Malaysia Best Blog 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini, 18 Februari 2015 merupakan hari terakhir untuk menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015. Alhamdulillah. Sempat juga mencari masa dan ruang untuk menerbitkan artikel yang bernilai tinggi ini. Bukan calang-calang artikel yang boleh dibuat sesuka hati. Dan sesedap rasa. Serta ikut suka hati aku jer nak redah. Haha.

malaysia best blog 2015

Mempersembahkan…

Malaysia Best Blog 2015

Untuk contest SEO ni, aku tak simpan target yang tinggi. Macam selalu la. Aku tak simpan angan setinggi gunung. Kot nanti kecewa makan hati sendiri. Aku cuma nak jadi JUARA sahaja. Tak lebih dan tak kurang. Agar hadiah utama yang ditawarkan itu bakal menjadi milik aku secara mutlaknya. Haha.

Ok. Aku tak loyar buruk sangat hari ni. Merebak susah pula nak redanya.

Siapa yang aku pilih? Blog mana yang aku pilih sebagai Malaysia Best Blog 2015?

1. Blog Arif Shah dot com

Blog Ariff Shah dot com merupakan blog peribadi. Apa yang menarik tentang blog beliau ialah semuanya menarik. Tak ada satu pun yang tak menarik.

Jalan cerita yang bersahaja, namun ada isiΒ  tersirat yang membawa nasihat serta pendapat untuk dijadikan panduan buat mereka yang memerlukan. Beliau ada “style” yang tersendiri. Sama juga dengan blog beliau. Ada “style”. Dan “style” itulah yang membawa aku untuk melepak selalu blog Ariff Shah dot com.

malaysia best blog 2015

Mak aiii.. Gebunya.. Kredit : Instagram Ariff Shah

2. Tudung People dot com

Yang ni aku cakap terus terang dan jujur la. Blog Tudung People ni, aku baru jumpa dekat bloh Ariff Shah. Pertama kali klik, pertama kali singgah, terus jatuh cinta.

malaysia best blog 2015

Kredit : http://shop.tudungpeople.com/index.php?route=common/home

Sebabnya :

1. “Big Picture”. Ya. Ada gambar besau dan bergerak-gerak. Kalau lelaki, tak berapa nak kesah sangat. Barangkali inilah gadis melayu. Ayu bergaya dengan pemakaian tudung yang sangat selesa mata melihatnya.

2. Design blog yang simple but danger. Ini kalau isteri tahu, mesti aku kena buli ni. Mesti duit gaji aku kena pau ni. Haha. Aku pun suka kalau isteri pakai tudung macam ni. Ayu dan menambahkan lagi kelembutan mata aku yang memandangnya. Haha. Sejujurnya, rekabentuk blog tersebut memang menjadi penyebab aku untuk jatuh cinta pandang pertama.

3. Dah la tu. Cukup dua aje.

3. The Vocket dot com

Yang ni pun, aku jumpa kat blog Ariff juga. Tetapi yang ni tak adalah sampai jatuh cinta pandang pertama. Sebabnya aku dah pernah singgah membaca kat blog ni. Tetapi tak boleh nak sahihkan bila tarikhnya. Sudah lupa. Cuma ada “rasa yang samar” sahaja.

Jadi, bila dah singgah kali kedua, dia tak boleh jatuh cinta kali pertama. Mesti jatuh cinta kali kedua. Betul kan? Haha.

Sebab aku suka blog ni ialah :

1. Blog dia banyak cerita. Ada teknologi, ada hiburan, ada makanan dan satu dua perkara lagi yang tak boleh aku sebutkan disini. Jadi, sila baca sendiri untuk lebih pencerahannya. Haha.

2. Jalan cerita cukup ringkas. Dalam artikel ada Video. Dan video tersebut membuatkan aku terpaksa singgah agak lama kelaman blog ni.

3. Lagi satu, tajuk untuk setiap artikel. Berhantu juga kadang-kadang aku rasa. Bila baca tajuk, mesti klik untuk mengetahui apakah yang ada dalam artikel tersebut.

4. Oh Duit dot Com

Yang ni special sikit. Tuan punya contest SEO Malaysia Best Blog 2015. Aku tahu, ramai yang dah kenal sangat dengan tuan punya blog ni kan. Maklum aje la. Hampir 78 jenis blog duk cerita pasal blog dia.

Jadi, aku mengambil kesempatan yang ada supaya tak sentuh tuan dan blog ni lebih mendalam. Tetapi, aku nak cakap satu perkara. Blog Oh Duit ni memang best. Terbaik!!!

malaysia best blog 2015

5. Blog Perdana Menteri Malaysia (Najib Razak dot com)

Blog PM ni, aku sangat tertarik dengan rekabentuk lamannya. Kemas dan warna latarnya pun menarik. Jadi, selaku rakyat Malaysia yang berada dibawah kepimpinannya, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk beliau. Juga kerajaan Malaysia dibawah pimpinannya.

malaysia best blog 2015

Kemas dan sedap mata memandang…

Untuk blog PM ni, aku rasa inilah blog yang terbaik di Malaysia. Bukan untuk tahun 2015 sahaja. Malah tahun-tahun yang seterusnya jua. InsyaAllah.

6. Blog Abang Ensem dot com

Oh ya. Blog Abang Ensem ni memang aku tak kan lupa la. “Ensem” itulah akan memukau mata yang memandang. Dengan rambut belah sisi, kemas sentiasa. Memaksa untuk Abang Ensem ditenun lama-lama.

