupun memang betul harganya dah turun? Ataupun harga tersebut merupakan harga promosi?
Macam harga ticket kapal terbang pula. Kejap murah. Kejap mahal. Haha.
Ahh malas aku nak fikirkan. Mahal ke, murah ke, itu panduan tetap kena beli. Sebagai panduan untuk memenangi perolehan kerajaan. Kalau nak lebih serius dalam perniagaan, dapatkan panduan ni. Kalau tak serius, abaikan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik pautan dibawah ni.
~~~> Panduan Memenangi Perolehan Kerajaan
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
siapa menang tender kerajaan senyum aje dah seminggu.. haha
Haha..senyum aje la jawabnya..
bertuahlah sape yang dapat tender ni…hehe
Ha ah..memang bertuah maaa..haha
network pun kena ada..kalau tak susah gak..:D
Hehe..betul tu..mana-mana bisnes pun, network kena ada..hehe
dah lama tak main tender-tender nih.
hoho..
Haha..jadi penilai ke macam mana?haha
Yang menang tender, tunaikanlah amanah dengan sebaik mungkin.
Haha..yup..betul tu..kena amanah agar rezeki dapat lagi pas ni..hehe
tendet nasik lemak ade,, cuma biasanya dorang bukak tender macam kontrak cafe ker,,
yang penting harga jangan melambung tinggi sangat dan sedap.
haaa,, boleh jual nasik lemak,,, huuu
Ohhh ada juga ekk..terbaiklah..tak tahu pulak..nasi lemak sedap..kebersihan kena jaga..memang lama la service tu..hehe
Berbunga riang dapat tender kerajaan, jalan muka ada senyum hihi
Haha..tu la pasal kan..muka ada senyum jer..ada manis jer..haha
Betul tu… Kalau nak merasa hidup senang ken berniaga… Pada masa sekarang ni saya pun sedang berjunak-jinak untuk berniaga secara kecil-kecilan…
Huhu..bagus la itu macam kan..saya pun slow2 gak ni..nak cari pengalaman lu..hehe
Boleh cuba dan usaha untuk dapatkannya. Betul saranan di atas tu, kalau tak dapat tender jangan down terus. Rezeki ada di mana-mana, kalau tak dapat mungkin ia kurang sesuai lagi. Pengertian rezeki sangat luas, sihat tubuh badan pun dah rezeki. Jadi teruskan usaha.
Yup..betul tu..terima kasih kongsikan..hehe..yang penting, sentiasa berusaha mencari rezeki yang halal..jangan main hentam aje…berkat pun nak kena ada juga..hehe..
memang untung kalau dapat tender kerajaan..tapi harapnya dapatlah buat sebaik mungkin kan..jangan dah dapat macam2 masalah pulak timbul kan
Huhu..jangan buat masalah sudah la bila dapat tender ni..nescaya susah pulak nak berurusan lain kali..hehe
siapa yang nak main tender kerajaan ni, memang kena ada modal besar dan rajin buat network. Kalau tak, memang susah sikit la nak dapat tender.
Yup..setuju dengan pendapat ohcikgu..terima kasih sudi kongsikan kat sini..hehe
sebelum dapat tender memang susah dan bila dah dapat maka laksanakan tender tersebut sebaik yang mungkin..
Yup..baik-baik sempurnakan tender tersebut.. InsyaAllah..lain kali ada rezeki dapat lagi..
dgrnya payment dari gov pun dah cepat skrg ni, apapun modal pun kene besar juga
Ye la.. Bab modal tu yang tak tahan nya..hehe
Kalau dah dapat tu jangan markup harga. Nanti tak pasal-pasal buruk nama di Audit Negara
Yup..betul tu kan bro..terima kasih kongsikan maklumatnya..hehe
kalau nak senang dapat tender kerajaan kena ada orang dalam. hehehe. just saying je..