Tak. Aku bukan mengampu. Aku cakap benda yang betul. Adakah salah kejujuran yang disuarakan?

malaysia best blog 2015

Ini gaya… Tak nampak ensem ke?

Jujur aku katakan. Aku suka sangat baca apa yang Abang Ensem tulis. Jauh disudut hati, aku ingin mengikuti jejak langkah yang telah ditinggalkan oleh Abang Ensem. Juga tidak dilupakan pada langkah-langkah yang sedang beliau aturkan sekarang ni.

Pesan aku buat Abang Ensem, selamat maju jaya. Dan semoga berjaya mendidik lebih ramai usahawan dalam bidang hartanah khasnya.

Β 7. Blog Ahmad Faizal dot com

Blog mamat ni, memang aku tak pernah lupa. Tambahan pula, salji-salji yang ada di blog beliau sentiasa menyejukkan panas yang aku rasai. Ayat-ayat mengarut yang beliau hidangkan mampu membangkitkan semangat untuk terus berusaha tanpa mengenal erti jemu. Dan putus asa. Terutama sekali dalam bab buat duit dengan blog.

Kalau korang cakap korang tak suka blog lelaki kacak yang ego ni, maknanya korang tipu la. Hari-hari korang skodeng blog ni kan? Sampaikan ada yang gaduh tak bertempat. Noob sana… Noob sini… Adussss… Dah la wei.. haha.

malaysia best blog 2015

Tengok la salji tu… Sejuk nya…

8. Blog Mohd Fairiz dot com

Yang ni, nak tak nak, aku terpaksa senaraikan. Sebab aku kagum dengan pencapaian yang telah beliau kecapi. Blog beliau walaupun nampak biasa-biasa jer, tetapi ada sesuatu yang patut korang selongkar. Bila dah jumpa, barulah korang boleh cakap besar bab Affiliates Klikjer.

Kalau setakat sembang kosong, baik tak payah. Sebab aku dah pegang “title” tu. Haha.

Setiap kali singgah ke blog beliau, mesti hati ada rasa sikit la. Bukan sedih. Bukan juga tersentap. Aku sebenarnya rasa cemburu sikit tiap kali singgah ke blog ni. Yer la. Asyik-asyik nama dia jer yang jadi Top Affiliate Klikjer. Menciii tauuu!

malaysia best blog 2015

Haaa tengok la tuuuu… Menci… Menci… Tauuu…

9. Blog Prof Hariz dot com

Tak. Dia bukannya Professor. Angan-angan jer nak jadi Professor. Jangan tersalah keliru. Dia seorang manusia luar biasa yang mampu mengembangkan “Diet Atkins” ke seluruh pelusuk negara. Sampaikan kakak ipar aku pun dah pandai mengamalkan Diet Atkins ni. Memang melampau sangat dah ni. Kalau dah sampai kakak ipar aku duk sibuk dengan diet Atkins dia jer, bermakna itu panduan sangat menjadi dan mujarab. Serius…

Blog beliau sarat dengan informasi yang berguna khasnya berkenaan dengan kata-kata nasihat dan pendapat, cara pemakanan seharian, teknik amalan Diet Atkins dia tu dan sebagainya lagi. Dan beliau juga seorang yang aktif dan “BERBISA” dalam bab buat duit online.

malaysia best blog 2015

Kongsi sikit wehhh…

Beliau juga seorang yang bercita-cita tinggi. Tana, hasrat menyimpan duit dalam masa 5 bulan sebanyak RM20k. Tak tinggi lagi ke ada cita-cita macam tu? Apa yang aku harapkan, beliau berjaya mencapai apa yang disasarkan. Ok bro?

10. Blog Pondok Kecil dot com

Dah korang yang letak blog sendiri. Jadi, aku pun letak juga la. Bila lagi nak masuk bakul, angkat sendiri. Walaupun susah juga bakul tu terangkat, namun usaha yang gigih mampu membuahkan hasil yang sangat berbaloi.

Blog Pondok Kecil ni macam selalu la. Tak ada yang istimewa sangat. Yang ada hanyalah kisah-kisah kehidupan yang tidak akan basi dan sentiasa menjadi kenang-kenangan yang abadi.

Itu jer…

Ok. Sudah habis 10 senarai Malaysia Best Blog 2015.

Kesimpulannya :

  1. Blog mana yang tak termasuk dalam senarai ni tak bermakna blog tu tak bagus. Blog korang dah bagus. Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam.
  2. 10 blog yang tersenarai ni, bukan semuanya bagus dikaca mata korang. Kan? Bak kata pepatah, lain padang lainlah belalangnya.
  3. Bila blog dah ada “nama” sampai bila-bila pun orang akan ingat, orang akan rujuk, orang akan singgah, orang akan baca, orang akan komen. Dan paling penting, orang akan senaraikan dalam contest SEO sebegini rupa. Haha.
  4. Selalulah bertandang ke 10 blog yang aku senaraikan diatas. Agar korang mendapat “BERKAT” agar kita sama-sama dapat merasainya. Orang lain suka makan garam, kita pun lambat laun akan suka makan garam yang masin dan pahit tu. Haha.

Oh ya. Masih ada masa lagi untuk korang menyertai contest SEO ni. Tarikh tamat 18 Februari 2015. Petang ni boleh buat artikel lagi.

Tangan dihulur, mulut menyapa. Marilah menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan berkemungkinan besar hadiah wang tunai yang ditawarkan menjadi milik kita semua. Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.”

42 thoughts on “Malaysia Best Blog 2015

  1. Pingback: Senarai Peserta Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge